ini cerita hujung bulan lepas.
nasib baik belum sebulan lagi, masih tak basi lagi lah..
ehehehe...
plan ad-hoc je nih.
laki aku punya pasai.
sesaja duk sembang2 ngan ayah, duk ajak ayah g penang naik jambatan baru.
awal cuti skolah tu akak sefamily g bercuti kat penang.
saja bawak budak2 katanya.
ayah ngan mama tak ikut, malas nak jalan katanya.
dah diorg balik, laki aku sajaaaaaaaaa ja duk racun depan jom jom g penang.
naik jambatan baru, pastu klau nak g umah sedara mama dekat dah.
mama dengar anak dia nak bawak g umah sedara dia, dan2 nak g penang.
hahahahah..
ayah pun sama, nak g makan nasik kandaq.
makan, jomlah kita g penang lagi... pfffff
pegi hari jumaat 28hb mac tu.
overnite semlm je.
plan dlm minggu tu jugak, gigih la aku carik hotel, nan hado yg kosong.
klau area feringgi takda hal, ni nak stay kat area bukit jambul sana.
full house semuaaaaaa.
ayah ngan mama stay umah sedara mama, Tok Kiah.
kami duk hotel, sebab umah tok kiah kecik je, yg ada pun 1 bilik yg available.
knowing my husband tu jgn harap la nak duk umah org.
last2, dapat la hotel bajet sajork..
nasiblahhhh..
pagi jumaat, cadang nak gerak dlm pkul 10.
beli breakfast kat kfc dlu, g top up la, basuh kreta la, pkul 11.30 baru nak gerak.
skali, masa basuh keta, tayar pancit pulok..
haiyaaaa..
pancit yg bukan sikit2, koyak terus tayar tu.
laki aku syak, masa kat car wash tu.
masuk yg jenis otomatik tu, masa nak kluar dia ada rasa mcm terlanggar tepi rel otomatik tu.
sebab bangla yg duk wax tayar tu tak cakap apa2 pun, padahal ko dah nampak tayar dah kempis habis dah...
bengang jugak laki aku time tu..
seb baik diorg ada pam tayar, pam laju2 drive laju2 g kedai tayar paling dekat kat jejawi sana.
tayar tu dah tak leh pakai, kena tukar trus..
tak pasal melayang rm190 pagi tu..
cik kuntum yg sronok sangat nak g penang..
masa kat kedai tayar tu, aku ngan Amni kluar duk luar.
ada 1 mamat ni datang kedai naik kreta apa ntah.
gemok gilaaa. Amni pandanggggggggg je mamat tu.
hairan gamaknya sebab gemok nau...
slalu tgk mama je gemok kan, ni ada yg laaaaagi gemok
bule pulak dia tanya aku " mama, abang tu kena apaaaa??"
dang!
seb baik tak kuat sangat suara dia+ada bunyi org duk tukar tayar kan?
klau tak, dengar dek mamat tu, matiklaaaa.
dah setel, jom lah kita teruskan perjalanan.
dek kerna dah lewat, tak sempat solat jumaat hari tu.
memasing kang smayang zuhur jelah. musafir sangat..
nak naik jambatan ke 2 penang sangat kan, so jauh la sket perjalanan.
kena ambik exit batu kawan eh klau tak silap.
lupa dah kak yah..
tapi dun worry, sebab ada je signboard..
just follow je...
klau dah biasa, insyallah tak sesat...
dah naik.. yay!
masa ni masih free lagi.
lepas sebulan pembukaan, baru kena bayar.
so kali ni masuk penang tak kena bayar..
panjangggggggggggggggg tau jambatan ni, 24km eh klau tak silap.
nak tau detail, blh baca kat sini..
masa kami lalu ni, sunyi je..
yelah hari jumaat, tghr pulak tu, takda kreta sgt.
lagipun jambatan ni utk pengguna dari kl, perak sana kan?
klau tak dulu semua kena masuk ikut jambatan lama, dah ada yg ni kurang la sket sesaknya..
masa lalu tu, terasa bangga la sebab ada jambatan gini.
as a malaysian, haruslah bangga kan dengan pencapaian negara sendiri?
sampai penang, kita g makan dulu.
ayah nak makan kat kayu nasi kandar...
jomlah kita..
eh2 terlepas 1 story.
sebelum naik bridge, singgah jap kat toilet kat seberang jaya sebab memasing nak kencing.
Amni tdor. elok aku nak turun, dia pun jaga.
so decide nak tukar pampers dia siap2.
suh laki buka bonet keta, nak ambik beg Amni.
sekali,.... ehhhhhhhhhh, mana beg Amni??
yeszaaaa, beg Amni tak ikut Amni g penang..
syabassss!
1 haram apa benda dia pun takda.
pampers sekeping pun takda, baju lagiiiiii la takda..
cuak dah aku, nak hantuk pala kat dinding dah.
1st time kut lupa beg anak..
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. tak suka tak suka!
dek kerna tu, aku ni duk merintih la, mampoih la kena beli baju baru kat Amni.
bukan beli sehelai 2, bnyk gak la kena beli kan sebab esok baru balik.
haishhhh..
duk merintih kemain, wan kasik kat Amni rm50 suh beli baju.
yay!!
hahahahahaha... mekasih awan!!
oh, Amni panggil pak mentua aku tu awan atau wawan..
kazen lain panggil wan, dia sesedap rasa panggil wawan..
pun boleh..
pas makan, hantar mama ngan ayah g umah Tok Kiah pulak.
berpusing2 cari lepas pergaduhan 2 beranak tu.
ayah kata sini, laki aku kata sinun.. haishhhhh, sakit kepala aku dengar diorg duk gaduh carik umah.
memasing nak menang, then menang ke laki aku.
heheheheh..
dah lama tak g umah tu, so ayah ingat2 lupa.
dah sampai, lepak2 kejap, pastu jomlah kita g beli baju baru utk meni..
pegi mana yg dekat sudahlah, aku dah tak larat.
gagahkan diri je tu pun.
end up pegi Kompleks Bukit Jambul, dalam tu ada Mydin.
1st time pegi kut, tercangak2 laki bini.
siap hafal lagi kedai sini, sini, pusing sini, turun sini bagai.
best woh Mydin situ, besarrrrrrrrrrr..
pastu murah!
cik kuntum dapat yg ni, tak mau turun dah...
layan jelah kejap..
beli baju Amni laju2..
sambar skali susu 2 pek, Drypers ngan toiletries dia.
mana yg penting je utk 2 hari ni.
masa nak bayar, cashier tu cakap baju2 tu smua ada sale, tapi kena ada member card.
ah, sudahhhh, mana ada kan?
makanya, buat muka kering jelah aku minta pinjam dgn akak kat depan.
seb baik akak tu kasik.. yelah bukan kena bayar pun kan, dia siap dpt point free lagi.
baju2 Amni semua diskaun 50% uolls..
tshirt aku ambik 2 helai, sehelai rega rm5.90 je..
legging 1, rm9.90.
baju harian sepasang, rm13.90.
baju tidor selai rm15.90.
1 lagi gaun tdor, rm13.90.
total up baju2 Amni, after 50%, cuma rm32.70 jewwwwww..
dahla baju semua gambar hello kitty... kahkahkahkah..
dah setel semua, laju2 balik nak g check in hotel.
aku stay kat Farin Hotel. booking thru online je.
ambik family room, 1 queen size bed+single bed attached bathroom, rm130..
boleyla, nama pun hotel bajet.
tingkat 3, jenuh menapak.
yg penting ada hot shower ngan ekon.
lepak2 kejap, pastu siap2 nak kluar dinner plak.
as usual, g padang brown.
nak g ambik ayah, mama ngan tok kiah lagi.
dari umah Tok Kiah, nak kesana mau setengah jam jugak..
kat padang brown, makan mcm biasa, sup, pasembor, cucuk2 tu ngan ais kacang.
aku suka mkn situ, sedap dan tak mahal sgt.
Amni makan nasi dgn sup ayam banyak jugak mlm tu.
pas makan, g umah sedara mama kejap, alang2 dah dekat situ dah.
Amni pakai baju baru beli kat Mydin. syok sgt sebab baju hello kitty.. hehehe..
menggedik main, seronok sebab ada kawan.
kakak Insyirah, muka anak mami habis budak ni.
comey sangat.. masa jumpa dulu, umo dia baru 2 thn kut, now dah 5 thn dah.
tgh main, tgk mulut Amni duk kumat kamit, bila tgk skali duk makan coklat sugus.
ohemgee anak!
seriau aku, seb baik tak terjerit masa tu.
dah la kat umah org kan?
kakak kasik katanya.. yelah, kakak takpe, dia dah besar, awak tu tak pernah makan coklat okessss.
seriau aku kut lekat ke tersedak ke apa..
haiyaaaa budak niiii..
dah hantar ayah ngan mama, dah jom kita balik hotel, letih sgt dah aku ni.
Amni tdor masa otw, sampai hotel tukar baju diapers bagai, eh segar bugar pulak..
main la dia sensorang dgn hp, mama papa nak tdorr..
sok pagi, siap2 pkul 10 checkout terus.
g break1st mc'd then pecut g ayer hitam.
ayah nak nasi kandar kg melayu.
nak kesana tu jauh la jugak, tambah dengan jamnya, sejam oi baru sampai.
stress haku!
nak balik, laki aku on gps, cari jalan lain.
skali haaaa, setengah jam saje dah sampai bukit jambul.
coi btui..
tengok gambar ni nak tergelak plak aku.
2 beranak sebok nau nampaknya.
sorang duk carik jalan, sorang duk main game..
hahahahahaha...
dah hantar nasi, jom kita g queensbay sat.
lama dah kut tak g sana.
dah dekat dah and ada benda nak carik.
aku nak g Aeon, nak beli seluar ngan kasuit baruuu..
beriya mek ni buat peace tapi tak jadi..
tak lama pun kat sini, beli2, pastu blah..
balik ambik mama ngan ayah, jommm balik perlis.
atas highway ok je, memasing pakat tdor.
sampai alor star, hujan lebat gila sampai ke jitra nu haa..
laki aku pun nak terlelap dah.
sampai rumah ngam2 azan maghrib..
Alhamdulillah, selamat sampai dari percutian mengejut..
eheh...
dah sampai umah, Amni tgk ada beg dia atas sofa kat ruang tamu.
"kita nak p penang lagi ka mama??"
nak jawab ke takkkkk?
kita baru sampai dari penang ni nak, jgn nak perli2 mama pulak...
bapak kauuuuu yg lupaaa..
belum merasa lagi..agak2nya bila la sy nak balik penang ni kan
ReplyDelete@rizziela org penang ke? kami bukan org penang, tapi mak mentua asal penang. tu yg slalu g sana
ReplyDelete