Tuesday, February 03, 2015

Cik Kuntum pegi sekolah

dah 2 bulan Amni g skolah, hari ni baru mama nak update.
tak sempat yooo..


Amni start g skolah on 2 Dec.
hari tu jugaklah 1st day aku kerja selepas cuti bersalin 70 hari.
1st day, haruslah excited ye dok?
gerak bgn awal pun tak da hal.
mandi, siap2 terus ambik beg.
tak sabar sgt nak g skolah kekdahnya.
sampai skolah, menonong je jln masuk mcmkan biasa sgt dah.
salam mama pun tak.
amboi dia..
lega gak la nak tinggal bila tgk dia ok.
kami laki bini takda ambik cuti g tunggu ke apa pun.
hantar, tinggal je.
dah dia nak sgt g skolah kan?
tghr tu wasap kat cikgu tanya keadaan Amni.
cikgu kata memula ok, dah tghr tu buat perangai sket la.
nak balik!
hahahahaha.
pujuk2, minum susu, ok dah cikgu kata.
masa ambik petang tu muka mcm ceria tak ceria.
awak dah kenapaaaaaaa?
blk umah, mama tanya best tak g skolah, tak jawab.
esok tak nak g skolah dia kata.
ah sudahhhhhhhhhhhhh.
renung merenung laki bini. hehehe..

day 2.
gerak bgn pagi, menangis.
suruh mandi, tak nak, mcm2 alasan.
mandi tapi menangis.
siap2 nak g skolah tapi menangis.
adoiyaiii.
hari tu papa hantar.
menangis tak nak g skolah.
papa tinggal jugak la kan?
dia menangis tapi jalan masuk elok je ke sekolah.
sabau jelah.
update dgn cikgu, katanya ok je pun bila dah start main.

sebulan, hari2 menangis.
tiap2 pagi.
stress haku.
nak siap g keja, nak siap dia, nak tgk adik lagi.
huru hara!
dia nak g skolah.
cumanya dia marah bila kena gerak bangun awal.
kena mandi, kena siap. tu yg dia tak suka.
g skolah dia suka.
tapi masak la nak layan.
masa mandi, masa siap tu tak bule silap sket.
takleh membangkang dia.
kalu tak meraung2 menangis.
papa gosok sabun kuat sikit, menangis.
papa lap badan kuat sikit, menangis.
papa tak letak shower gel dia kat tempat betul, menangis.
mama letak bedak lebih, menangis.
mama sikat rambut terkuat lebih sikit, menangis.
mama marah, lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kuat menangis.
hahahahaha.
kadang2 aku ikut, kadang2 aku pun hilang sabar oih.
dah menangis 1 hal, menangis takda sebab 1 hal, menangis tak benti 1 hal.
dah menangis, mulut tu menjawabbbbbbbbbbbbbbb je keja dia.
itu tak kena ini tak kena.
memang kena sabar bnyk.
budak besar itu apa sgt la dia tau kan?
tapi tu lah..mak tak sabar. hahahaha.
kadang2 klau aku tak leh handle, biar ke papa dia lah.
papa sabar sket.
tapi klau dia melampau, papa pun kadang2 hilang sabar.
banyak sgt akai tu.
kadang tak nak pakai baju skolah, meraung2 menangis, guling2 siap kat lantai.
perghhhhhhhhhhhh..
aku mmg tak leh budak2 nangis gitu.
nak ikut? memang tak arr.. hahahaha..
kadang2 tu ikut gak la, sebab malas nak bertekak.
kadang tu berkeras sbb klau ikut slalu, kang melampau.
dulu kecik2 blh tipu2 sket.
dah besar ni jgn harap!



sebulan pas skolah baru dpt baju skolah.

ok la sebab bulan doblas tu mcm sesi pengenalan je, pakai baju biasa.
on januari baru cikgu bagi baju.
PASTI smua baju gini, seluruh malaysia kan? 
beriya try mlm tu, sronok sgt dpt baju.
besar sket walau dah size s.
baju mcm ok je, sluar tu minta tok umi potongkan sikit.
esok pagi tak nak pakai. adoiiiiiiiiiii anak.
sungguh2 menangis tak nak pakai baju skolah.
acaner?
sudahnya pakai baju biasa.
esok tu baru nak pakai sebab tengok kawan2 smua pakai baju skolah.



muka pagi2.
hahahahah.
dah mcm apa, cebek je.
slalu pagi2 dia nak ngan papa la.
mama garang. muahaha.
letih oi nak melayan. nangis je.
budak2 kan, kena gerak bgn tdor, mmg mengamok la.
dah pegi skolah, jumpa kawan2, eh berlari sakan cikgu kata.
klau papa hantar, drama sket la kat pagar skolah.
klau mama hantar, rilex je.
saja.
ada 1 bab yg aku gerammmmmmmmmm sgt.
asyik sebut tak nak g skolah sbb takut cikgu besar.
nnt cikgu marah, cikgu besar garang.
cikgu besar mana pulak laaaa awk ni.
rupanya terbawak2 cerita upin ipin.
yg ada cikgu besar masuk kelas diorg check kuku tu.
kuku sapa panjang and kotor cikgu marah.
so, teringat2 yg tu sebab asyik la duk ulang layan upin ipin kat tab.
kena pulak pagi bila ntah, ada sorang cikgu badan besar sket tunggu kat pagar.
sambut budak2 masuk skolah.
nampak je cikgu tu terus meraung2 tak nak g skolah.
takut cikgu besar katanya.
peluk papa sakan.
datang cikgu yg kurus sket, baru nak masuk skolah.
sabarrrrrrrrrrrrrrr jelah.
mesti cikgu tu terasa, ingat amni kata dia besar ke apa.
hahahahaha.
pastu, dia duk crita, dia duduk dekat cikgu yg kuruih ja.
cikgu besar tak mo.
grrrrrrrrrr..



menangis tepi adik.
sebab mama papa tak layan.
drama kuat.
so, g ngadu kat adik.
ko raserrr?



dekat 2 bulan, hari2 gini okeh!
pagi2 pulak tu
mana tak stress.
mak pulak tak tahan sabar kan?
kadang kita dah habis lembut dah, tetap nak nangis jugak.
saja nak protes kut.

tapi balik skolah, crita mcm2.
mcm2 nama kawan keluar.
cikgu itu, cikgu ini.
bnyk benda dah pandai.
tu nnt lain entry.
bila dia cerita mcm2 tu, kami laki bini mcm, erm ok je dia g skolah.
cuma pagi2 tu jelah akai lebih sket.

2 minggu lepas..
gerak bgn pagi, eh, tak nangis.
mandi tak nangis, siap tak nangis, g skolah tak nangis.
megik!
muahahaha.
start tu, mlm2 aku paksa dia tdor awal.
blk skolah, biar je dia nak mkn apa.
mlm klau sempat mkn nasi, sokay.
kadang tak sempat eh dah terlelap sebab letih sgt, main kat skolah.
tertido tak makan mlm, kesian kan?
so, petang tu, bagi je dia makan siap2.
mlm, pkul 8.30 dah selamat.
bila tdor awal, bgn pagi agak senang.
gerak pagi2 pun kena ada cara.
kena pelok, kena dokong g bilik air.
2 minggu ni mandi dgn mama.
selalu dgn papa.
takpe, mama sabarrrrrrrrrrr je layan awak, ikut je kerenah awak.
asal awak tak nangis sudah.
stress woo dgr budak menangis, rimas.

dan sekarang, dah 2 minggu, bgn pagi tak da hal.
nampak dia makin enjoy g skolah.
cikgu pun selalu update perkembangan anak2, share gambar.
ada group wasap, blh tau apa diorg buat kat skolah.
bagus kan?
sebulan lebih menangis, sekarang dah ok.
ada gak la kadang2 tu menangis, tapi tak teruk dah.
klau tak dulu, hoi sakan.
anak menangis, mak duk jerit marah.
hahahahah..

harap2 pasni kakak ok yeh..
mama hantar g skolah supaya awak jadi lebih baik.
jadi budak baik eh, awak dah besar tau.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...