suami request spaghetti pulak.
baeklahhh..
western pulak hari ni kita.
lagipun dah lama tak buat kut.
menu yg senang nak buat dan sedap.. hihih.
hari khamis dia keja halfday.
so, sebelum aku balik, minta dia keluarkan daging sesiap, balik kang cepat sket keja aku.
asalnya nak buat hari rabu lagi, sebab aku cuti ada appointment kat klinik kesihatan.
tapi, hari tu kena cocok kat bahu, lenguh tangan, so tak dapek.
muncung2 laki iolls buka puasa hari tu sebab takda spaghetti..
oloh oloh...
yelah2, hari kamis, jomla kita berwestern pulak.
aku sukaaaaaaaaaaaaa spaghetti ni.
takat dok makan kat restoren ke, piza hut ke, kenny rogers, tak jumpa yg betul2 sedap lagi.
yg org buat, rasanya terpaling sedap is kazen aku.
dia siap buat meatball lagi.
1st trial dia buat pun sedap kuah tu.
tak ingat pulak mana dia dpt resipi.
raya thn lepas dia buat, hope raya thn ni dia buat lagi.. muahaha..
spaghetti cara aku mudah je.
laki suka, anak suka, sokay la..
boleh gitu.. heheh...
testimoni tu penting oih..
aku guna prego. dah try sos lain, tak bule ar.
tak sedap mcm prego.
lagi 1 , prego ni ada bau sedappppp.
daging kena ramly, lain tak best.
jgn guna ayam eh, melekat2 kuali sbb dia tak kluar air mcm daging.
pernah try guna daging burger sebab takda daging cincang.
boleh la, cumanya berketul sket la sebab dia keping2 kan?
klau daging cincang tu berketul jugak, tapi kecik2 je, daging burger kena cincang btoi2 la.
nak share cara buat spaghetti pun mcm malas je sebab senang nauu..
takpelah, share jugak..
kut ada yg nak try.
ehek ehek hek..
bahan2 :
sos spaghetti prego - ambik yg utk spaghetti sebab ada mcm2 jenis. aku guna yg dlm bekas kaca tu.
cendawan - bli yg dlm tin je
sos cili
sos tomato/tomato puree
bawang putih
butter
minyak
garam
gula
daging cincang ramly
tomato
bawang holland
spaghetti
cara2:
utk spaghetti, rebus air dlm periuk.
dah mendidih, masuk butter or minyak sket sebelum masuk spaghetti.
tujuan, supaya spaghetti tak melekat nnt and berkilat elok.
dah masak, toskan.
bab ni laki aku terrer, dia yg slalu buat.
utk kuah..
memula tumis bawang putih guna butter. klau seketul daging saiz kecil and sos prego bekas kecil tu, aku guna bawang putih dlm 4 ulas.
panaskan butter, then masuk minyak sket.
tumis bawang putih sampai bau wangiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..
pastu masuk daging.
aku selalu cairkan daging awal, bila masak, daging jadi lembut.
tos air daging dlu ye. aku siap basuh ok daging tu sebab nnt air jadi merah.
me dont like.
tumis sampai daging masak lah ye. agak kering air daging tu.
pastu baru masuk sos prego.
pastu masuk sos cili and sos tomato/tomato puree.
mana2 yg korang suka.
kadang2 aku guna sos tomato, kadang2 tomato puree.
kuantiti tu agak2 la. aku guna sos cili tak banyak sgt sbb nnt Amni nak makan kan?
klau pedas, dia takleh makan pulak.
klau aku nak pedas, masa mkn nnt aku tambah sos cili pulak.
pastu masuk la cendawan yg dah dipotong nipis
jgn masuk seketol2 eh, tak lawa kut.
pastu masuk tomato and bawang holland yg dipotong dadu.
aku suka letak bawang holland tu last sebab nnt bila makan rasa krup krap krup krap. rapuh.
hehehe...
last, perasakan dgn garam dan gula.
klau nak kuah cair sket and banyak, masuk la air sket.
laki aku suka kuah cair sket and banyak, so masuk la air.
aku suka pekat2..
then, kita buat sedang2 saja..
berbuka hari tu, 2 pinggan dia makan.
mcm kurang masam sket hari tu.
puasa kan? tak leh rasa.
tapi dia kata ok je.. tu yg sampai 2 pinggan..
my happy and satisfied customer.
makan spaghetti pakai tangan..
ko mampu?
dia mmg suka spesis2 mee, bihun, spaghetti nih.
lama dah tak buat, so bertambah2 dia makan.
padahal dia makan spaghetti dgn kuah je pun.
daging tu aku bg sket je sebab tak elok sgt nak bg toodler mcm Amni mkn daging segera mcm tu kan?
tetiba hari tu nak makan cendawan pulak.
2,3 ketoi jugak dia makan. sebelom ni tak pernah makan pun.
sambil makan sambil cakap "sedapnya mamaaaaaaaaaaaaaaaaa".
kembang vontot mama..
letih puasa, letih masak hilang bila tgk diorg mkn dgn seleranya.
dah habis mkn, Amni cakap " kesian Amni, lapaqqqqqqqqqqq".
siap buat muka kesian.
drama queen..
No comments:
Post a Comment