Wednesday, June 25, 2014

Amalan semasa hamil

kalau korang google, berlambak kut keluar amalan2 yg boleh diamalkan semasa pregnant ni.
banyak..
google dan bacalah yeh.
tapi kat sini aku share apa yg aku amalkan.
dari 1st pregnant, 2nd and now, yg ketiga.

ini dari pengalaman aku 1st pregnant lagi.
mungkin cara kita berbeza tapi matlamat kita sama..
utk anak dalam perut kan?

memula tau pregnant, aku berazam nak khatam al-quran sepanjang 9 bulan pregnant tu.
Alhamdulillah walau tak habis 30 juzuk, dapat la jugak beberapa juzuk.
utk 1st dlu, aku tak ingat berapa juzuk aku dapat habiskan.
aku pregnant 6bulan++ je, so takla banyak sgt.
tolak masa alah tu lagi, tak larat, so tak baca.
tak ingat sangat, thn 2010 nuuu..
masa mengandungkan Amni aku dapat habiskan 15 juzuk.
seronok, walau tak habis sebuah al-quran.
aku baca mlm2 je pas maghrib sementara nak tunggu isyak.
kadang2 baca masa lepas subuh waktu weekend.
dapat la 4-6helai sekali baca.
klau seminggu baca tak tinggal, dapat habis 1 juzuk.
ikut keadaan, klau tak letih sgt baca, klau tak, tdor je yg banyak.
tokwan aku pesan, banyakkan baca surah yassin supaya nnt sakit tak lama masa nak beranak.
kalau bule, setiap hari katanya.
tak dapat la setiap hari, busuk2 seminggu sekali.
dari dlu2, rutin aku setiap mlm jumaat mesti baca yassin.
dan masih berterusan sampai sekarang dan moga sampai bila2.
and yes, betul kata tokwan aku, sakit beranak tak lama.
masa nak beranakkan Amni, turun darah pkul 10, belum pkul 12 dah keluar.
Alhamdulillah, aku mudah beranak walau masa pregnant, huiiiiii, tak tercerita alah tu.
mak aku pulak suruh amalkan surah Yusuff, surah Maryam, surah Luqman.
rasanya semua yg pregnant tau kelebihan surah2 ni kan?
bukan aku tak percaya kelebihan surah2 ni semua, tapi since aku dah baca al-quran dan azam nak habiskan al-quran, so, aku baca je al-quran.
tiap2 mlm aku baca quran, nak2 bila masuk 7bulan ke atas.
baby dlm perut dah bule mendengar kan?
pendek kata, aku baca je semua surah.
3 surah tu aku baca jugak, tapi bukan ulang2 setiap mlm.
2,3 minggu sekali aku baca surah2 tu, lebihnya aku baca al-quran.
dapatla 15 juzuk masa pregnantkan Amni.. alhamdulillah..

bila kat opis pulak, aku selalu buka lagu.
tapi lagu yg senonoh la, idok le lagu rock tu smua.
pastu aku suka dengar org baca al-quran.
google quran explore. aku suka yg tu sebab bnyk reciternya.
bule pilih, sedap2 bacaan diorg yg bule buatkan korang rasa ralit dan syahdu je dengar.
menendang2 anak dlm perut masa tu
serius!
eh, masa aku baca al-quran dia tendang jugak, cuma tak aktif sangat.
mama baca tak sedap mcm diorg ehhhh?

masa pregnant, aku jugak suka membaca.
novel la yg banyak. hahahaha..
masa pregnantkan Amni la banyak sebab bnyk masa lapang kan?
siang2 baca novel, mlm baca quran.
pregnant kali ni, rasanya baru 3-4 buah kut novel aku baca.
tak banyak, sebab mlm2 aku letih ya amat.
pas mghrib, nak tdor je.
sebuah novel mau 2 minggu baru habis.
tak daya.
buku2 lain aku baca jugak, buku2 agama..
ada, tapi xbnyk sebab bila dah hujung2 pregnant, malas dah.
tak baca apa dah..
mian game je.. huahuahua..
masa pregnantkan Amni aku suka main angry bird.
patut la keluar skang ni garang kemain.. kehkehkeh..
klau boleh, masa pregnant banyakkan membaca.
tak kisah la buku2 apa, nak2 buku2 agama kan?
kisah2 nabi, sirah tu smua..
masalahnya, rajin baca novel je.. hakhakhak..
buku agama baca jugak, tapi jarang... uhuk uhuk...

pemakan pulak, sedaya upaya carik air zamzam.
paling kurang sepanjang pregnant, dapat la sekali minum.
setiap kali pregnant dapat minum, alhamdulillah.
lagi 1, banyakkan makan kurma dan kismis.
aku tak minat sangat kurma, tapi gigihkan jugak utk anak.
bila mabuk, alah, mual, gigih la makan kurma.
buat jajan, letak kat opis.
kelebihan kurma dan kismis, semua org tau kan?
tak rugi makan.
hasilnya, walau Amni masa keluar dulu cuma 1.8kg, tapi badan dia keras.
isi dia pejal je sampai sekarang sebab aku pun slalu bagi dia puree kurma dulu.
nak puasa ni, harap2 banyak la aku dapat makan kurma.
hari tu beli sekotak letak kat opis.
sehari aku makan sebijik je, kismis banyak aku telan dah..
selain tu, minum susu@soya bagus kan masa pregnant?
tapi aku masa pregnant, langsung takleh telan susu.
soya tu, dah hujung2 pregnant baru bule minum.
hasilnya, Amni idokle putih sangat.. hehehe..
tak ah, bukan mempengaruhi sangat pun putih ke hitam anak dlm perut tu.
cuma khasiat soya and susu tu yg kita nak.
utk tumbesaran, utk tulang, utk kulit, mcm2 ah.
since aku tak lalu susu, aku kena makan kalsium hari2 utk elak cramp.
pregant 2 bulan aku dah cramp kaki.. hebak dok??
kalsium kurang aku ni, gg semua ngilu, pecah habis masa pregnant.
skang ni dah ok sket, duk gigih minum soya.
tapi takla banyak, sket2 je.
setengah org kata, bnyk sgt minum soya, nnt kulit anak mudah allergik.
entahhhhh..
lain2, aku makan je apa aku nak makan.
cuma benda yg org kata tajam tu like tapai, nenas, elakkan la.
air kelapa adalah feberet.
memula peknen, tak berani sgt.
masuk 4 bulan kut, aku telan dah.. sedap oiiii..
peknen kali ni aku suka buah.
masa 1st trimister, itu je yg bule masuk perut aku tanpa keluar balik.
hari2 makan epal merah. wajib!
buah lain pun makan jugak, anggur, tembikai, mangga.
tapi mesti manisssssssssss.. masam kalu, uwekkkkkk..
skang ni dah ok sket selera aku, buah2 pun dah kurang.
hari tu nak makan ciku, suami dah belikan.
now nak makan manggis pulak..
berjejes ailio bila ingat manggis... sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
masa pregnant ni, bab pemakanan kena alert eh..
means, makan yg halal la.
sebab makan tu jadi darah daging and utk anak dalam perut.
kena beringat, bukan saja halal pada nama, sumbernya jugak kena jelas.
harap2 apa yg aku makan selama ni, halalal toiyyiban..
rasanya aku termakan jugak cadbury yg kecik tu dlu.
yg sebijik seploh sen tu..
ngeri bila pikir, tapi masa tu tak tau and tak heboh lagi pasal ada dna tuttttt..
2 bijik aku makan klau tak silap, harapnya end result kata takda dna tutt tu betullah.
Allahuakbar!

next is banyakkan berzikir.
selalunya pas solat la.
make sure ada tasbih, so banyak la sket aku berzikir.
tak susah and kejap je pun.
tak pregnant, kat mana2 pun bule amal kan?
kadang2 berzikir utk tidorkan amni..
pun boleh ye dok?
duk sesaja, boleh berzikir.
tak susah pun nak buat, nak dgn tak je..

doa pun kena ada.
selalu minta dengan Dia yg baik2 utk kita dan utk anak jugak.
tak rugi, minta je, Insyallah Tuhan itu maha memberi.
org slalu kata, doa org pregnat ni berkat.
tak pregnant pun bule je berdoa.
minta yg elok2, minta dipermudahkan, minta selamat semuanya...

pastu banyakkan amalan sunat.
like puasa sunat, sembahyang sunat and lain2.
bab puasa tu ngeri sket  nak buat.
teringin tapi kenangkan aku yg 2 jam pas makan dah lapar balik, so tak  jadilah.
angin teruk sangat aku ni.
kadang2 makan pastu muntah, tak makan pun muntah.
harap2 puasa ramadhan kali ni aku ok
masa pregnant Amni aku dapat puasa 12 hari jeeeeeeeeee..
pitam nak ganti puasa.
lagi 1 banyakkan bersedekah.
yg tu tak payah tunggu pregnant pun bule buat kan?
kita nak anak kita murah rezki, so jangan la kita berkira sangat nak murahkan rezki org lain.
nilai tu antara kita dengan tuhan, yg penting niat kita ikhlas nak memberi.


lain2 tu jaga perlakuan diri la.
dengan suami, dengan anak, dengan keluarga, dengan org.
kadang2 bila tension tu terlepas jugak la kan?
hihi...
dengan suami tu selalu, sentap sediaaaaaaaaaaa..
ntah, tiap kali peknen, dia jadi sensitip lebih.
silap sket, sentap, merajuk.
masa amni dlu lagi teruk.
silap sket, menangis troih.. hahahaha
seb baik Amni tak jadi gitu.
ada la sket2, tapi takla teruk.
kali ni, tak menangis, tapi muncunggggggggggggggggg je.
kehkehkeh..
sabaq jelah laki aku..
nasib la, sapa suh dia tak layan bini gemok dia ni kan?
sabar bang eh, tak lama dah...
pasni insyallah mama tak merajuk dah.
tu pun klau awak tak buat hal laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

2 comments:

  1. Salam kak yah, lama tak BW kat sini, internet slow.

    dah pregnen eh, tahniah ye..

    pasal air soya tu, ada juga org kata boleh dpt kulit putih.
    tp, elok minum soya yg fresh bukan yg dalam air kotak atau tin..

    ReplyDelete
  2. @nabila hasyim : betul2.. saya selalu minum yg fresh, beli kat pasar mlm. kadang2 je beli yg kotak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...