Friday, September 12, 2014

Basikal baru Amni

dah lama plan, besday Amni kang nak bagi dia beskal baru.
now duk naik beskal roda 3.
dia dah besar, nak kayuh pun susah.
sangkut kaki dah.
mama duk kenen2 papa suh beli beskal kat Amni.
budak tu pun, dah mama selalu duk sebut, hari2 dia menyanyi kat papa dia, nak beskal nak beskal nak beskal....
hahahahaha...

masa besday dia yg lepas, ada yg bagi dia duit.
memula pikir nak g simpan.
duit2 dia, yg dapat masa raya or bila2 masa yg org bagi, 1 sen pun aku tak pernah guna.
semua aku masuk bank.
ada la aku terguna dlu, klau aku takda duit, tapi pastu aku ganti balik.
siap masa nak simpan kat bank, aku top up lagi.
duit yg sesaja aku ngan papa dia bagi, tu aku masuk ASB.
duit lain, masuk Tabung Haji.
time anak kecik2 ni la nak menabung utk diorg.
ada org, bila anak dapat duit raya, biar je anak guna, beli mainan bagai.
sesekali bagi diorg beli mainan sendri, yg mahal and beli je apa nak sebab duit raya kan?
terpikir gak nak buat camtu, tapi tak sampai hati.
pada aku, biarlah aku simpan duit ni dlm bank, utk kegunaan diorg belajar nnt ke, utk sakit pening diorg nnt ke.
nak beli mainan, nak beli apa2, mama mampu, mama belikan.
nak guna duit anak, tak kut..
duit yg dia dapat masa besday hari tu, kami belikan dia beskal baru.
cari yg tak mahal sgt, ngam2 ngan duit yg dia dapat.
ada la balance sket, beli barang dia.

last week, blk keja, kami bawak dia g kedai beskal.
seronokkkkkkkkkkkkkkkkkkk la sangat tgk beskal.
apek kedai tu, g tunjuk depan dia beskal kaler pink.
hoih, gedik2 nak.
aku acah2 dia, ambik yg lain, takmo yg pink ni.
terus majuk.. hahahaha..
yelah2, ikut lah, duit awak.
ikut aku, nak beli kaler merah or pepel.
nnt blh share ngan adik kan?
tapi takda pulak kaler lain, yg ada pink and biru sesaja.
pastu oren and hijau. takmo, tak lawa.
pastu rasa mcm mahal sket kedai apek tu, mcm tak nak ambik dah.
tapi tgk apek tu, kesian la pulak.
dah la kami terjah tu dah pkul 6.30 ptg, dia pun nak tutup kedai dah.
kang ko dah test2 bagai, tawar2 smua, tak jadi ambik, kecik plak hati dia.
tengok dia pun tua dah, kesian, so ambik jugak lah.
cik kuntum tu pun berdiri tegak je sebelah beskal pink tu tak gerak2.
nak sangat la tuuuuuu..


dah baik umah, gigih la 2 beranak ni duk buka plastik.
mama tengok jelah..
masa otw balik umah, bule dia minta nak naik beskal baru.
awak nak kayuh dari arau sampai kangar ke nak oiiii?
ciwi sungguh laaa.
tak sabar nak naik..
padahal, tak pandai kayuh sangat pun.
kekok lagi, maybe sebab baru and tinggi.
beskal roda 3 yg lama tu rendah kan?
takpa2, prektis mek perfek...


now, bangun pagi, tengok beskal dlu.
keciwi habis.
gambar ni masa hari jumaat, aku kena admit wad tu.
bgn awal, mandi, bersiap bagai nak teman mama g check up.
sementara tgg papa, kasi ronda2 dlu ngan beskal baru.
kena pulak sedondon baju ngan beskal, putih+pink.

beskal ni ada raga depan, ada loceng, kusyen depan belakang ada span.
yg ni jenis tayar mati, tak payah pam2 angin bagai, berat sket la nak kayuh.
tapi mula2 je kut, dah lama2 dah selalu naik, ok je.
dia pusing2 kat depan tv tu je pun.
pastu suh mama or papa tolak.
bijak bijak..

beli hari kamis, jumaat kan aku warded.
dia plak pos balik umah tok umi.
so, 3 hari tak dpt naik beskal.
duk sebut2, kesian beskal Amni, duk umah sorang2..
hahahahaha...


haaaaaaaaaaaa..
bersusun aset dia. kemain.
now, dia la paling kaya dlm umah ni, kereta ada, beskal ada, 4 bijik okeh.
yg roda 3 duk luar.
yg ni main dlm umah je.
paling kanan, tok abah beli masa 1st besday.
sampai skang ni duk naik lagi.
tengah, beskal pink kesayangan buat masa sekarang.
paling kiri, kereta biru, mama beli thn lepas.
smua parking situ, dah pesan dah.
letak tempat lain, kang mama himbau keluar.
kadang2 malas nak simpan pas main.
papa ajar, nak parking reverse siap2.
klau sesapa belasah parking suka2  hati, menjerit2 marah.
parling sendri la lain kali yehhhhhhhhhhhhhhhh...



sayang sangat beskal pink ni, tak blh bawak keluar katanya.
kang kotor.
gitewww...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...