Monday, September 21, 2015

#Paklangkawen : majlis bertandang

Alhamdulillah, selesai sudah majlis bertandang, majlis sebelah lelaki.
rasanya pengantin takda letih apa, tetapi yg disebalik tabir ni, taktau nak habaq penatnya..
tersandaq oiiii..
sesekali kenduri besar kan?
abah beli lembu sekoq buat knuri.
gulai daging habis okeh!
so, bule bayang betapa ramainya org yg datang.
aku sikit pun tak mkn lauk kenduri.
tak sempat nak jamah pun.
hari kenduri tu jamah2 je makanan.
sempat la makan tapai 3 biji, cred velvet cupcake sebiji.
tu je, pastu duk togok ayaq ais ja.
panas litlit, penat duk berulang ke hulu ke hilir, asyik minum air jelah.

aku start cuti hari jumaat 11hb tu.
sampai ke 16hb hari malaysia tu.
heaven oi cuti lama.. hahaha
6 hari campur weekend and public holidays.
pastu check baki cuti tak sampai 10 hari dah.. sabar jelah..

hari jumaat tu, pagi2 dah keluar g cari barang masak mana yg tak cukup lagi.
petang baru gerak p umah mak aku.
dlm kreta penuh barang.
nenas la, tembikai la, air mineral, tisu, kuih, mcm2.
aku tak masuk dapur, ambik part kemas2 kat depan je.
tu pun sakan jugak oi.
mlm tu pkul 12 baru blk rumah.
setel bunga telor semua siap2, esok tak kalut dah.
esok pagi2 dah siap nak g umah abah.
tak tidor sana pun mlm tu, dah ramai dah, lagipun nak ambik barang lagi and nak bawak pengasuh Aniq skali pegi sana.
dia takda nak pegi ngan sapa, so angkut skali pagi tu.
sampai rumah mak aku dlm pkul 11, terus sinsing lengan.
walau dah pakai cantik2, redho jelah.
malas dah aku nak tukar pulak nnt, kang tak sempat naya pulak.
peluk keti kak yah..
kemas2 apa yg patut, sapu sampah semua.
semua org sibok kat dapur, kat depan takda sapa tgk.



pose kejap sebelum org ramai, sebelum semua belengas.. haha
dress anak dara 2 org ni sponsored bg maklong ija.
tenkiu maklong. kira baju raya haji terus la ni.
labuh sket, hantam sajalah, tak sempat nak alter dah.
mengedik Amni perasan pwincess..



sempat posing jugak.
dengan paklong and pakndak (adik).
semua menggalah, makngah je mengembang.
the boys pakai tshirt kelabu, also sponsored by maklong ija.
utk Aniq and Amierul dia beli tshirt belang2.
the girls, anak menantu pakai jubah kaler hijau taik itik.
makcik aku buat dari siam sana.
hari kamis diorg dtg tu baru tgk, mujur ada tudung yg boleh matching, so hantam sajalah.
baju tok umi paling lawa sebab ada bunga kerawang bagai.
so, berdondon2 lah kami di hari kenduri.
tapi tak sempat ambik gambar reramai sebab memasing bizis.
rugi2..
gambar dgn tok laki pun takdo.. haishhhh



dalam rumah.
penuh ngan sedara mara.
tu pun tak semua ada sebab ada yg keja tak dapat balik.
takpelah kang diorg nak balik raya lagi kan?
family dari Thai ramai jugak yg datang, dlm 11 org.
mujur la jugak diorg ada, bnyk sgt membantu.
kalau tak, jenuh la jugak.
pastu sedara mara kat sini, sebelah abah pun ramai yg datang.
jiran2 semua, ramai yg datang.
ni pakat2 duk siapkan lauk utk meja pengantin.
makcik aku and kak ija yg jadi chef.
pastu nak hias nak hidang bagai.
set pinggan ambik rumah aku punya.
tu pakat duk mengindahkan buah tembikai tu.
mcm2, end up jadi lah bakul jugak.
sepupu aku ngan mak2 sedara la punya keja ni.
kreatif depa ni..
sampai ada cili kat buah tembikai..
kang buah yg manis jadi pedas pulak.. hahahaha



meja utk santapan raja sehari.
ambik set ni je, takda pelamin bagai.
simple2 je pun.
tu siap ada udang panjat bagai kak ija buat.
konon nak makan, tak sempat pun.



depan rumah.
tghr tu penuh org.
padat.
letak 3 khemah depan rumah.
utk tetamu lelaki, makan kat rumah sebelah, letak lagi 3 khemah.
kalau semua kat sini, tak muat kut sebab jemputan ramai.
taktau lah sebelah sana mcm mana sebab tak sempat nak jenguk pun.
sini pun dah kelam kabut dah.
khema simple je sebab sewa, takda ambik katering apa.
masak pakatan kg.
semua kata lauk sedap, Alhamdulillah.
ada gulai daging+rebung, ikan tongkol masak sambal ala Thai, menu dari sana, mak sedara yg masak sendiri, ada acar, ada sambal belacan dan ulam2.
semua lauk setel! lega..
biar habis dari lebih bnyk2, membazir.
dapat la org kg yg datang masak bawak balik sorang sikit.

sebelah meja makan beradap, setup utk rombongan sebelah pengantin perempuan.
diorg dtg dlm 20 org camtu.
lepas diorg mkn, tetamu yg baru datang mkn kat situ pulak.
family in law aku datang, duk lepak situ, kena kipas sket.
klau bawah khemah, berkuap sket la.



tuan rumah sebelah perempuan.
tok umi duk depan tgg org datang salam.
pastu kasik door gift.
ada bunga telur ada kacang2.
simple2 je, takda nak buat bnyk jenis.
cik kuntum duk ulang datang ngendeng kat tok umi, nak minta bunga telor.
dia kan peminat telor rebus..
sebelah tu mak sedara, adik abah aku.
dia pun datang berkampung kat rumah 2 mlm jugak.
nak jumpa, nak sembang ngan sedara katanya.

tok umi tu seminggu 2 nak kenduri dah mcm2 keja buat.
mengemas sana sini, tdor pun tak tentu hala.
silap2 darah naik la tu, tak pegi check lagi.
harap2 umi sihat2 je..




tuan rumah sebelah lelaki sana.
kat tok abah tak sempat buat baju baru, ulang balik baju raya tahun bila entah.
takpelah janji hijau.
tu cik kuntum ngendeng tok abah pulak sebab nak beli eskrem.
ada je dia ni kat mana2.
seronok sgt main hari tu sebab ramai org.



ketibaan pengantin dan rombongan.
payung pun takda.. hahaha.
maaplah, tak sempat nak pikir dah masa ni.
yelah, pengantin lelakinya tak duk sini kan?
balik 2 hari sebelum kenduri je pun.
kitaorg kat sini mcm2 hal nak buat, tak sempat la nak pikir bab keperluan pengantin.
takpelah, asal semua berjalan lancar, dah setel semua, ok je.




ni dah lepas mkn beradap, lepak depan tgg tetamu.
aku pun masa ni je kut sempat pegang Aniq.
pengasuh duk tolong pegang.
mujur jugak dia ada, bule tlg jagakan Aniq.
kadang sepupu2 or mak2 sedara yg pegangkan.
takda hal budak tu, ngan sapa2 pun sokay je.
tak meragam apa hari tu.
aku lari kejap buatkan lunch dia, pastu pas ke pengasuh.
ptg sket, bawak masuk buai, suh tdor.
kesian tgk dah merata tgn duk pegang.

petang, dah setel majlis, org pun dah takda, dapat melunjur, dapat bersandar, rasa legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lahai.
letih woh.
kehulu kehilir, ngan panasnya, menitik peluh.
kejap tgk lauk mana yg tak cukup, bgtau kat org yg handle.
pinggan takda, cawan habis, berlari g angkut.
pastu tgk tetamu datang.
sedara mara, kawan2 opis, kawan2 lama, ada jugak yg datang.
tq sangat pada yg sempat hadir.
minta maaf mana yg kurang.
Alhamdulillah semua dah selesai.

hari ahad tolong kemas2 apa yg patut.
mlm tu lepas kenduri tdor situ.
Amni seronok sungguh main dengan Amierul.
dua2 jadi otomen, makngah jadi resaksa.
hampehhhh.. asyik kena fire je.
Aniq mlm tu mengamuk sket nak tdor, letih kut campur ngan panas.
jenuh berdendang jugak la.
ahad mlm baru blk rumah.
hari isnin, baru rasa letih, terbaring anak beranak.
Amni sampai demam.
main bnyk sgt kan, pastu duk ulang minum air ais.
kecik besar kecik besar je aku duk perati dari jauh.
dia siap cakap, Amni minum sikitttttttttttttt ja.
memang la sikit, tapi kalau dah 8 kali, bnyk jugak la kan?



last, sempat la selfie ngan budak masyam 2 org ni.
kakak yg sronok sgt sebab org ramai, sronok pakai baju lawa perasan pwincess pastu maklong ija make up pulak..
tudng pun tak buka sampai petang.
adik hensem, 1st time pakai tshirt berkolar.
ada je, tapi tak pernah pakai sebab besar.. hehehe.
baik je dia hari tu, tak meragam pun.
seronok org ramai duk melayan kan?

semua dah selesai, kita tunggu kut tahun depan ada kenduri lagi.
ehek ehek ehek..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...