aku nak share dengan korang 1 benda.
memang kena sebijik la..
ehehe..
aku follow blog ni dah lama.
2-3 tahun gak la.
dan korang sila follow and baca..
http://www.dianaishak.com/
aku suka dgn apa yg dia tulis.
paling best 2 entry terkini.
blog ni tak leh nak copy paste, takleh nak highlight.
ruangan komen pun takda.
dia tulis utk kepuasan dia je.
nak komen apa2, selalunya pakat2 email.
aku malas nak printscreen, korang g klik blog tu, and baca.
aku suka sangat gaya penulisan kak D ni.
selamba, relax, santai, tapi memang kena sebijik kat hidung.
hahahaha..
dia tak kata kat sesapa, cth dia sendiri.
dah aku rasa sama je apa yg jadi kat kita.
apa yg dia kata dlm entry "apabila gaji isteri lebih dari gaji suami" tu deep sangat.
balik tu berpikir2 jugak la apa yg dia tulis.
memberi kesan walau tak banyak.
rasanya aku takda la demand sangat dgn suami.
rasanyalah..
hahahah
idok le aku meminta2 yg bukan2 kat laki.
bukan sebab gaji sapa lebih ke apa.
sebab pada aku dia juga ada masalah dia sendri.
semua pasangan, semua org ada masalah sendri.
dia tunaikan tanggungjawab dia pada keluarga ni, pada aku dah cukup bagus.
kami ni bukanlah gaji besar sgt pun.
tolak p tolak mai, rasanya duk bawah paras kemiskinan jugak.
gaji takat 2-3k tu, tak banyak mana pun.
cukup sekadar lepas nak hidup.
nak mewah, takda.
kita ni kena bezakan mana kehendak mana keperluan.
apa yg kak D kata dlm entry tu semuanya mcm kena.
bab gaji berapa tu tak la.
gaji kami sket je. ehehe..
lelaki mmg pikir mudah.
laki aku takdanya nak merungut takda baju baru ke, nak henpon baru ke apa ke.
dia simple je pun.
baju lama ke, henpon dah tak up to date ke, belasah je.
janji ada.
bini dia up sket.. nenenene...
tapi aku idokle nak yg mahal, nak yg baru, nak yg branded je.
takda la nak ikut mcm org.
org ada yg best, ada yg mahal, ada yg branded eh kita nak jugak.
ukur baju di badan sendri.
setakat yg mampu jelah.
nak baju baru, tapi beli yg ala kadar je.
nak handset baru, beli yg sedang2 cukuplah.
tak dalah sampai latest model ke apa.
then nak merengek kat laki suh beli itu ini tu memang takla.
nak apa2, usaha la sendri.
laki aku, ada duit beli.
takda duit, diam.
senang..
Tuhan buat tu kena dah kan?
perbezaan lelaki dan perempuan ni.
nafsu lelaki dan nafsu perempuan.
kehendak lelaki dan perempuan.
dah, malas nak taip bnyk2.
g baca blog kak D skang.
baca dan paham apa dia sampaikan.
dan sekarang aku nak belajar bersyukur dapat laki mcm laki aku.
yg pikir hidup ini mudah dan tak perlu ikut org.
janji hidup kita selesa dengan cara kita sendiri.
No comments:
Post a Comment