Thursday, September 04, 2014

Amni 3rd Birthday

lega, dapat jugak buat kenduri sket utk anak dara tu.
sempena besday dia.
ikut tu nak buat kecil2an je.
mkn2 family terdekat saja.
yg penting ada kek utk dia.
dah besar ni dah pandai dah duk sebut besday bagai.
tak buat kesian pulak ke dia.
tapi tu lah, tgk ke kondisi aku yg tak berapa nak upaya sangat, pikir 2,3 kali gak nak buat.
pungpangpungpang ngan laki, ngan family aku bagai, so decide buat lah sket makan2 utk dia.
besar tak besar, kecik tak kecik.
taklah banyak mcm 1st besday dlu.
yg tu 4 in 1 punya kenduri, so meriah sket la.
2nd besday, 2 kali buat.
skali kat umah tok umi, skali kat umah sendri.
kat umah tok umi, banyak gak sebab tok umi buat knuri gak.
kat umah sendri tu, just dinner and panggil jiran aku yakni keluarga mentua.
thn ni dia dah 3thn, dah pandai sgt dah, so kita buat lah best sket.
tapi tak best sgt sbb mama tak berapa kuat.
memula nak tempah laksa je, senang keja aku.
tapi adik2 aku bangkang pulak.
suh buat soto. amboihhhhhhhhhhhhhhhh..
tapi diorg willing to help.
bagussssssssssss..
so, jumaat mlm tu bermula semua keja.
oh, besday amni tu buat 30hb on saturday.
besday dia 29hb 8, hari jumaat.
kita postpone sehari ke sabtu.
main menu is soto.
aku beli ayam 4 ekor, tapi yg guna dlm 3 ekor setengah je.
afizah basuh ayam, afiqah kupas bawang.
assistant aku mlm t, dan jugak incik suami and also cik kuntum yg kejanya buat havic lebih.
aku tumis bahan utk buat kuah.
pastu aku buat kek coklat 2 adunan, mlm tu jugak.
pkul 12 kut baru tdor.
kebas habis 1 badan sebab berdiri lama.
utk nasi himpit, mak aku tolong rebuskan kat umah dia.
then umi willing nak gorengkan bihun.
plan aku esoknya nak buat spageti je dlm 2 bungkus utk side dish.
tp dah dia nak buat bihun, so, ok.
5 bungkus jugak dia goreng dgn bantuan jiran sebelah umah.
utk pencuci mulut, umi buat agar2 pandan 2 bekas.
then dia beli skali kuih tepung bungkus 50 biji.
pastu laki aku order roti jala 200 ketul.
tu je menu.
sebab time makan is petang, so menu light2 gitu jelah.

pagi sabtu, pagi2 dah bangun.
kemas2 umah sket2.
pastu mula masuk dapur.
suami g ambik roti jala dlu, pastu g ambik mak aku pulak.
bekas2 besar utk isi makanan mostly ambik mak aku punya.
aku ada gak, tapi tak bnyk and yg kecik2 je.
pkul 4 start menghidang.
laki aku celah2 tu lah buat rajin nak g bli barang keta dia.
dah lama dia tak bawak keta tu, aku yg duk bawak.
skali dia bawak ada bunyi sket, so tak puas hati.
pikir hari tu  hari sabtu, gegas nak g bli barang sebab esok lusa is public holiday, kedai tak buka.
dah pegi tu lama la pulakkkkkkkkkk.
aku dah 2-3 kali kol.
meja makan smua tak setup lagi.
org nak mengangkatnya takda.
jemputan pas asar kan?
adik lelaki aku tu plak ada game bola tampar, lari kejap meh umah aku nak angkat meja.
pastu nak g balik. yg abang ipar tak sampai2. grrrrrrrrrrrrrrrrrr..
aku dah bising2 dah. rajin tak kena tempat plak dah bang oiii.
meja mkn ambik umah pak mentua aku punya.
letak meja besar 1, pastu susun kerusi je.
kerusi dlm 12 bijik camtu.
buat 2 hidang, 1 kat luar and 1 kat dlm.
meja mkn dlm umah tak kacau.
ngam2 pas asar org dah start datang.
aku duk pakai baju tshirt lagi.. hahahah..
laju2 g mandi, tukar gaun.. ehh... tu cik kuntum.
tetamu awal is sedara mara belah suami, jemputan dari pak mentua.
org tua2 la mostly..
pastu ada kawan2 opis aku and kawan2 lama.

aku tempah kek utk amni kat opismate aku.
utk kali ke 3, kek besday amni smua dari dia.
so far aku puas hati. cantik, sedap and harga mampu milik.
cik kuntum tgk kek, menggedik tak ingat...


tengok la kek gambar apaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
maunya tak menggedik kan?
order kek red velvet pulak kali ni.
dia tgh gila frozen kan, so kita bagi dia syiok sket on her besday.
gambar tu aku edit sendri, saja letak gambar dia skali.
masa potong kek, marah2 mama ni sebab nak potong tengah, kena frozen.
potong gambar dia takpe, potong gambar frozen jangan!
gitu kau nak oiii..


Princess Amni..
pakai baju baru yg bli utk pakai raya, tapi tak pakai2 pun.
so, utk besday ni, kita pakai yg ni jelah yeh.
carik dress frozen tak jumpa2. nak beli online? kem salammm.. hehe
tak sabar2 nak tiup lilin nak potong kek.
seronok sungguh dia hari tu.


bukti..
mcm2 gaya dia buat masa nak potong kek.
suruh senyum, suruh peace, smua buat sebab seronok sangat dpt kek frozen.
mama letih tak ingat hari tu, tapi bila tgk gambar2 ni balik, hilang letih mama nak...
rasa berbaloi dpt gembirakan dia..


ni je gambar kami yga da.
ada la 2,3 snap, tapi buruk nau mak kuntum.
gemok tul aku skang ni. jubah yg aku pakai tu, hoih ketat dah.
sebelum raya hr tu ok je.. hehehe.
nak duduk pun sengkak oih skang ni..
laki aku tu tak duk dlm umah pun, kat luar je.
usha2 apa yg patut, layan tetamu kat luar.
runner pun dia. g bli kopi.
sedara mara yg tua2 nak kopi panas pulak.
kata minum petang kan? hehehe..

gambar lain takda. gambar tetamu, gambar makanan..
kalut sgt kan?
ramai gak yg dtg petang tu.
opismate tak ramai sgt. takpelah, masing2 ada komitmen kan?
yg syok, kak su datang bawak ayra.
seronok amni dgn ayra duk main.
tapi tak ramah sgt, lama tak jumpa kut. sembang2 kut jauh je.
ayra siap bawak hadiah, baju frozen.
amni duk usung paper beg hadiah tu je. over btoi.
lama jugak k.su kat umah aku, cumanya aku tak sempat nak gebang lama2.
sorry eh k.su..
pastu, mlm dah baru teringat, aku bg ke tak kek besday kat  ayra.. agagagaga...
i is kaluit tak tentu hala.. hahaha..
pastu member opismate lama, anis pun datang.
tenkiu mek! bawak 3 anak dara dia.
lama gak dia kat umah aku, sempat la sembang2.
lama btul tak jumpa, mau dekat 3-4 th kut.. heheh..
pastu, nadia dgn mat ki pun datang walau dah petang sgt.
stay sampai maghrib sbb anak dia meragam sket.
memula meragam sebab baru bgn tdor, pastu dah panas, takmo balik.
sebab syok layan frozen. hahahah.. laki tuuuuuuuuu..
rupanya kat umah pun duk layan nadia kata..
sabau jelah nak oi. anak dia sebaya amni jugak, cuma beza bulan je.
masa datang umah aku tu, dia pun tgh memboyot.
dah overdue, isnin depan nak kena g serah diri dah sebab dah overdue kan?
agagaga.. ngeri klau kena induce nadia oihh.
skali besok tu, dia  wa kata dah selamat beranak, pkul 3 pagi camtu.
baby boy jugak, baby merdeka.
berkat makan kek frozen katanya.. hahaha..
selamat dah, aku plak pasni.. fuhhhhhhhhh...
wari and suami pun datang. bawak anak2. beria amni main dgn hasya, padahal hasya tu umo 6 thn kut. tapi okay je duk berlari 2 org tu. abang dia duk layan frozen.. hahaha
aunty huda dtg mlm, bawak hadiah bekas sabun hello kitty.
dah 1 hal, asyik la nak basuh tgn, nak picit sabun tu. haiyaaaaa..
lamaaaa tak jumpa huda. dah blk duk perlis dah.
since bulan puasa lepas, tapi sekali pun tak sempat jumpa.
mlm tu pun jumpa kejap ja, tak sempa gebang2 pun sebab aku nak sembahyang maghrib.
later2, datang umah ehhh...

setel petang, mlm pulak.
opismate laki aku smua dtg mlm. meriah gak mlm tu, penuh kat luar.
mostly makan kat luar, tak masuk umah pun.
suzila pun datang mlm, siangnya takleh tinggal kedai.
org meniaga gitulah, time2 cuti mcm ni mmg bizi.
but tq sis, datang jugak walau malam and tau hang letih kan?
siap bawak hadiah utk amni. tq!
sepupu2 aku pun datang mlm, maksu b, makteh and makndak amni.
bawak hadiah, bekas makanan frozen. seronok mek tu..
pastu duk merapu dgn amni. tu lah keja depa..


buka hadiah dengan ganas.
aku biar je dia koyak hadiah2 dia tu cemana pun. bagi rasa uiii seronoknya buka hadiah.. hahaha
opismate suami ada yg bg hadiah. mekasih bnyk2.
aku tak kenal pun diorg ni, maybe staf baru.
tq sebab sudi mai and bg amni gift. yg bagi duit pun ramai.
mostly bagi duit. sedara mara yg tua2 pakat bagi duit. tq, murah rezki amni, murah jugak rezki yg memberi.
mlm tu amni pakai baju baru, baju frozen from maknjang dia. adik aku la.
amni dapat 5 helai baju baru and mostly is frozen.
suka sgt dia. paling nak pakai baju yg ayra bagi.
tapi besar, takleh pakai lagi. maybe thn depan baru leh pakai.. hehe..
pkul 10.30 mlm camtu, takda guest dah.
mcm tak ramai sgt opismate laki aku yg datang, mostly pakat bercuti katanya.

yelah, public holiday kan ahad ngan isnin tu.
yg datang pun tak ramai yg aku kenal dah. 
but sokay je, makanan lebih tapi takla banyak sgt.
soto takpa, tak rosak, esok bule ulang mkn.
eh, soto aku sedap tauuuuuuuuuuuu.. hahaha..
nnt klau rajin aku share resipi.

org dah kurang, kami start kemas2 sket kat luar tu. letih tapi kena buat gak.
org kuat haruslah adik aku and sang suami.
adik aku setel kat dapur, basuh2 bekas smua. aku tolong kutip2, pastu pkul 12 masuk landing dah.
letih ya amat.
amni plak duk mengamok takleh tdor. duk mengigau sampai ke pagi.
letih sangat kut sebab menggedik bnyk sangat kan.
mengigau, sampai bangun urut kaki. maybe dia lenguh kaki kut.
pkul 6  pagi baru dia lena tdor. pkul 9 pagi baru bgn.
laki aku, pkul 3 pagi kut baru masuk bilik.
aku bgn pagi esok, tgk depan umah clear dah. dia basuh habis.
sampah smua dah kutip. dlm umah pun dia sapu gak.
mekasih suami!!
hari ahad tu, on 31st august, dia keja sampai mlm. monthly kan?
mesti dia letih.. huhu...


gambar atas, cik kuntum yg hepy sebab dapat patung anna frozen from mama.
kepit tu jelah. kira hadiah besday lah ye, sebab mama beli hari jumaat tu.
bawah, pakai baju baru from maknjang.
menggedik2 pusing 1 umah pakai baju kembang2.
tapi sedikit tak puas hati sebab mama suh pakai sluar panjang kat dlm.
yelah, nak pakai time nak tdor kan? awak dah la tdor lasak kemain, kang terselak nak oiiii.
skang dia suka baju2 gitu. yg sepasang dgn sluar or gaun.
murah je pun, kat pasar mlm dlm rm10-rm15 je.
nnt mama beli bnyk2 ye utk awak.. yg penting, gambar pwincess... gituuuuuuuuuuuu..

setel besday Amni.
lega...
ahad and isnin, melepek aku kat umah, mana pun tak pegi.
kemas umah sket2. lap2 bekas smua.
tu pun adik aku tolong gak. bekas2 mak aku dah setel, tinggal nak hantar balik je.
bekas2 aku pun dah. tapi ada lagi sket tak masuk almari lagi.
duk susun elok je kat dapur. esok2 lah..
letih oihh...
umah tu pun sampai hari ni tak mop lagi.. bahaha..
sapu je, mop tu weekend ni lah kut. moga ada kekuatan.
buat kenduri ni seronok, tapi part nak kemas tu lah yg letih sket.
klau biasa2, aku ok je. tapi dlm keadaan agak sarat ni kena limit sket pergerakkan.
minggu ni aku cukup 35w dah..
berdebar2 oihhhh..
harap2, dapat la bertahan sekurang2nya 2 minggu lagi.
ikut ke letih, jam2 ni jugak aku nak beranak, tapi sabar dulu yeh..
agak lama sket aku tak update blog, maknanya dah selamat la tuuuuu..

last but not least, mekasih pada yg hadir, pada yg memberi hadiah, pada yg bagi duit.
mekasih bnyk2. moga murah rezki smuanya.
mahaplah klau tak sempat nak layan, makanan tak sedap ke apa. mak is kaluit.
pada yg membantu, umi, adik2 and also suami terchenta.. mekasihhhhhhhhhhhhhhhhhhh..
thn depan kita buat dabel besday yehhh.. miahaha. 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...