Wednesday, September 23, 2015

Sakitnya kena sengat lebah

minggu lepas aku kena sengat lebah.
lebah ke tebuan entah.
sakitnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ya rabbi!
menangis sampai bengkak mata, sampai ketat hidung.
siap mengogoi, merintih mcm budak kecik.
seriussss..

kesahnya hari ahad 6hb tu aku keluar ngan mak aku.
bwk anak2 and adik aku pegi jitra nak beli barang utk kenduri tu.
blk petang tu, pas drop mak aku smua, sembahyang asar semua, gerak blk rumah aku.
pastu singgah gerai buah kat jejawi tu nak beli pisang.
duk ingat nak buat cekodok kat Aniq esok tu.

belek2 pisang emas di bawak belayar, mana yg berkenan di hati.
dah ambik sesisir dah mula tu.
pastu masa nak bayar tu que kejap sebab ada customer duk bayar.
gatai tangan p belek pisang lain yg duk gantung kat depan cashier tu.
sebab nampak yg tu mcm dah ranum so esok bule buat cekodok terus.
yg aku ambik tu nmpk masak tp tak ranum lagi.

sama dengan aku pegang je pisang tu, tetiba rasa mcm kena renjatan eletrik.
pastu pedih mcm kena cucuk paku.
terkejut kot.
pastu nmpk ada serangga terbang.
tak sure lebah or tebuan.
time tu dah rasa sakit dah, rasa ngilu sgt dah.
tgk kat jari,nmpk merah dah and nmpk sengat.
rasa mcm menggigil dah badan.
pastu pekerja gerai yg lagi sorang tu datang tanya nak bayar ke apa.
aku bawak pisang yg dah ambik awal tu bg dia and bgtau dia tgn aku sakit kena sengat apa menatang entah.
minta dia tengok and ada sengat.
so, dia cabutkan.
laju2 bayar, terus masuk kreta.
mujur jugak masa tu adik aku ada sama sebab dia masuk asrama isnin pagi esok.
gigil la jugak terkial2 bawak kreta dlm keadaan sakit tu.
menggigil nak pulas stereng sementara nak sampa rumah.
dlm 1km++ jugak la nak sampai rumah dari kedai buah tu.
oh, aku kena sengat kat jari tengah kat tangan kanan.

sampai rumah, tgk papa duk mesin rumput.
masa tu sakit sangat.
aku dah menangis dah.
adik aku g panggil dia mai tgk kakak katanya.
dia pun cemas la jugak tgk aku duk menangis beriya dah.
call abah tanya nak buat cemana.
abah suruh cari getah keladi.
dah kat mana nak cari pulak kan?
then dia suruh cari madu asli, minum 1 sudu pastu titis kat tempat kena sengat tu.
laju2 papa g ambik kat umah ayah.
tapi takda perubahan apa2.
jari dah makin bengkak, keras kejung dah.
aku ni mengogoi dah menangis.
anak2 duk heran tgk apa hal mak aku dah mcm org meroyan duk teriak tak sangga.
Amni pun sama menangis tgk mama, siap duk gosok2 mama.
heran kut..
hahahaha..



tak perasan sgt, tapi mmg bengkak la.
tapi idok le bengkak besar penumbuk tu.
sakit la waktu tak tau nak cakap.
ngilu je rasa. bisa2, pastu sesekali dia datang tu huiiiiiii, memang meraung la.
Aniq pun pandang je mak dia ni.
baring tak kena, duduk tak kena.
papa g on aircond suruh duduk dlm bilik je, dia handle anak2 dgn adik aku.
pas maghrib adik2 aku sampai, azrie and afizah.
abah suruh datang tgk anak2 kut ada apa2.
sebak gila rasa masa tu.
baru kena sengat lebah kat jari je pon, semua org dah cemas kan?
kalau kena benda lain yg lebih serius ntah macam mana.. nauzubillah..

abah pesah suruh ambik daun lidah buaya pulak, ambik lendir letak kat tempat kena sengat  tu.
siap dia kirim dari umah padahal ka umah pak mentua aku sebelah ni berlambak kut.
masa titik kan lendir tu, sakittttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt oi.
sebab lendir tu sejuk, dia hisap bisa tu keluar kut.
tapi aku lak tak tahan rasa sakit tu, aku sapu keluar.
tak sudah duk menangis papa ajak g klinik.
abah pesan tak payah pegi cucuk sebab tak jadi apa pun kalau cucuk tu.
tapi dah sakit sangat pegilah jugak.
sampai klinik, muka bersemeh, bengkak mata, minta masuk dulu.
org plak ramai gila, malu oii.
skali takda ubat pulak kat klinik.
diorg suh g hospital terus.
malulah pulak.. hahahahah
kena sengat sekor je pun.
so, pegi Klinik 1 Malaysia kat Seriab nun.
takda org pun, 15minit dah setel cucuk.
betul kata abah, cucuk pun still sakit.
tak boleh nak tdor, last telan ubat tahan sakit pulak.
baru kurang sikit.
yg anak2 pulak langsung takmo kat adik aku, nak mama jugak.
dua2 sama. takpelah, diorg nak susah senang ngan mama kut.. hehehe..

besok pagi bgn tgk dah tak sakit, bengkak pun dah kurang.
tak payah la mc, pegilah keja.
minggu depan nak cuti panjang lagi sebab kenduri tu kan?



lepas 3-4 hari ada parut mcm ni.
keras semacam je kat tempat kena sengat tu.
dah tak sakit dah.
tapi tempat cucuk tu 2-3 hari jugak duk rasa sakit.
siap bengkak lagi,sakit mcm lebam kena tumbok.

serius sakit wei kena sengat ngan lebah ni.
aku pun tak sure lebah ke tebuan tapi seangkatan tulah.
eok pagi tu mata aku pedih la jugak sebab mlm menangis beriya.
teresak2 kut.
kawan aku tanya mana lagi sakit ngan sakit nak beranak.
tu sakit lain, ni sakit lain..
hahahaha...
mak sedara aku petua, paling mujarab ambik air tapai tu.
yg dah masak la, rendam masuk dlm air tapai tu.
air tapai tu sejuk, dia hisap bisa keluar, so sakit tak lama.
dah mana pulak nak cari tapai mlm2 kan?



pisang tersebut.
eh, pisang yg beli awal tu.
tamak sangat kan?
dah pilih pisang dah, pegi tgk yg lain lagi..
mendapat laaa.. hahaha



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...