Thursday, December 18, 2014

Dilema

aku dlm dilema.
idok le dilema besar sgt pun.
tapi duk terpikir2 la jugak..

gini kesahnya..
kan aku skang ada baby.
2,3 hari lagi nak cecah 3 bulan umornya..

bila jumpa sesapa, soalan lazim yg org akan tanya, baby minum susu apa?
aku jawab, campur.
susu badan and susu formula.
soalan lazim lagi..
eh, napa tak full bf kat baby.
pastu.. bla bla bla blaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

haish.
sapa la tak nak full bf anak cik kak oii..
tapi sebelum sambung soalan lazim tu dengar dulu penerangan aku.
masa mengandung dlu, aku duk usha2 dah keperluan utk full bf baby.
iaitu, pam susu dan rakan2nya.
dalam hati tu, ada gak la niat nak full bf baby.
tapi apakan daya, aku tak berdaya.
kalaulah aku suri rumah, yg jaga sendri anak, alangkah indahnya..

haaaaaaaaaaa..
kang ada yg kata, eh, aku pun keje jugak.
boleh je full bf anak.
ye, tu awak, bukan saya..
dilema aku skang is, pengasuh anak aku tu.
dia mcm nak tak nak utk terima susu2 ni.
mcm mana eh nak bgtau.
dia dah mengasuh baby dekat 10 tahun dah.
semua baby yg dia jaga, minum formula milk.
dah tetiba anak aku yg sorang ni nak suh dia buat susu badan.
susah sket dia nak trima.
takla susah mana, tapi renyah la sket pada yg tak biasa.
and, dia bukan jaga anak aku sorang.
ada lagi 2 budak dia jaga.
dan aku pun agak tak yakin, klau aku nak bekalkan susu badan utk dia uruskan pada anak aku disamping dia menjaga 2 budak lain.
tu tak masuk keja2 rumah dia kan?
takkan nak paksa kan?
kang dia rasa renyah, pastu dia tak nak jaga anak aku..
camnooo?
lagi susah kut.

faham situasi aku skang ni?

zaman sekarang ni, nak cari pengasuh yg ok, bukan senang kut.
dah dia jaga anak aku elok, syukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr Alhamdulillah.
dlu dia jaga Amni, skang dia jaga Aniq.
so far aku puas hati dia jaga Amni lebih kurang 3 thn.
ada la sket2 tu, tapi pejam mata jelah.
anak kita pun bukannya duduk diam kan?
nakal, lasak bule tahan.
asal anak aku makan elok, ko tak dera apa ok la.
dia pun tak berkira sgt dgn aku.
nak lebih2, jaga anak sendri. gitu.
dia pun cari rezki, kita pun cari rezki.
demand lebih2, org taknak jaga anak kita, haa padan muka.

dah dia tak berapa minat nak uruskan susu badan aku ni, perlu ke aku tukar pengasuh lain?
masalahnya, mana nak cari?
nak hantar nurseri?
dah elok2 anak aku ada pengasuh mcm tu, takkan nak hantar nurseri ye dok?
walau nurseri terima susu badan and diorg boleh buat.
tapi..
aku tak berapa gemar nak hantar nurseri skang ni.

takkan kerna dia taknak buat susu badan aku tu, aku nak tukar pengasuh.
errr..
tak kut...

aku lagi pentingkan org yg jaga anak aku tu..
dia jaga anak aku elok, syukur sgt.

bab susu tu, memanglah susu tu hak anak kita.
tapi bukanlah aku tak kasik langsung kan?
aku pam jugak, cumanya takda la stok beriya sgt.
lagipun, aku still bf Aniq bila dia dgn aku.
sekarang ni Aniq minum susu formula bila aku keja or aku tinggal je.
klau aku ada, aku selak kasi tetek je.

ada org yg faham, bila kita kata dah campur susu.
cerita sebab musababnya.
sokay je.. selagi boleh bagi susu badan, bagilah.
jgn benti camtu je.

ada yg  tak faham, terus menghentam.
awak untung la pengasuh nak urus susu2 awak.
tapi jgnlah judge org mcm awak juga.
suka2 nak kata gitu gini. tak baek tak baek..

memula aku ok je.
tapi bila ada yg bercakap, aku mcm terkesan jugak la.
mcm aku ni kejam sgt pulak sebab kasik anak formula milk.
haishhh..
mak  mana tak sayang anak.
bagi anak susu formula tu tak sayang anak ke?
bagi susu badan baru sayang anak?
hello... aku teruk ok mengandung.
haruslah aku sayang anak2 aku.

taulah skang ni smua org duk bercakap pasal penyusuan susu ibu sepenuhnya kat baby kan?
sesedap rasa pulak awak sindir2 org.
jgn riak sgt...
tak baek.

Amni dlu gini jugaklah.
walau campur susu, Alhamdulillah dia sihat2 je sampai skang.
yg beriya cerita bagi susu badan kat anak, tapi takla terjaga sangat anak tu camno?
bukan aku mempertikai kelebihan susu badan tu.
tak.. cumanya ada org yg rasa dia sempurna sgt jadi ibu sebab dapat bagi anak full bf.
dan rasa org lain tak bagus sebab tak full bf.
janganlah mcm tu.
kang tuhan tarik balik rezki susu awak tu, haa..
nauzubillah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...