Monday, September 28, 2015

Bila anak demam

kisahnya sebelum kami ke Kuala Selangor utk majlis kawen adik aku@paklang tu.
aku start cuti hari jumaat lagi.
hari kamis masa ambik Aniq, pengasuh cakap badan dia panas.
dia pun tak berapa aktif.
dari mlm tu lagi dah rasa dedar badan.
aku bekalkan siap ubat demam kat pengasuh.
blk rumah petang tu nmpk dia letih je.
tetiba dekat nak maghrib tu panas, check temp sampai 39++.
papa suruh masukkan ubat bontot  or paracetomol suppository tu terus.
seb baik ada lagi stok kat rumah.
risau sebab esok nak jalan jauh.

lebih kurang 15mnt lepas tu, dia berak.
maybe sebab panas nak keluar.
pas mandi smua, dah aktif balik.
memanjat sana sini, menjerit bagai.
dah berpeluh sakan dah.
rasa sihat dah kut.



kakak jaga adik demam.
dia pun sebok sama nak pakai coolfever.



Aniq tak suka kalau kita tampal kat dahi.
nnt dia tarik buang.
so, kita tampal kat belakang.
rimas nak buang tapi tak sampai nak tarik.
so, selamatlah.
kalau dah 2-3 kali tampal buang tampal buang, kang dah tak lekat.
jgn dik, mahal tuuuu.
korang yg ada anak kecik, make sure coolfever selalu ada stok kat rumah ye.
nak jelum or tuam pun boleh, tapi Aniq sangatlah tak suka.
option lain, mandikan terus bila anak demam.

mlm tu pas maghrib, aku bawak jugak dia g klinik.
nak ambik ubat nak check jugak sebab pikir besok nak jalan jauh.
walau nmpk mcm dah sihat, tapi pegi jelah dlu.
pegi check, selambak ubat dapat.
sebab dia batuk pakej selsema skali.
dah berhingus and ada kahak doc kata.
ubat demam pun ambik yg baru jugak.

blk umah, pas mkn smua, badan Aniq panas balik.
haishhh.. susah hati dah aku ni.
skali naik 39 terus..
tgk jam, pkul berapa nak bilang, masuk ubat bontot skali lagi.
waktu tu dlm pkul 10 mlm.
lepas tu, mcm tadi jugak, dia berak, then berpeluh dan aktif sakan.
pkul 11 lebih  baru tidor selepas puas memanjat.

dia tidor aku baru blh kemas beg smua.
pkul 2 lebih baru dapat tdor.
pkul 4 pagi terasa ada objek duk menggesel2..
rupanya Aniq duk menggelisah, merengek.
ingat dia nak susu ke apa, aku sua botol air dlu.
dia ambik minum kejap pastu taknak.
then duk merengek2.
aku pegang badan dia, oi panas pulak dah.
laju2 ambik termometer check temp.
39++ pulak dah!
laju2 g ambik ubat supp nak masuk bontot pulak.
risau woh.
pastu gerak papa.
masa tu check lagi sekali, haaaaaa dah 40.
jerit bgtau papa, meloncat dia bgn.
bagi ubat bontot, buka baju semua, jelum badan Aniq.
menangis merengek marah sebab tak selesa.
dah tukar diapers smua, dia minum susu kejap.
dlm 15 mnt camtu, berak.
aku mandikan terus walau pkul 4 pagi masa tu.
nak turunkan suhu dia.
make sure guna air suam ye jgn air sejuk.
dah mandi, dah berak dah kenyang, apa lagi, jom la kita memanjat mama.
begitu kata Aniq..
phewww....



pkul 5 pagi masa ni.
gigih main sorang sebab org lain smua tdor.
masa ni badan dia sejuk sgt, aku bg pakai baju tdor yg berlengan panjang.
tp nipis je pun.
dah kawen baju lain sluar lain dah.
lantak situ.
lagipun Aniq ni aku perasan lain dr kakak dia dlu.
Amni masa kecik2 kalau demam aku kena bogelkan biar pakai pampers saja.
kena bg dia sejuk.
utk Aniq kalau buat gitu, lagi naik panas badan dia.
kalau aku buat mcm biasa, pakai baju, bg dia main, tak buka kipas, biar dia berpeluh baru suhu badan dia turun.
risau jugak nak buat camni sebab tak biasa, takut kang makin panas.
tapi tak.
mcm org tua pulak dah kena bg berpeluh.



buat muka pulak dah..
geram btoi ngan budak kembong ni.
aktif ya ampunnnnn..



tdor kat depan tv je, malas nak bawak masuk bilik dah.
dia mmg jenis tdor meniarap..

dalam pkul 6 camtu baru dia tdor.
aku dah berpusing2 kepala pening duk tunggu dia.
sesambil tu duk pantau suhu badan dia.
nmpk berpeluh sakan dah.
harap2 tu ok.
dr pkul 6 pagi dia tdor ralit bawak ke pkul 9 pagi.
langsung tak jaga.
hairan jugak sebab dia ni jenis bgn awal.
maybe sebab letih kut.
sesaja pegi pusing badan dia sebab dia tdor meniarap.
pegang badan panas, kaki tgn sejuk.
haishhhh, dah pasai apa pulak.
dah kacau dia tdor, mengamok budak tu.
aku bg dia susu, pas habis minum tetiba muntah.
adehh..
rasa badan dia still panas, so aku mandikan.
dah siap pakai baju smua, tgk dia mcm menggigil sikit.
kepala badan panas, tapi kaki tangan sejuk.
cuak jugak aku sbb tak biasa kan?
call tanya umi la, mama la smua.
pastu akak ipar datang tgk sbb kebetulan dia masuk keja lambat hr tu.
aku kalau blh dah tak nak masuk ubat bontot kat Aniq lagi.
papa suruh bg je ubat demam sebab tgk keadaan dia mcm tu.
tak bg mandi dah sebab Aniq nmpk menggigil sejuk.
siap peluk mama lagi.
kak ipar suruh sapu vicks kat tapak kaki, kat dada semua nak hilangkan sejuk.
guna vicks utk baby tu yeh, pastu pakai stokin.
then bawak pegi klinik lagi sekali sebab mak pak dua2 cemas tgk anak mcm tu.
mujur org dah tak ramai kat klinik, so tak lama tunggu turn.
doc tu pun dah cam dah kami anak beranak, lagipun dia kenalan pak mentua aku.
gelak je tgk kami gelabah. hahahah
tak biasa doktor oiii..
then dia bekalkan ubat supp sebagai tambahan hr tu sebab semlm dah ambik ubat demam.
lepas tu aku bagi Aniq mkn ubat ikut jam betul2 sebab taknak suhu dia naik lagi.
then kerap mandikan dia.

petang tu kami gerak ke Kuala Selangor, dia nmpk ok dah, aktif balik.
makan pun smua dah ok.
aku tak bg ubat supp tu dah, tapi bagi ubat demam je sebab panas dah tinggal 37++ je.
semua mcm tak percaya dia demam sebab memanjat mcm biasa, mulut pun bising.
mlm tu masa dlm van, dia kerap berak.
selang 2-3 jam dia berak.
maybe panas nak keluar.
tapi aku pantau jugak la, tgk najis dia mcm mana.
tgk tu ada tekstur, takda la cair sgt so ok la kut.
klau cair, mcm air tu maybe kena cirit birit pulak kan?
sampai ke pagi esok dia ok je.
esok tu masa kat rumah pengantin, panas sket badan dia.
merengek mcm tak selesa.
tapi tak la panas sgt around 37 je.
so, aku bg ubat demam mcm biasa.
bagi ikut jam betul2 kali ni.
dia tgk je syringe tu, troih sorok kepala bawah ketiak mak.
but sory dik, mak kau hati kering, kena sumbat jugak.
kalau papa, mmg takleh pakai.
dia kalah ngan anak2, tak mo paksa kesian katanya.
kalau kesian, kang bila anak nak lega duk buat payah nak makan ubat.
ada cara, bukan main sembur je syringe tu.
nnt dia luah balik, rugi je.
bagi ubat ikut aturan and pantau suhu.
mlm tu dah ok sampai balik tak demam dah.

kita ni as a mother, bila anak tak sihat, mmg susah hati kan?
rasa mcm serba tak kena, gelabah tu toksah cakap padahal anak demam je.
takut suhu dia tinggi sangat, bule kena sawan..
Nauzubillah..
bila ada anak kecik, kena sentiasa alert.

make sure kat rumah sentiasa ada coolfever dan ada termometer.
check pakai termometer ni kita bule dapat suhu yg tepat, better dr rasa je dgn tangan.

kena sentiasa alert dengan suhu badan anak. bila dah cecah 37++ tu kena do something.
sepatutnya kena sejukkan badan diorg. aku pun tak sure kenapa Aniq kena bg berpeluh baru dia kebah. Amni dlu, aku kerap mandikan walaupun pkul 4 pagi. lepas tu turun terus suhu dia. anak2 ni berbeza, kena tgk mana yg sesuai dgn dia.

kalau takda coolfever, boleh jelum dgn air asam jawa atau air daun bunga raya. ambil daun bunga raya, ramas dgn air pastu tapis and buat jelum or mandikan. buat masa ni aku pernah try air dan bunga raya utk Amni. dia dulu jarang sgt demam dan kalau demam pun sekejap je and cepat kebah. lain sgt dengan Aniq.
bila Aniq kerap demam, and tinggi pulak suhu, jadi gelabah jugak la.

kerapkan menyusu atau minum air kosong. hari tu Aniq tak berapa nak susu, kerap minum air kosong je. mkn tu makan jugak tapi tak bnyk. aku buatkan sup ayam utk dia.

ada org tak suka bg ubat utk anak, guna cara traditional utk anak. boleh, aku pun kalau boleh nak mcm tu. ada org org semuanya bergantung dgn ubat. terpulang pada cara masing2 asal tak memudaratkan anak2. mcm aku, dua2  kaedah aku guna. ubat demam aku bagi jugak tapi minimum, dah turun suhu aku stop then aku kerap mandi, jelum or pakai coolfever. suhu tinggi baru aku bg ubat. stok ubat demam pun kena check jugak kat rumah.

jgn kerna taknak bg anak ubat demam, guna kaedah traditional semata tapi ilmu tak cukup.
risau kalau dia panas sgt nnt boleh kena sawan.
ada kes mcm ni. kena alert dgn kesihatan anak ye.
tak salah bg ubat tapi make sure ikut dos yg disarankan.
tak salah nak guna cara traditional asal kita cukup ilmu dan tau caranya.
terserah pada pilihan masing2.

utk Aniq, mama harap pasni awak sihat2 je.
membesar dgn sihat dan sempurna.
mama susah hati kalau awak tak sihat dik..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...