Monday, September 22, 2014

Masih tidak normal..

assalamualaikum..
hai uolls..
bersiaran langsung pagi ni dari bilik tidor kak yah.
ye, belum beranak lagi.
so, kak yah masih tidak normal lagi.
entah bila nak kembali normal tak tau laa..

khamis lepas, false alarm datang lagi.
rabu, aku g monthly checkup kat klinik kesihatan.
tengah nurse check, perut mengeras.
nurse kata contraction..
apakahhhh??
tapi aku tak sakit pun, so wat lex je.
blk opis, ptg tu kerap pulak dia mengeras sampai sengkak2 aku dibuatnya.
hari khamis pun sama.
so, decide balik and g spital.
opismate pun suruh balik je. memasing risau sebab aku ni jenis mudah nau bersalin.
bgtau bos, nak minta balik.
call laki, so, kita berjumpa dirumah.
pkul 12tghr camtu baru gerak dr rumah.
lalu depan spital, banyak gila kreta.
waktu melawat japgi kan? so decide jom  kita g lunch dlu.
aku lapar dah. kang kat wad tu, nak check bagai, lama jugak proses tu.
klau lapar, mau mengamok plak aku nnt.
dah kenyang, baru g spital.
check pungpangpungpang bagai, doc kata bukaan dlm 1-2 cm.
agagagaga...
best2.. sebab tak sabar nak beranak. ahahaha.
tapi aku tak sakit. buat ctg, normal je, and wad penuh!
so doc bagi balik. klau sakit kuat, laju2 dtg spital.
lagipun umah ngan spital tak sampai 2km pun.
so, jomlah kita balik.
dapat mc utk hari kamis dan jumaat.

mlm tu, aku takleh tdor sampai pagi.
rasanya aku lelap dlm 2jam je kut.
perut asyik  mengeras, baring pusing kiri kanan, tak selesa.
tapi tak sakit!
haishhhh.. berpeluh2 aku padahal tdor dlm ekon.
bawak ke pagi jumaat, mcm tu jugak.
tok laki risau jugak, tapi aku suh dia g keja dlu.
apa2 nnt aku kol. dia pun cuti tahunan dan tinggal berapa kerat je.
dari hari khamis, bawak ke hari ni, gitu jelah aku.
perut je duk mengeras, tapi tak sakit.
aku ni pulun buat keja umah, sapu sampah and mop lantai hari2.
kemas bilik bagai, lap smua habuk2.
banyak bergerak la kiranya, takda duk rilex sangat.
dengan harapan, sakit tu datang and keluarlah wahai adik baby.
tapi, nan hadoooooooo..
seronok gamaknya dia duk kat dalam.

dah jadi gini, laki tak bagi g memana.
kak ipar aku balik hari jumaat tu nak ambik amierah.
awal cuti skolah, abang aku balik hantar amierah tinggal sini.
hujung cuti skolah, maknya datang jemput pulak.
nak ikut diorg blk tdor umah mak aku pun laki tak kasik.
kang tengah2 mlm klau sakit, dah 1 hal kak ipar aku nak kejar ke spital katanya.
duk umah kami ni dekat je nak g spital.
klau dr umah mak aku tu setengah jam gak la.
klau jenis sakit sket2 takpe.
aku ni, turun tanda, sakit, truih keluar je.
haru gak la kan?
so, duduk la aku kat umah sensorang
Amni ikut blk umah tok. dah amierah ada, dia pun aku pos skali duk sana.
2,3 mlm gak la dia kat sana without us.
langsung tak hairan ke mama and papa ni.
bila aku call, taknak cakap. siap jerit bgtau, Amni takmo balik, nak duk umah tok umi.
amboihhhhhhhhhhhh.. eksyen yeh?
ada geng kan? sakan duk main dgn kaklong@amierah.
takpelah, mama bule rehat kejap. papa awak tu gelisah tak ingat dah, duk tringat anak dara dia.
gila sunyi oih anak takda. biasa duk menjerit2 dgn dia kan?
sempat la g dating berdua, g dinner.
tapi bapak bosan sebab Amni takda.. hahaha.
klau aku sihat, takda bukaan apa, takda risau sgt.
ni dah duk mcm ni, biarlah dia duk sana kejap.
lagipun cuti skolah, adik2 aku ada, boleh melayan dia.
skang ni, smua dah  masuk asrama, tinggal tok umi ngan tok abah je.
mampus dia boring klau duk sana. hahaha..

skang ni aku tak tau nak buat pe dah.
tunggu je sakit tu datang balik, agak kuat sket, maybe g spital.
apak mentua pun standby je kut nak kena hantar g spital ke apa.
ikut aku, nak je bawak kreta sendri, park depan bangunan tu trus ye dok?
hahahaha....
contraction datang dan pergi.
adik baby kali ni malu2 sket. tak mcm kakak dia dlu, takda signal apa, trus keluar.
2 kali beranak, gitulah.
tu yg tak brani sgt and org keliling pun berjaga2 je.
masa Amni dlu, aku start dgn senak perut. ulang alik g toilet 3 kali kut pagi tu.
pkul 10, senang perut hilang, tetiba turun darah.
pastu sakit pinggang menjadi2. check bukaan dah 6cm.
rupanya masa senak perut tu, dah skali dgn contraction, cuma tak kuat and aku tak perasan.
duk layan senak perut tu je.
bukaan 6cm tu dlm pkul 10++. masuk labour room, belum pkul 12 dah selamat keluar anak dara tu.
nurse pun geleng pala sebab cepat and mudah nau aku beranak.
ni semlm aku senak perut. 2 kali ulang alik.
pagi ni, subuh2 dah senak perut.
pastu ada rasa sakit pinggang sket and perut duk mengeras.
so laki is cemas. hahaha... aku rilex je, cemas jugak tapi wat rilex.
kang laki aku lagi cemas.
perut ni kejap mengeras, kejap tak.
konpius kak yah.. dah 4 hari mcm ni. contraction kah?
tapi masih blh layan, tak sakit apa. cuma sengkak perut sket la.
jln pun mcm nak jatuh dah perut aku.
celah kangkang tu, sakit toksah crita. nak2 klau tdor, pastu nak bangun.
azab woh..

keinginan perut, yg nak makan itu ini, banyak dah setel.
so, adik baby, jgn buat mama mcm ni.
meh la keluar. toksah duk lama sangat dlm tu.
mama tak sabar ni.
mama tak larat dah ni. tak larat bawak badan, tak larat bawak perut dah...
meh keluar meh...

doakan aku selamat yehh...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...