Jumaat lepas aku cuti.
asyik cuti je aku thn ni..
apa nak buat, bukan sesaja pun..
sebab ada check up dengan O&G.
apakah ia?
Obstetrics and gynaecology clinic.
wanita yg pregnant, biasalah dgn klinik ni.
nak2 yg ada masalah masa hamil.
mcm iolls..
aku tak suka dtg sini.
sebab lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa la nak kena tunggu.
tunggu 1 hal, nak cari parking 1 hal.
bosan oih..
tapi apa nak buat kan?
ramai org nak kena check, so, sabar jelah.
1st time dtg hari tu, tak lama tunggu walau nak parking adalah mcm har sket.
hospital kan? tempat paling sesak dan sibuk di dunia okehh....
cari parking adalah lagi lama dari tunggu nak jumpa doc.
pastu jumpa doc pulak mcm hampeh.
mcm kan takda apa2, chek lebih kurang mcm klini kesihatan padahal klinik pakar kuttttttttt..
ada sorang doc tu cakap lebih kurang je, rasa mcm nak lempang.
haishhhh.. seb baik yg lagi sorang tu ok.
2nd time datang, tunggu lama ya ampun.
kebas bontot duk main game dah.
org pun boleh tahan ramai.
tapi seb baik jumpa doc kali ni ok.
lama, mcm2 cerita.
so agak puas hati walau rasa mcm nak buka posa dah.. huahuahua..
kali ni kena hadap klinik ni sebab ada hal sket.
kesahnya sebab aku duk bleeding masa kandungan 3-4 bulan hari tu.
2 minggu kut duk bleeding.
asyik bersambung2 mc jelah aku time tu.
seb baik tak kena warded.
tapi kalu kena warded pun aku rela je..
daripada duk susah hati, duk risau apa jadi kat baby kan, baiklah aku duk spital.
2,3 kali scan baru tau kenapa.
rupanya uri kat bawah.
cumanya aku tak sakit, bleeding je.
tapi tak la banyak, sket2 je keluar.
doc kata tak serius and suruh bed rest je.
tak serius pun, asyik menangis la aku time tu pikir baby kan?
doc kata biasa sebab time tu baru nak masuk 4 bulan.
klau dah 7bulan or 28w ke atas, bleeding and uri masih dibawah, harus ko kena warded.
duk ulang g bahagian kecemasan hospital bila bleeding.
dah kerap, diorg segerakan appointment dgn O&G ni.
klau tak kerna bleeding pun aku kena gak jumpa diorg sebab dah pernah bersalin premature 2 kali.
kena further check up jugak.
so, now dah ada 2 kes.
check jumaat lepas, katanya uri masih rendah.
haishhhhhhhh..
aku dah g jumpa bidan dah, berubat kg.
pastu dah g scan kat private clinic dah last month,katanyanya uri dah ok.
dah lega sekejap.
pas stop bleeding, aku sakit pulak kat bawah tu.
dia punya sakit tu, klau tgh berdiri, boleh terduduk or tersentap tak leh gerak ok.
sakit!.
duduk lama sakit, tdor pun sakit.
lepas jumpa bidan tu, dia kasik la air penawar pastu dia baca2 sket la.
dah kurang sket sakit tu.
lately sakit balik.
scan hari jumaat lepas, kata uri kat bawah lagi.
patutla sakit balik.
haishhhhhhhhhhhhhh... risau..
aku skang dlm 25w mcm tu.
harapnya, masuk 28w tu naiklah uri tu.
iolls takmo belah peruit.. ngeri..
nak beranak normal.. huhuh..
doc kata, nnt masa aku 28w kena cucuk.
cucuk utk matangkan paru2 baby.
prevent if aku terberanak awal ke apa.
sebab dah ada sejarah, so tak mustahil akan terberanak awal jugak.
takmo!
paling kurang pun biarlah ngam2 36w kan?
Amni dlu 35w ++.
kena duk dlm incubator jugak.
takmoooooooooooooooo...
takda cara, doa jelah.
so, doc kata skang ni jgn banyak bergerak, jgn buat aktiviti lasak, jgn angkat berat, kurangkan hubungan suami isteri.
ehhhh? pitammmmmmmmm..
muahahah..
ada doc kata takleh bersama terus.
ada doc kata, boleh bersama, tapi kena pakai kondom.
jgn biar air mani suami masuk sebab dia agen utk mencepatkan bukaan rahim.
ooooo.. gitu..
so, kita ambik langkah berjaga2, utk anak..
tak lama dah, 3 bulan lagi.
errr.. lama gak tuuuu..
sabar baby eh, awak jgn keluar sekarang, mama blm ready.
duduk berenang kat dlm dlu ehhh?
** timbang hari tu, berat turun 2kg. ainyonyonyo..
klau biasa2, harus lompat bintang syok sebab berat turun kan?
tapi disaat perut bengkak gini, berat turun bukan keseronokan yeh, tapi kengerian...
puasa kut?
No comments:
Post a Comment