play area amni ni berubah2.
ikut mood aku nak ubah.
baru2 ni, sempena besday dia, aku ubah sket kedudukan.
bulan 5 hari tu aku ada ubah gak, tapi lupa nak buat entry.
hari ni taktau nak buat entry apa, so, jom tengok kedudukan play area baru amni.
actually, ubah susun atur je.
bukanlah perubahan besar pun.
nak gambar play area amni, klik sini.
ini masa bulan 5 yg lepas.
aku beli 1 lagi lemari hijau tu, yg berdiri.
tapi saiz kecik sket.
yg asal, aku baringkan, letak box mainan dlm tu.
pastu, buku2 alat tulis smua letak dlm lemari baru.
beli raga hijau tu, susun2 kat situ.
lemari baru ni, kecik, so, buku2 kena susun mcm tu.
dlu masa letak kat lemari yg asal, besar sket saiz, so, blh susun menegak.
pandangan penuh.
rak buku aku ke hujung.
lagi banyak lemari, lagi banyak mainan, lagiiiiiiiiiiiiiiii seronok dia kecah..
hahahah..
biasalah dah dgn keadaan ni.
redho jelah.
baru2 ni, before besday dia aku ubah sket kedudukan lemari2 tu smua.
saja, sebab nak alih rak buku aku ke tempat asal and nak jimat ruang.
yg terkini, beginilah susunannya.
aku tindankan 2 lemari tu secara baring.
hantam sajalahhhhhhhhhh...
nak jimat ruang sket.
box bawah masih kekal begitu.
baru2 ni aku kemas mainan dia, mana doll yg dah tercabut kaki tangan, aku buang je.
mainan yg patah ke, rosak ke, pastu buku yg koyak yg lusuh, aku buang.
rimas plak sebab bnyk sgt.
tu pun aku buat masa dia tdor, klau tak harus dia bagi aku buang.
ikut hati, nak je aku beli 1 box besar, smua masuk situ.
senang nak kemas, senang nak ambik.
3 box tu, berbeza isi kandungan, aku asingkan.
box 1st, paling kiri isi mainan masak2 dia. segala maknek pinggan, mangkuk, kuali, sudu bagai.
box 2nd, soft toys, like bear, hello kitty, and mcm2 soft toys. mostly size kecik2 je, aku tak suka nak beli besar2. yg besar, tu yg atas tu je, saiz doraemon tu, ada la 2, 3 ketoi ja.
box 3rd, lain2 toys, like doctor set ke, and lain2 lah. aku pun tak tau apa jenis mainan lg yg dia ada.
asyik beli je kan?
now, aku dah jarang beli dah, main mana yg ada cukuplah.
semak umah dah ngan benda kecik2 tu kan?
tu tak tgk yg belon, bola bagai tu...
sendri beli, sendri rimas.. hahaha
yg ni, dah ke hujung dah.
poster dia aku tanggalkan, tinggal 2 je, lekat kat penjuru tu.
dia dah jarang baca skang ni, malassssssssssss..
memula marah la ke mama sebab letak poster kat situ.
amni tak nampak katanya..
konon jelah, sebab aku duk ubah2 kan.
pastu, tak peduli dah pun.
pandangan penuh sudut ini sekarang.
aku bawak ke depan semula rak buku aku tu.
minta tolong suami tolong ubah, tak larat makyong nak ubah.
novel2 tu berat wohh, aku keluarkan sket je, pastu suh dia heret.
malas nak susun bnyk kali.. hehehe
ubah ke depan sebab nak letak hp senang bila nak charge.
situ ada 2 plug, senang keja.
rak buku kesayangan.
atas skali tu, ada 2 bakul.
1 utk isi kunci, 1 lagi, mcm2 ada.
kali ni aku kemas2 sket dlm tu.
mana yg penting je, yg tak penting, simpan or buang.
dlm bakul besar tu ada pasu bunga, tabung duit syiling, pewangi air wick.
pastu yg kecik2 like minyak angin, pengetip kuku, kamera, bekas spek mata, pastu apa ntah lagi.
bnyk benda kecik2, tapi aku make sure ianya kemas!
takmo bnyk sgt and serabut.
laki aku suka letak resit la apa la, sampah la kesimpulannya.
bakul kecik, letak kunci yg guna hari and letak hp utk charge.
ikut hati tu, ada la perancangan utk area ni.
tapi, nantilah2. aku tak larat sgt skang ni.
gini cukuplah.
aku suka kemas umah, suka susun2, suka deco2..
tapi aku tak ikut buku sangat. means, tak semua akan sentiasa kemas dan tersusun elok.
susah woh nak maintain kekemasan tu.
mana yg boleh je, sepah sket2 tu, pejam mata jelah.
asal nampak kemas pada mata aku, ok lah..
ok, back to the topic, pasal play area anak.
ada dlu dlm entry aty, aku bukan bidadari tu pasal kepentingan play area utk anak.
panjang lebar dia share and komen pasal ni sebab reader tanya kepentingan play area / playroom utk anak.
pada aku penting!
tapi toksah la ikut buku sangat.
means kena ada playarea/playroom gini-gini, blablabla..
pada aku, cukup ada 1 ruang utk anak.
mcm aku buat ni, kat sebelah ruang mkn je pun.
cari 1 ruang, yg selesa utk dia.
tak deko cantik2 pun takda hal.
budak bukan tau pun deko ke apa ke.
cukup ada ruang utk dia, letak mainan2 dia, and selesa utk dia.
biar dia tau, nak main kat sini. mainan banyak, semua duk sini.
so, klau dia nak sepah, haaaaaaaaaa, sepah disini saja ye nak oi.
tak payah bawak g depan tv ke, g dapur ke, g bilik ke.
tapi dah nama budak, dia peduli apa kan?
1 umah ada mainan dia.
tapi, pada aku play area ni perlu dan sangat membantu.
amni dah tau dah, mainan dia patut ada kat mana, simpan kat mana.
sometimes tu dia bawak jugak mainan g depan tv.
biarlah, takkan nak marah ye dok?
cumanya pas dia main, sila simpan semula di tempatnya.
kadang2 dia tak simpan balik pun dlm box tu smua, dicampaknya smua atas meja dia tu.
takpe, mama tak marah pun, janji ada kat situ.
jgn biar depan tv or kat mana2.. tu mama marah.
memula buat playarea utk dia, mmg dia bertapa situlah.
benda baru kan? syok gamaknya.
dia pun tau, ni tempat amni.
klau suh simpan mainan, tak payah bgtau, smua dia g campak sana.
klau dah sepah sgt kat situ, baru mama or papa kemas bagi elok balik.
klua sket2 tu, dia main letak je, biar jelah.
tak larat hari2 nak kemas.
dah kemas, dia sepah balik, so sukati kaulah nak oi.
kemas ajer..tgk tmpt mainan hero.kejap aja bertahan
ReplyDeletekemas sebab mak nak ambik gambar. klau tak huru hara jugak sebenarnya...
Delete