entry lepas2 ada sebut abang aku anak beranak blk sini.
minggu diorg balik kebetulan besday ke 2 amierul.
besday amierul 7 jun, besday abah 8 jun.
pakat2 adik beradik, nak buat makan2 sket.
besday abah, besday amierul, then sempena nak puasa skali lah.
umah mak bapak aku takda hal, dah biasa buat kenduri.
perkakas ke apa, takda hal. semua ada.
abang aku sampai sini jumaat mlm.
blk naik flight kali ni. cadang nak naik ketapi sebab kaklong nak naik ketapi.
tapi cuti skolah, tgk lambat, tiket sold out.
hari jumaat aku hantar Amni g umah mak aku sebab pengasuh takda.
mlm tu tgg sampai abg aku sampai, baru gerak blk umah.
tunggu lemang tok ayin benornya.
hahahaha..
mentua abg aku org negeri 9, lemang tu kebiasaan diorg lah.
sesekali blk sini, tok ayin bekalkan lemang.
sodappppp.
lepas kempunan mak buyung.. mihmihmih..
ailebiu tokyin..
hari sabtu, public holiday.
suami iolls cuti. yay!!
ada 3 jemputan kenduri.
dah dia ada, memula g kenduri sedara mak mentua aku dulu kat kangar ni.
pegi 1 keta ngan family in law.
seronok budak2 berlari sebab buat kat denai larian perlis.
pastu blk umah mak aku, ambik dia g kenduri kawan aku pulak.
yg tu kena pegi sebab kenal dah lama.
family semua kenal.
kawan aku tu, baya abang aku, kawen dlu abah aku kirakan.
dengan anak kawan2 dia jugak.
alhamdulillah, ada jodoh, now anak dah 4.
kenduri ni, adik dia yg kawen, so jomla kita pegi.
kenduri kampung, lauk sedap tapi panas tu huiiii, basah baju laki aku.
abang aku sefamily g bershopping kat padang besar.
hamboihhhh. sakan depa..
mlm tu, blk umah, laju2 buat keja.
aku buat kek 2 bijik okeh!
salute dengan diri sendiri. hahahaha..
sempena besday, utk budak2, aku buat cupcake.
alah, resipi kek coklat aku tu jugak la, cuma aku taruk dlm bekas cupcake baru aku kukuskan.
suka sangat Amni tgk kek dlm bekas comey2.
gambar kek sekeping pun takdok.
kaluit sangat.
besok pagi2, buat lagi seketoi utk abah.
utk amierul, dah tempah kat somebody yg ada nama gak kat perlis ni.
tapi, pagi tu baruuuuuuuuuuuuuuuuu dia tanya aku confirm ke nak kek ni?
derrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..
aku dah bgtau 2 mgg sebelum tu kut, siap dah mesej kat fesbuk gambar kek sekian2, berwasap bagai, dia bule kata kut aku tak confirm.
kut ye pun tak tau confirm ke tak, tanya la 2,3 hari sebelum tu.
ini hari kejadian baru ko tanya.
memang mengundang kemarahan sungguh la.
pungpangpungpang ngan kak ipar aku, maka kita decide sebijik kek jelah.
yg aku buat tu, skalikan je ngan abah.
nak buat sebijik lagi, tak sempat dah.
kang pkul brapa pulak aku nak sampai umah mak aku tu.
adoiyaiii.. kesian amierul. dah tempah kek thomas and friends kat dia, skali nan hado.
bujang tu suka sangat ngan ketapi.
dah setel kek semua, sate pun dah sampai, gegas g kola perlis pulak ambik laksa.
end up pkul 2 gak aku sampai umah mak aku.
semua org duk tunggu laksa ngan sate je..
huhuhu..
budak syok lebih ingat hebeday 2 u dia.
hahahahaha..
asyik la menyanyi hebeday 2 u..
sabar yeh, awak punya bulan 8 kang..
Alhamdulillah, ramai gak tetamu.
kebetulan hari tu takda kenduri kat kawasan umah mak aku.
so, ramai la yg hadir.
masak2, makan2, takda hal.
kawan2 mak pak aku ramai.
menu hari tu,nasi putih, nasi kuning, gulai ayam kampung+rebung, sayur manis rebung, ayam goreng rempah, sambal ikan bilis, ulam2.
then laksa kuala perlis, sate, kek, air oren.
masa kawan2 abah tgh ramai, kami bawak keluar kek suh abah potong.
hahahaha.. lawak btoi.
gambar ada kat kamera kak ipar aku.
aku tak sempat nak ambik gambar.
beriya la Amni, menyanyi hebeday 2 u kat tok abah.
lawak btoi..
umi kata org ramai kat luar, tak payah la bwk kek tu.
sajaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. sebab org ramai la nak suh abah potong kek.
kikikiki...
comey je abah potong kek, cucu plak beriya nyanyi kan?
malu2, terkejut, tapi hadap sajalah.
sayang gambar takde :-(
cupcake aku pun setel gak mana yg bawak keluar.
budak2 tgk bekas comey, semua nak.
takpe2, makanlah, memang nak bagi makan kan?
sampai petang, bawak ke mlm org datang.
tgk lauk ada, mlm tu abah panggil org masjid pulak.
pas isyak, ramai gak la yg dtg.
so, setel lauk semua habis tinggal la sket utk makan.
kawan2 umi yg datang tolong masak pun dapat bawak balik sorang sket lauk.
then mlm tu, kita potong kek utk bujang pulak.
kesian ingat dia, aku carik jugak la kek seketoi utk dia.
jumpa la kek biasa, ada ketapi atas kek tu.
jadilah dari tak ada kan?
kek kecik je, tapi dia punya seronok tu, buat semua org seronok.
budak2 kan?
mlm tu kazen aku datang, meriah la jugak dgn anak2 dia.
tgk kek comel, semua nak makan.
seronok bila diorg seronok..
pastu berebut ketapi kecik tu.
sabar jelahhhhhh..
Amierul@bujang..
cheeky je muka, geram makngah.
suara halus je, main pun takda ganas2.
asyik la kena buli ngan Amni.. sabar jelahhhhh..
balik kejap, tak sempat nak beramas mesra.
jarang2 jumpa kan, dia taknak kat aku sangat.
pedulik, makngah peluk jeee.. heheh
dia bahasakan diri dia yoi.
yoi pun yoi lah..
dah balik kl, baru jumpa baju thomas and friends tu utk dia.
kirim jelah ke adik aku suh bagi kat bujang ni.
addicted sgt ngan ketapi.
Amni la taiko skang ni.
asyik buli Amierul sampai budak tu takut nak dekat dah.
dia geram kut, duk cepuk amierul, tak larat marah dah.
diam2, dia g cepuk jugak..
waktu main elok, eloklah, tapi kejap jelah.
pastu waaaaaaaaaaaaaaa..
amierul pun nakal jugak, di mainnya Amni..
sabar jelah.. gasak korang lah, tak bertumbuk sudahhhhh..
isnin esoknya, balik kl dah.
tinggal kaklong kat sini.
rabu, adik aku plak g hantar dia blk kl.
sempat la duk kg kejap.
seminggu pastu Amni asyik la duk tersasul sebut kaklong.
teringat lagi kut.
maunya tak, main sungguh 2 org tu.
main2, gelak2, gedik2 mak aku kata....
nnt raya haji nun baru nak jumpa pulak..
No comments:
Post a Comment