Saturday, October 31, 2015

Bekas bawang AVON datang lagi

sticky pos. entry baru di bawah 



sumber gambar
 

bekas bawang Avon datang lagi.
kalau ada yg berminat nak, meh pm aku laju2 then aku pegi beli.
stok tak banyak, lambat gigit jari le.
lawa design ni, hijau lagi.
aku dah tgk kat kedai semlm.
kos pos yg besar seketul rm7
yg kecik, 2 set rm7.
bekas ni kalau beli 1 set lagi untung.
1 set tu sama saiz ye, bukan lain2 saiz.

pada yg berminat, blh sms or whatsapp aku : 0195735910
cepat tau....
barulah lawa dapur korang nnt..

Thursday, October 29, 2015

Unplanned vacation : of coz la Penang....

ni kesah awal bulan hari tu.
betul2 punya unplanned ni.
hari nak pegi baru booking hotel.
seb baik ada.

crita dia gini..
kak ipar aku sekeluarga balik sarawak seminggu.
lama dah diorg tak blk sana, umur Hana la.
oh, husband dia @ biras aku org sana.
so, mak tok and wan duduk berdua je lah kat rumah.
sunyi la cucu takda.
plan awalnya, masa diorg blk sarawak tu, kami nak g kl bawak ayah and mama.
dah cucu takda, mudah la sket diorg nak berjln kan?
kalau tak susah sket la sebab cucu blk skolah kang takda sapa nak tgk.
tapi kan jerebu kat sana agak teruk masa tu, wan tak blh terdedah sgt sbb dia tak brapa sihat.
bila ntah dia mcm penat sket.
so, kensel g kl.
kalau tak nak ambik cuti terus sampai awal muharram tu.
hari jumaat mlm, 9hb tu kami pegi makan nasi kat umah wan.
sesaja laki aku duk sebut jom pegi Penang.
dah tak jadi pegi kl kan?
sian pulak diorg duk terperuk kat rumah + nak g jenjalan skang ni mudah sket sebab takda or kat rumah.
pagi sabtu baru decide betul2.
sebab papa kena g opis dulu isi borang cuti.
then ayah confirm, tapi kena share2 utk hotel, tol dan minyak.
before papa g keja, aku check hotel dulu ada ke tak.
kang takda, naya je.
hotel pun yg selected je sebab mama and ayah tak leh naik tangga and takleh jln jauh sgt.
pilihan Sri Malaysia and Vistana.
Sri Malaysia dah mahal skang ni eh?
Vistana murah and dapat 50% kalau booking online.
later aku share pasal hotel Vistana.
then papa g keja dlu, aku mula packing.
stress woo packing last minit walau nak pegi Penang yg 1 hari 2 mlm je.
bukan baju budak2 je baju mak pak pun sama.
laki blk tghr tu aku tak sudah lagi.
mana nak packing, mana nak basuh baju, nak kemas rumah nak masak utk Aniq.
adehhhh.
aku kalau nak g memana, nak tinggal rumah aku tak suka tinggal rumah bersepah.
mesti kena kemas elok2 dulu.
sebab nnt blk dari mana2, kita letih then tgk rumah pulak huru hara, lagi la letih.

pungpangpungpang, lepas zohor jugak kami gerak.

so, here we go................ Penang!
yay!!

Penang again..
hahahaha..




atas bridge.
jerebu masih ada tp tak tebal sgt.
anak2 masa on the way ok je.
Amni la paling seronok bila bgtau nak pegi jalan2.
Aniq tak tau apa2 lagi kan?
trafik pun lancar je.
takda singgah mana2 pun, terus pegi hotel.

sampai Vistana dlm pkul 5.
check in dulu.
kitaorg ambik apartment sebab lagi berbaloi dr ambil 2 bilik.
kalau ambik bilik, kami haruslah kena ambik family room skang ni kan?
jadi mahal balik compare dgn ambil apartment.
sebab dpt diskaun kalau booking thru website diorg.
aku request 2nd room tu 2 single bed.
skali diorg tak da ke camna ntah.
so, diorg upgrade ke apartment 3 room.
wow!
harga masih sama.
wow lagi.
yay yay!

Alhamdulillah.
niat baik, balasannya baik.
mula2 tu masa decide nak pegi aku berbolak balik jugak.
sebab hari sabtu tu 1st class utk semester Sept ni.
mcm rugi  kalau ponteng sebab 1st class kan?
tapi pikir nak happykan hati org tua, pejam mata la kejap.
diorg pun jarang pegi mana2.
takpelah aku pikir, bukan selalu.
then, dapat rezki apartment besarrrrrrrrrrrrrrrrr.
later aku share pasal apartment kat Vistana tu eh.

dah check in, lepak and rest kejap.
mandikan budak2 and sembahyang smua.
pkul 7 dah siap nak gerak g dinner.
keluar awal sebab kang jem.
sembahyang kang bule jamak takhir.
nak redah ke Padang Brown tu bule tahan jauh dari hotel.
tu port wajib kalau datang Penang.
mentua aku tak minat sangat nak g lepak or makan kat area Padang Kota sana.
so, aku pun tak pernah la pegi sana juga sepanjang duk g Penang ni.
lagipun laki aku tu mana la minta kat tempat org ramai gitu.
aku pun tak minat. hahaha.

makan kat Padang Brown takda gambar sebab huru hara dengan anak2.
anak dah 2 ni tau lah dia punya kalut tu camna kan?
gilir2 pegang Aniq ngan papa dia masa makan.
kakak pulak duk meragam sket sebab lawan angin dia.
biasalah budak tu, kadang2 ada angin kus2 mengada tak tentu pasal.

makan tu mcm biasa, sup, ais kacang, pasembor, and celup2 goreng.
boleh tg kat entry Penang aku yg lepas2.
sama je.
beza kali ni, food court kat Padang Brown dah upgrade, dah buat lain.
lawa and lebih selesa.
parking pun lebih luas.
mlm tu rezki betul, dpt parking betul2 depan food court.
sebelum ni park nuuuuuuun jauh ke dlm.
kena stop turunkan mama ayah dulu.
makan bnyk jugak mlm tu.
ayah siap bedal sup ekor lagi.
ais kacang 2 mangkuk.
hahaha.

sekali sekala langgar pantang.
blk kang mkn ubat dia kata.
dah kenyang, jom lah kembali ke pangkal jln.
takda singgah mana2, terus blk hotel.
papa nak rest.



budak 2 org ni mana reti letih.
blk hotel, dah tukar baju semua eh cergas pulak.
Aniq duk merangkak memanjat rata.
Amni pun sama.
suka sangat sebab hotel ni best katanya.
hahaha.
yelah, selalu pegi hotel duk dalam bilik je kan?
yg ni apartment takda la rasa terkurung sgt.
mama layan tv, diorg duk main berdua.
ruang tamu luas, seronok la berguling.
plus sejukkkkkkkk sangat.
ekon 1 rumah ye dokk?

oh, ada crita pasal kakak kat sini.
petang tu dia bgtau nak berak.
dia dah free diapers waktu siang and mlm kecuali nak poo poo.
tak pandai berak jamban lagi walau mama dah berapa kali ajar and marah.
siap beli alas yg kecik tu pun tak jadi2 jugak.
sementara nak reti kan, dah lama berak dlm pampers.
aku bgtau tak bawak pampers kakak pun.
dia suruh g beli baru.
aku cakap kat Penang takda jual pampers kakak.
dia pegi blik air belakang, tgk lawa nau, dia sendiri cakap nak berak jamban.
so, papa angkat and tunggu dia.
skali, berak kauuuuuuuuuuuuuu!
hahahaha.
kami dua2 punya excited sebab kakak dah pandai poopoo kat jamban!
akhirnyaaaaaaaaaa.
walaupun kena sampai ke Penang.
ada hikmahnya mama ponteng kelas ni kakak oi.
hahahahahaha.
so, now kakak dah free diapers sepenuhnya!
yay!!!
thumbs up to kakak



aktiviti day 2.
mandi pool!
kakak duk berzikir tu je bila bgtau tdor hotel.
otw ke bilik pulak kena lalu pool, lagi la kuat zikirnya.
so, esok pagi lepas breakst1 ala kadar, jom kakak kita g mandi kolam.
oh, stay apartment takda break1st ye.
sokay sebab Penang takda hal bab makan yeh.
papa, wan and maktok pagi2 dah keluar g pekena nasi kandar Kg Melayu.
tu pun port wajib.
aku tak ikut sebab nak bawak kakak mandi kolam.
kalau ikut, nnt kut tak sempat nak mandi.
pkul 12 dah kena check out kan?
pkul 9 turun mandi.
punya lah dia syok.
ada pulak budak perempuan baya dia, seronok  la main.
Aniq main kat tepi2 je.
aku malas nak berendam sama walau tak ramai pun org.
duk lepak tepi sambil tgk kakak and sembang2 ngan sorang makcik tu.
sejam berendam, kakak ajak naik.
puas mandi sampai dia sendiri yg tak nak.

naik bilik, mandi, siap2 nak checkout.
papa blk bawak makanan, jom kita makan dlu.
roti telur utk kakak and nasi kandar Kg Melayu utk mama.
up sket ngan kopi.
perghhhhhhhhhhhhhhh mabeles.



dah siap dah.
budak 2 org ni la yg paling happy, main je.
mujur tak meragam sgt.
ada la sket2, biasalah budak2 kan?



selfie seround.
ehek ehek ehek.
tq papa bawak kami jln2.
tq wan sponsor hotel best.
hahahaha.

kakak asyik la cakap best sgt hotel ni.
lawa and sejuk.
sayang mama ngan papa sebab bawak kakak jalan2.
siap takmo balik rumah nak duk hotel ni.
tak rindu rumah katanya, nak duk sini.
amboi kakakkkkkkkkkkkkk..
banyak la sangat duit mak pak awak nak duk hotel lama2.

check out, then hantar mama and ayah g umah sedara mama kat Bukit Jambul.
kami nak p ronda2 kejap.
plan awal la.
tapi lepas tu melencong g Relau kat umah sepupu aku.
moh le kita ziarah org sakit daripada pegi ronda2 tu.
pahala pun dapat kan daripada membazir duit.
hehe..
sepupu aku detect problem kat buah pinggang.
punca dr darah tinggi, efek ke kidney pulak.
muda lagi, dalam 38 camtu.
anak kecik2 lagi.
adehh... risau oi, ingatkan takda apa2.
just darah tinggi biasa sebab keja kilang, rest tak menentu.
now kena dialisis seminggu 3 kali kalau tak silap.

siap solat jamak smua, gerak ke umah sedara mama.
ingat nak blk terus, skali tok kiah buat makaroni sup bagai.
so, lepak2 dlu.
pkul 4++ gerak balik.
balik ikut feri pulak.
saja bawak budak2 naik feri.
skali Amni tdor daaa masa tunggu feri.
Aniq plak terjaga masa atas feri tu.
so, dapat la mama papa ronda2 kejap bawak adik.



tapi adik muka takda perasaan pun.
br bangun tdor kan?
tdor pun baru 20 minit camtu.
papa je excited lebih nak bg adik cheer up sket.
tu baju dah tanggal sebab panas.
turun feri, adik sambung tdor balik.
adik tdor mama pun bule layan tdor jugak.
sampai Arau ok adik ngan kakak tidor.
dasyat btoi.
letih mandi kolam papa kata.


otw tu masuk Alor Star kejap pegi Ukir Mall cari serunding.
wan nak makan ngan ketupat.
sampai rumah ngam2 org azan maghrib.
budak2 dah cergas balik sebab dah tdor lama.
mama kena buat keja laju2 sebab esok kejaaaa.

so, itulah kisah unplanned vacation kami.
sebelum ni pernah gak unplanned gini.
tapi yg  ni betul2 punya unplanned.
pitis pun tak berapa nak ada sgt.
1 apa tak beli kali ni.
isi minyak ngan tol, pastu makan2 je.
edisi sep bajet namanya.
sokay je, as long as semua happy.

Tuesday, October 27, 2015

Pancake kurma

kadang2 buntu jugak nak bagi anak makan apa2.
utk baby mcm Aniq la.
yg masih bawah 2 tahun.
dia sekarang setahun sebulan lebih kurang.
aku taknak la bagi dia mkn ikut suka je.
tapi aku takla strict sangat sampaikan bnyk sgt  tak boleh.
aku tgk jugak apa yg nak diberi.
kadang2 kek pun aku bagi walau tau ada rasa manis, masin dan lain2.
macam kek pisang ke, butter cake ke..
tapi sekadar semulut 2 je, bukan sampai kenyang pun.
kadang2 kalau tak sempat bagi juga sup yg kita makan.
means yg ada rasa manis dan masin tu.
tapi aku tambah air sket utk kurangkan masin tu.
berpada2.
but, junk food, air manis, coklat tu smua mmg tak la.
aiskrim pernah kut sekali, rasa hujung sudu je.
selagi blh kawal, kita kawal dulu.
jgn biasakan anak makan manis2 dari awal.
setakat hari ni, tak pernah beli nestum lagi.
hari2 masak nasi lembik, kadang2 bihun.

hari ni nak share pancake kurma yg aku buat utk Aniq.
bukan takat dia, Amni pun bedal sekali.
aku pun, siap bawak pegi opis buat break1st.

bahan2 :
1 cawan tepung kek. boleh ganti dengan tepung gandum.
1/2 sudu kecil baking powder. tambah kalau guna tepung gandum.
1 biji telur.
2 sudu butter.
3 sudu susu pekat. utk baby tak perlu tambah susu pekat. optional kalau buat utk org dewasa.
1 cawan susu cair / fresh milk
2 sudu besar puree kurma.

aku gantikan susu pekat dengan puree kurma utk rasa manis.
tapi tak manis sgt pun.
utk susu, aku guna susu Aniq.
bancuh guna cawan yg sama utk tepung tu.
aku guna tepung kek sebab dah ada and tak payah masukkan baking powder dah.



kacau sebati semua bahan2 tu.
tapi jgn pukul beriya sangat sebab ada telur.
kacau2 je utk  make sure takda ketul2.
pastu bule panaskan pan.



aku ada frying pan besar, so lepas skali bakar 3 keping.
sekali tuang tu 1 senduk je, baru dapat penkek yg sama saiz.
comel2 je saiz.
besar sgt kang susah nak alih.

kawan aku tanya aku ada acuan ke apa sebab bentuk sama.
takda pun.
make sure guna sukatan yg sama je.



tadaaaaaaaaa..
dah siap.
senang je pun nak buat kan?
tu ada yg  terhangit sket, sebab ralit.
hehe..

bekalkan utk Aniq 3-4 keping pagi tu.
taktau la dia makan habis ke tak.
ni 1st time buat pancake utk dia sebenarnya.
hahaha...



ni bekal utk mak bawak g opis.
aku siap bawak sekaya nak cicah sebab tawar.
hahaha.
utk Amni pun sama gak.
habis dia makan sebab sedap katanya.
boleh jugak makan dengan madu or nutella ke.
suka hati.

lepas ni nak buat pancake pisang pulak.
ataupun lempeng, tu bahasa kampung yg mudah.

nak pancake je kau yeeeeeeeee..

Friday, October 23, 2015

Bubbles BUAI2014 Aiden Diaper Backpack from Lazada

dah lama berangan nak beli diaper backpack.
tapi tak terbeli.
sebab takde nak travel kemana2 yg rasa memerlukan penggunaan backpack.
amboi ayat aku.
hehe.
sejak ada anak, pegi mana2 bnyk dgn kreta je.
tak pernah travel dgn bas ke train ke flight lagi.
kalau naik kreta sendri, senang.
aku isi segala bekas susu, air panas and segala makanan budak2 dlm bakul susu diorg je.
aku beli sejak umur Amni lagi kat padang besar siam sana.
sampai hari ni elok lagi keadaannya walau selalu guna.
jenis tali getah tu la.
tahan lasak betul bakul tu.
berbaloi2 beli.
3 biji saiz lain2 dlm rm30++ kut.
tak ingat dah.
tiap2 minggu guna sebab blk umah mak aku, mmg isi dlm bakul tu.
pegi mana2 naik kereta sendiri, nak bancuh susu ke nak ambik makanan anak ke apa, senang la guna bakul tu.
tapi kalau naik bas ke flight ke apa, susah la bakul2 mcm tu kan?

decide beli diapers backpack ni sebab nak balik siam hari tu la...
memandangkan nak balik naik public transport, so kena la cari diapers backpack.
takkan nak usung bakul susu gedabak pulak kan?
pikir ke public transport, leceh kut.

usha sana sini, terdampar kat Lazada.
kat page lain pun tgk jugak, kat ig smua.
takmo la yg jenis keras tu sebab nmpk besar sangat.
but besar la senang nak isi barang kan?
tapi aku takmo, nnt isi bnyk berat la pulak nak galas.
belek sana sini, berkenan dgn Bubbles BUAI2014 Aiden Diaper Backpack.
tgk kepada keadaan poket sendiri dan ciri2 beg tu, so jomlah beli.
ada lagi yg lawa2, stylo tak macam diapers backpack pun.
yg kecik comey pun ada, yg sling pun ada.
tapi harga, telan ailio gak la.
takda la mahal sgt, dalam rm100-rm200 camtu.
tapi pikirkan bukan nak guna sangat, so tak perlu lah kut.
beli yg biasa2 sudah.
yg ni pun cun jugak, kaler pepel.
ambik kaler universal, senang match utk baby boy or girl
gitewww... padahal yg nak pakai maknya, bukan anak pon.
hahaha.
harga cuma RM65.



knowing Lazada, beli hari ni, buat payment pagi, esok zasssssssssssss barang dah in hand.
yay!!


lawa sangat uolls.
Amni duk ingat beg skolah dia. LOL

ada 2 compartment besar kat atas.
dlm tu ada lagi ruang2 utk letak barang2.
ada ruang yg berzip.
sebelah kiri beg ada poket.
sebelah kanan ada bekas botol susu siap berzip.
mcm warmer beg pun ye jugak.
besar jugak lepas nak isi botol MAM.
bekas tu boleh ditanggalkan in case takmo gantung mcm tu.
depat ada lagi poket.
siap dapat pelapik nappy changes and beg isi lampin kotor.
best kan?
zip dia pun kemas siap ada keychain lagi.
logo bubbles tu.
comey..
kat dlm beg, material plastik.
so kalau tumpah air ke apa tak basah sampai ke luar.
semua diapers back mcm tu kan?



masa guna pegi Thai sana, aku puas hati jugak.
saiz pun pada aku ok.
tali utk galas tu pun kemas elok, so takda la sakit ke lenguh bahu masa galas beg tu.
berat jugak la bila isi bekas susu, termos air panas and botol air.
pastu baju salin sepasang, diapers, towel kecik, wet tissue bagai.
utk bekas susu aku guna yg kecik2, 3 compartment tu.
2 set utk sehari perjalanan.
Alhamdulillah cukup and lebih lagi.
nak bawak tupperware susu tu besar la pulak, tak muat.
so, utk travel better guna yg jenis compartment  tu, senang keja sket.
bekas susu yg besar letak dlm beg baju.
termos pun saiz sedang je.
bukan nak guna bnyk sgt air panas compare dgn air masak tu bila buat susu.
then isi bekas makan Aniq.
kalau isi banyak2 tak larat nak galas la kan?
nak dukung anak lagi ye dok?

so far puas hati dgn beg ni.
guna baru sekali tu je pun.
hahaha.
dah tak travel ke mana2 yg naik public transport.
kalau pegi kreta sendri, mmg aku isi dlm bakul je, senang keja
mudah nak ambik kan?

Update Muhammad Aniq Mirzaa

cerita ceriti kisah anak bujang nan seorang..
impian nak dapat anak lelaki dah dimakbulkan.
jadi kena lah redho bila ada hero.
as usual bila sebut anak lelaki, tau lah lasaknya macam mana.
aku mula dengan anak perempuan, lembut sikit.
Amni dlu lasak jugak tapi adiknya ni lagi lasak.
pecah peluh oi...



sudah menghampiri setahun sebulan.
mcm2 aku panggil dia ni.
laksamana la, kombat la komando la, beluncas la..
utk menggambarkan kecerdasan atau kelasakan dia.
muahahahaha.
adehhh.
tengah taip ni pun aku penat duk teringat kerenah dia.
sejak dah bule bergerak sendiri, dah pandai merangkak, dia dah mula tunjuk belang.
taknak dipegang, diriba lama2.
nak bergerak bebas la kan?
bila dah mula berdiri, meniti, lagi laaaaaaaaaaaaaaa.
merangkak kemain laju ok skang ni.
tu dah 1 hal, lain2 pun laju.
aku slalu kata Aniq ni dah sama taraf dengan kelajuan cahaya dah.
sekali ko pusing, zasssssssss dia dah sampai.
urut dada...
apa benda dia nmpk menarik pada perhatian dia, siap la.
sekejapan dah sampai.
jgn la nak tinggal apa2 yg rasa tak sesuai utk dia kat tempat yg dia bule capai.
papa selalu la lupa, main letak je handphone ke spek mata ke apa kat lantai.
siap laaaaaa..



ntah pasaipa, obses sgt dengan kain.
nak2 kalau kain yg dah lipat dah susun elok.
takda perasaan tarik2 sepah2kan.
aku ni tak larat jadi tarzan dah.
dia pantang sungguh kalau aku lipat kain.
kita lipat susun, pusing kejap tgk dah ranap.
pastu buat muka puas sebab dapat sepah kain.
like " yessssssssss, berjaya, padan muka mama!"



now dah tak nak duduk sgt dlm walker.
perasan abang2 sangat.
padahal jln pun tak bule lagi.
malas sket kalau suruh berjalan.
meniti je kat sofa, kat meja, kat kabinet tv.
so far tak pernah jatuh lagi.
dia pandai duduk sendri since boleh berdiri dulu.
now tengah acah2 berdiri lepas tgn.
mujur dia pandai balancekan badan dia so takda la kes jatuh gedebuk tergolek ke apa.
kakak dlu setahun 4 bulan baru berjalan.
dia ni pun sama gak la kut.
takpelah lambat sket pun, dah berjalan kang tak larat kejar pulak.



komando tengah training merentasi halangan berliku.
+_+
ni port feberet kat bilik sebelah.
tak pernah terbalik lagi la board iron tu sebab yg tu jenis besar and berat tu.
dia duk lalu2 kat bawah tu je.
tu pun aku pantau la, agak dia berdiri duk bergayut kat situ laju2 ambik.
takkan nak tunggu terbalik ye dok?

Aniq kalau compare dengan kakak, rasanya kakaknya lagi debab dari dia.
walau berat kakak masa beranak cuma 1.8kg.
Aniq 2.45 kg.
berat pun naik sikit2 je dah lasak.
tapi anak2 aku jenis isi pejal, betis tu keras je.
so, diorg lasak, jatuh terguling ke apa takda hal.
adik ni lagi pejal dari kakak.
and of coz lagi lasak dari kakak la kan?
nama pun kombat ye dok?

hari tu papa kena jaga dia seharian.
sebab rumah pengasuh masuk air masa banjir bulan lepas.
aku balik keja petang tu tgk papa dah mcm kurang oksigen dah.
penat kejar anak jantan dia..
hahaha
mlm tu siap cakap ngan aku " ma, cukup la anak kita 2 org ni".
bhahahahahahahaha
baru sehari jaga Aniq dah tobat takmo tambah anak.
so, now dia tau la kan anak dia lasak camna ye dok?
mlm2 tu lekat sket la dlm rumah sebab nak kena tgk anak dia while aku masak.
kalau tak anak duk bergantung je kat kaki mak ni ha..

tdor pun lasak ok.
berpusing2 satu tilam selagi tak tdor.
dah tidor pun gitu jugak.
mak pak aku pun heran tgk apehal la anak2 aku smua tdor lasak.
redho jelah tok umi oii..

anak no 2 ni selalu org kata manja lebih sket.
manja ke mengada aku tak tau lah.
aku dlu taktau la mcm ni ke tak.
Aniq now tak bule aku hilang pada mata dia.
kalau aku kat ruang tamu, rilex2 tgk tv dia ok je duk main sensorang.
sekali dia pusing aku kat dapor, ko tgk dia punya meraung mcm kena dera.
laju2 merangkak datang dapor duk bergantung kat kaki.
selagi aku tak ambil dia selagi tu la duk menangis duk tarik baju.
dah dukung, senyap la siap sengih2 buat muka tak bersalah.
menduga kesabaran oiii.
kadang aku nak kencing berak, dia duk meraung depan pintu toilet.
mula2 dlu cemas la jugak aku.
now dah tau akai dia aku biar je.
bukan sakit pun, saja mengada.
agak lama aku tak keluar, eh bule pula senyap pegi main.
derr...


pendengki bule tahan.
kalau kakak datang duduk atas riba aku, dia pun laju2 nak duduk sama.
siap tolak2 kakak lagi.
sian kakak bnyk kena mengalah dgn adik.
kena belasah dgn adik pun selalu jugak.
sabar kakak eh..

nmpk mcm dia close dgn aku.
dlu mungkin sebab bf.
but now, dah melekat ngan papa pulak.
bila papa balik keja ja, laju2 g kat papa.
mama dah tak dihiraukan.
menjerit2 ni panggil papa mcmkan dah pandai cakap.
kalau papa masuk bilik dlu nak tukar baju ke nak g toilet dlu ke, ko tengok dia punya meraung.
aku ambik pun tak nak ok.
jual mahalllllllllll..
so papa kena ambik dia dlu, peluk2 dukung kejap baru bule letak.
tu pun menangis jugak tapi tak kuat sangat.
pastu melekat ngan papa jelah.
kakak sama adik pun sama.
takde hal mama tak jeles pun.
bule mama buat keja lain, masak kemas bagai nuuu.
now papa stress sebab anak2 duk asyik melekat dgn dia.
rasakannnnnnnnnnnnnnnnnnn..
aku bule bersenang lenang sket kan?
hahahah.
tapi tak la jugak.
dah budak2 duk melekat ngan papa, aku bule la masak dengan tenang.
kalau tak duk bergayut kat kaki ni, haru jugak la.

budak ni mulut bising.
sejak kecik dah bising.
dlm pantang tu kalau lambat susu ko tgk dia punya meraung.
tak sabar sabar..
sekarang pun sama nak2 masa tgh2 mlm.
dia nyenyak tdor, pastu lapar.
mula2 ek ek bg signal, pastu kalau susu lambat trus up high volume.
dlu mak pak aku punya la cemas apa hal cucu keriau kuat sgt tgh2 mlm.
dpt susu, senyap troih.
skang ni duk bercakap bahasa jerman dia.
merepek apa entah.
pastu keja menjerit.
kuat oi suara dia.
kalau kita menjerit sama, kang bersahut2 la dia menjerit.
bingit gak, tapi layan jelah.
now dah pandai ikut apa kita kata, kadang2 bunyi sama kadang2 bunyi ikut dan dia la.
kalau bergabung dgn kakak, memang bising rumah mcm  ada 10 anak.
padahal baru 2 jew...



anak jantan kan?
kena redho lah.
kang anak ko duduk diam je tak aktif, lagi susah hati ye dok?
so biarlah dia bebas meneroka.
biar dia bergerak bebas.
tu maknanya sel2 otak dia berhubung dengan baik.
ada je benda dia nak buat.
"mengemas" tu hobi.
takleh dah nak letak apa2 kat tempat yg dia bule capai.
kakak selalu lupa, pastu menangis sebab adik rosakkan mainan dia.
memanjat tu dah makin improve..
ikut jelah bontot anak tuuu.
adehhhh..

apa lagi eh..
ha, bab makan.
mujur takda hal sgt.
adik takda la picky eater sgt, kadang2 je.
selalunya mkn je apa mama suapkan.
nasi kosong pun takda hal.
maybe sebab dah terbiasa makan tawar kan?
cumanya tak bnyk sgt variasi menu adik.
mama tak sempat sgt skang ni.
kakak dlu mcm2 dpt makan.
huhu..
untill now masih makan masakan mama, homemade from mama.. ehehe.
hari bgn pkul 5 pagi buat bekal dia.
takpe, mama ok je, asal mama tau apa yg adik makan.

mama harap pasni adik sihat2 je.
bulan 9 lepas demam tinggi and lama jugak.
risau woh.
kerap jugak dia demam.
kakaknya dlu jarang sangat demam.
so, sesekali dia demam kelam kabut jugak la aku ngan papa dia.
harap2 pasni adik sihat2 je yeh?
takpe awak lasak ke apa, mama ok jeeeew. - pheww lap peluh
awak melasak  kut mama kuruih sket duk ligan kan?
hahaha...

Thursday, October 22, 2015

Baked Oreo Cheesecake

aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ciskek!
tapi kena sedar diri yg menggajah ni, jangan nak over makan sangat.
mkn tu makan jugak, tapi berpada2.
sesekali je makan, jangan nak kerap2 sangat.
kang makin menggajah, penyakit pun dapat.
kann?

hari tu tgk kat fb ada resipi baked oreo ciskek.
bahan tak susah sgt, nak buat pun senang je.
so, jomlah kita.
beli ciskek, mahal.
1 slice pun dah berapa kan?
tapi beli bahan nak buat tu pun mahal la jugak, cumanya ko dapat seloyang kek la kan?
makan la sampai muntoh.
buat sendri lagi puas hati ye dok?

bahan2 :
500gm creamcheese - aku guna tartura
1/2 cawan susu pekat
1 paket biskut oreo
4 sudu besar tepung kek
4 biji telor
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam
1/4 whipping cream - optional. aku tak letak pun

cara nak buat pun tak susah.
kena guna mixer la.

mula2 pukul susu pekat dan creamcheese sampai sebati.
then masukkan telur, esen vanila dan garam then pukul lagi.
sampai semua dah sebati elok.
dah sehati sejiwa masukkan tepung kek.
kalau guna tepung gandum kena tambah baking powder yeh.
make sure tepung tu sebati elok yeh.
utk loyang, blh guna yg 8 inci.
aku lapik dengan kertas minyak sebab nnt senang nak potong.
patah2kan oreo susun dlm loyang tu.
pastu tuang adunan tadi.
bakar 1 jam suhu 160.
nnt ciskek tu naik sket, dah sejuk dia turun balik.
dah masak biar ciskek sejuk dlm oven sebelum masukkan dlm peti ais.
ciskek ni kalau sejuk baru heaven makan.



dah siap bakar.
bau wangi menggetar perut oi.
hangit kat atas tu sebab kesan bakar
no worries, rasa masih sedap.
kalau guna lebih oreo tu lagi sedap.




sedapppppppppppppppppppppp oi.
papa makan 2 slice je kut, belen tu entah jin mana yg makan.
hahaha
amni mkn tak bnyk, dia suka kek biasa dr ciskek ni.
kasik ke mentua sket, pastu simpan dlm peti ais.
makan sikit2, dekat seminggu jugak baru habis.
pastu kena sedar diri, sebab dah mkn ciskek bnyk.
puasa ciskek sebulan.
hehehe.
korang, meh cuba.
senang je pun resipi ni.

Wednesday, October 21, 2015

Bila Amni solat

Amni dah pandai solat.
dah tau step.
mana yg dulu, mana yg last.
dah bule hafal bacaan dalam solat.
bnyk yg dia dah blh hafal.
hati mak ni tak tau nak describe mcm mana bila tgk dia solat and baca smua tu.
sebak, seronok, bangga tu smua bercampur baur.
moga awak terus diterangkan hati utk mudah belajar wahai anak.

sebelum ni dia just mengikut je apa aku or papa dia buat.
berdiri, kiam, rukuk sujud smua tu.
bacaan tak tau.
yg bunyi Allahuakbar je.
kuat plak tu.
dah p sekolah ni, mestilah cikgu ajar kan?
ada harinya ada amali solat.
sikit2 now dah pandai bnyk.

telekung dia dah ada 2 pasang.
1 aku beli kat bandung dlu, but now dak kecik.
then kawan aku kasi sepasang.
aku tempah telekung dengan dia, lebih kain dia buatkan utk Amni.
saja dia buatkan sebab dia mmg nak buat contoh telekung budak sepasang dengan mak.
lawa, material lycra high quality.
from Awana Mentari.
aku bnyk gak koleksi dr butik ni, lawa2 and kain berkualiti.
blh chekc fb dia kalau nak tgk.

back to Amni.
sejak dah pandai bacaan dlm solat, asyik la nak sembahyang.
dia sebut solat sebab cikgu dia sebut solat.
aku sebut sembahyang, dia tetap kata solat.
boleh la nak, sama je.
kalau datang mood dia, dlm sehari tak tau berapa waktu dia sembahyang.
asyik la nak solat, berapa rakaat entah la.
takpelah, mama tak kisah pun.
mama layan je.
tgk je kerenah dia sementara dia nak buat kan?
kalau waktu malas tu, jgn harap laaaa.

aku kasik ke dia sejadah kecik yg selalu aku bawak g travel memana.
lagila dia syok nak solat.
sebab dah ada telekung dan sejadah sekali.
pastu siap gulung2 mcm mama jugak.
seronok sebab telekung mama sama mcm Amni katanya.
kadang2 nak berimam dengan mama.
boleh tapi hati kena kental sebab nnt ntah apa2 dia baca lagi kuat dr imam.



ni masa maghrib.
entah berapa rakaat taktau la.
niat arab lain niat melayu lain.
hantam sajalah kakak....

step dah tau.
bacaan pun bnyk yg dah tau.
doa iftitah, surah alfatihah, bacaan rukuk dan sujud, iktikad, duduk antara 2 sujud and bacaan tahiyat.
mama bangga sangat kakak!
cumanya ko kena tahan jgn gelak ke apa, tegur ke waktu dia baca.
biar je.
dengar and buat taktau je.
klau tegur kang dia sentap taknak solat dah.
ada yg lancar ada yg betul ada yg pelat ada yg salah.
takpe, janji awak tau tu yg penting.
yg agak kurang lancar is tahiyat.
lain2 dah lancar bule hafal penuh dah.


benti minum air.
kakak penat katanya.
mau tak penat, dah sropa solat sunat terawih dah aku tgk.
bnyk sgt rakaatnya...

nak buat benda baik ni mesti bnyk cabaran kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn?
so, ada lah jugak cabaran2 kecil utk kakak.
kecil tak kecil sangat laaaaaaa.
kena tabah ye kakak...








































ni lah dia cabarannya.
kena tabah kalau tak bule hilang sabar.
hahahahhaa

kakak duk duduk antara 2 sujud, lajuuuuuuuuuuuuuu ja dia p kacau.
pastu mula la adegan jerit menjerit bagai.
marah la kakak sebab adik kacau kakak solat.
aku tgk dr jauh je malas nak campur.
lantak hampa laaaa.
janji tak bertumbuk sudahhhhhh.
so far kakak tak pernah buat lagi adik dia.
dia jerit2 marah je pastu nangis sebab adik menang.
hahahaa



another day..
dia p duk jadi tugu depan kakak pulak.
ni tghr nak tdor dah ni.
kakak nak solat zuhur, mama dah setel duk landing atas tilam dah.
adik yg duk landing sesama, laju ja p kat kakak bila tgk kakak bentang sejadah.



nak gelak ke nak marah ke taktau lah...
ginilah ragam anak2.
kesian kakak dik awak selalu buli dia.
seb baik kakak awak baik..

sekarang ni duk ajar kakak niat solat yg betul.
ada yg cikgu ajar dia ingat ok la.
ada yg dia tak ingat tu dia bantai je sebut apa2.
takpe, janji awak buat, mama ok dah kakak.
doa mama moga awak diterangkan hati utk mudah belajar dan jadi muslimah yg baik nnt.



Aktiviti Amni di PASTI

hujung thn ni, setahun dah Amni kat PASTI..
aku hantar dia ke Pasti Bestari Al-Islah..
Alhamdulillah, rasanya tepat keputusan kami nak hantar dia ke pasti dulu.
survey jugak tempat lain, tapi hati aku kuat nak hantar dia ke situ.
selain dari yuran bulanan yg termurah, rm200 saja sebulan, aku nak dari dia kecil dia dilebihkan didikan agama.
tu niat awal.
Insyallah, bila niat kita baik, maka semuanya akan jadi mudah.
walaupun 3-4 bulan awal tu tak la mudah sangat kannnnnnnnnnnnn..
gila mencabar oi tiap2 pagi..
sebab dia ni jenis tak boleh gerak bgn tdor.
bila gerak tu dia punya mengamok, hoi menduga kesabaran.
kena pulak masa tu ada Aniq kan?
taulah kalau ada anak kecik ni, dia punya kelam kabut pagi2 tu lain mcm oi.
dr bgn tdor sampai ke sekolah tu menangis, merintih mcm2.
aku pulak kadang tak sabar sebab bizi nak siap g kerja, ngan si kecik nangis, kakak pulak duk nangis takmo pakai baju skolah, takmo p sekolah.
stress!!
kena marag gakla.
lagi marah lg nangis... grrrrrrrrrrrrrrrrr
mujurlah sekarang dah ok sikit.
tak bnyk, sikit pun jadilah.
gerak bgn pagi masih menangis, tapi better dr dulu sebab aku dah pandai tackle dia.
mlm kena make sure tdor awal dgn perut kenyang dan hati senang.
hahahah. ye gitu yeee..
gerak pagi2 tu kena ada teknik, panggil slow2, gosok2 peluk2 semua.
baru dia bgn ok, tak moody.
kalau tak, keriau la apa lagi.
siap merintih, tu tak kena ni tak kena.
silap sikit jadi punca la.. drama queen sket anak aku ni.
sabar jelah.

eh nak update pasal aktiviti Amni kat Pasti, dah melalut ke cerita lain dah.
mahap ye.
hahaha.

cikgu diorg ada buatkan group kat whatsapp.
so, ada apa2 nnt cikgu update kat situ je.
semua mak pak boleh tengok apa anak buat kat skolah.
pastu siap letak gambar.
boleh kata hari2 jugak ada gambar.
kadang aku download, kadang tak.
kalau pakai wifi free, aku donwload la semua..
hahahah.
mana yg ada gambar Amni aku simpan, yg takda aku delete.

so far aku perati bnyk jugak aktiviti diorg kat pasti.
kat sekolah dan luar.
hari sekolah, mcm biasa lah.
belajar a b c tu smua.
hari jumaat, riadah, kena pakai baju sukan.
pagi2 cikgu akan bawak diorg main kat court kat depan tadika tu.
dlm taman tu jugak, sekentut je.
bersenam, main bola ke, or ada sukaneka sikit.
kadang2 pegi taman yg depan sikit yg ada playground
boleh la diorg main gelungsur smua tu.
seronok la budak2, dapat main kan?



gigih aku tanda arrow kat gambar Amni.
yelah kecik je tak nmpk sangat dlm ramai2 tu.
cikgu buat senamrobik sket, then ada sukaneka.
mcm2 aktiviti jugak kalau hari jumaat.
tu main isi air dlm botol.
kemain menonggek awak nak oi.. hahah
dia pun dah tau, bila hari jumaat pakai baju sukan, beriya nak pakai kasut siap stokin.
sebab kang nak berlari.
budak lain pakai sliper je. dia gigih sket. hihi
hari lain, aktiviti kat dlm tadika je..



ni kat dlm kelas.
cikgu asingkan aktiviti 3 tahun dan 4 tahun.
tak letak sekali kecuali masa mkn je kut.
tu siap buat kuih raya masa bulan puasa hari tu.
suka betul dia, balik beriya cerita.
mcm kuih yg kita buat katanya.
pastu kalau buat colouring ke, lukis2 ke or aktiviti yg menguji minda sket, cikgu hantar la gambar.
pelekat2 ke, gunting2 ke.
diorg pun suka.
buat payung la ulat la, rama2 la, macam2.
kadang boleh bawak balik hasil kreativiti diorg tu.
ada yg aku simpan cadangnya nnt nak framekan..
kenangan utk dia.



ni time amali solat.
tudung tah kemana2 dah tu si Amni.
now dia dah pandai solat, dah hafal bacaan dlm solat.
ada yg lancar, ada yg tak, ada yg pelat.
takpe, slow2 eh..
janji awak mahu belajar and buat je.
sebak dada bila tgk dia solat and baca smua tu.
lega rasa hati tgk dia mudah belajar.
tima kasih sgt kat cikgu2 smua sebab ajar anak2 kita.
budak kecik ni tau jelah ragam dia mcm mana kan?



ni tengah baca doa.
cikgu kat depan, baca and diorg ikut.
Amni kat tepi dinding duk layan perasaan.
hahahah.
cikgu kata dia selalu buat hal sendiri.
org baca dia layan perasaan, org habis baca tetiba dengar suara dia.
sabar jelah anak aku.
banyak dah doa dia boleh baca.
kadang2 kat rumah duduk sesaja dia bacalah.
kalau kita suruh, takdanya nak baca.
sendiri2 ok pulak, so masa dia baca tu aku baca sama2 and layan je..
supaya dia tak lupa, kena kerap ulang2.



main hembus2 kaler.
blk sekolah habis baju kena kaler.
hehe.
takpe, boleh basuh je pun nnt.
yg penting diorg enjoy kat sekolah.
bnyk dah dia belajar kat sana.
paling aku suka, now dia dah taknak pakai baju lengan pendek.
pagi petang siang mlm, pegi jln ke duduk rumah ke, pakai baju lengan panjang je.
geram jugak kadang2 tapi tu lagi bagus.
biar dari kecik dia biasa, senang bila dah besar.
tudung pun lekat jugak.
kadang2 tanggal, takpa, yg tu slow2.
takleh paksa sangat.
dah kata tadika islam, so gitulah ajaran.
sokay, mak lagi suka.
biar dari kecik dia biasa, ada asas kan?
dah tau apa yg boleh apa yg  tak.
mana yg baik, mana yg buruk.
kalau tak kena pada mata dia, apa yg cikgu ajar, dia cakap direct je.
mama papa asyik kena marah je sebab minum air sambil berdiri.
hahaha
apa yg dia tgk tak elok, nnt dia cakap akhlak tak baik.
tersipu2 malu mak ni.
muahaha..



aktiviti luar.
cikgu bawak naik bas pergi public library kat kuala perlis.
seronok sgt sebab dapat naik bas dgn kawan2.
masa ni dia tak sihat sgt, tengah demam.
tapi dah kurang sket la, aku hantar pegi skolah jugak.
bgtau cikgu minta suap ubat.
tak pegi kang rugi sebab nak naik bas pegi library kan?
nak bagi dia merasa tu smua.
blk tu, esok lega demam.
heheheh...
seronok sangat dapat naik bas, tak henti cerita.

dah nak habis setahun di Pasti ni, aku puas hati dengan perkembangan Amni.
banyak dia belajar kat skolah.
ada jugak yg tak berapa nak puas hati, tapi pejam mata jelah.
takda efek besar pun.
biasalah, mana sempat cikgu nak tengok semua kan?
budak2 pun ramai, ragam macam2.
kita pun tau anak kita mcm mana, takkan nak salahkan cikgu, nak bebankan diorg lagi.
asal diorg ajar anak kita elok, jaga anak kita elok, ok dah pada aku.
jgn diajar benda bukan2, ok je pun.
budak2 ni mudah mengikut.
sekali cakap, nak2 cikgu yg bgtau memang diorg ingat.
tahun depan pun Amni akan di Pasti lagi.
moga awak mudah belajar..

Tuesday, October 20, 2015

Little Bean Finger toothbrush utk Aniq


Aniq now gg dah 8 batang.
4 atas 4 bawah.
sama mcm kakak jugak, gg tumbuh awal.
tapi Aniq lambat sket, 8 bulan baru naik gg.
Amni dulu 6 bulan dah keluar gg.
bila bf, ngilu woh...

since gg dah bnyk, mama kena bli berus gg utk adik.
kena ajar awal bagi dia biasa guna berus gg.
dah la gg atas besar kapak, maka marilah kita memberus dik oi.
lagipun, penjagaan awal ni bagus utk gg diorg kan?



sebagai permulaan, aku beli finger toothbrush.
berus tu silicon, lembut je so tak sakitkan gusi baby.
mmg dibuat utk baby 6month dan keatas.
jenis ni senang nak guna.
masukkan je kat jari telunjuk tu, pastu gosokkan kat gg diorg.
nak beli yg jenis berus gg biasa tu rasa mcm susah je nnt.
budak kembong tu lasak ya ampun.
nak mandikan dia, ngan aku skali basah.
berpusing2 syok main air.
so, kita guna yg ni dulu lah.
test dulu, kang dia taknak, rugi je.



beli kat Apple Baby House kat Arau.
murah je RM9.40.
aku beli yg paling murah sebab nnt tau dah tak guna lama pun.
Aniq now dah setahun kan?
gg pun dah bnyk.
ada je brand lain yg lagi mahal.
cecah 30 hengget pun ada.
fungsi sama, bentuk sama, kita beli yg murah sudah laaaa.
baru ni terjumpa kat supermarket biasa, cap ayam rm5 jewwwwww.
+_+



kalau beli apa2 utk adik, harus beli jugak utk kakak.
kalau beli utk kakak, tak belikan utk adik, takpe sebab adik tak tau apa2 lagi.
tapi kalau kakak, huiii ko tengok dia punya ungkit, 2 hari 2 malam okeh.
silap2 lebih.. hahahah.
letih aku nak layan nak dengar bebelan dia.
biasalah, budak kecik kan?
so, layan jelah.
kang kata mama pilih kasih pulak.
nak beli apa2 skang ni kena pandai edjas.
klau tak boleh botak kepala mama papa..



dah berus gg adik.
Alhamdulillah adik ok je.
bila kita tunjuk berus gg, tanya mana gg nak gosok, nganga mulut siap.
gud boy!
pastu mengekeh gelak sebab geli.
kadang2 dia buat geram, di gigitnya jari mama.
sabar jelah budak ni.
kakak pun kadang buat perangai nak guna berus gg adik.
adoihhhhhh.


Monday, October 19, 2015

Apam cornetto

lama dah buat ni.
lupa nak share.
tetiba teringat, jadi meh la share.
benda baik kita sharing2 eh.
tgk kat fb ada org share, mcm best je, so tingin nak buat.
renyah sket, but seronok.
comey2 je, buat kat Amni mesti dia suka.
gitew mak2 ni..
buat makan, anak makan, seronok wei.



bahan2 :
3 cawan tepung gandum
1 @ 2 cawan gula kastor - terpulang nak manis ke tak
4 biji telur
1 sudu ovelette -utk lembutkan
esen vanila
paste yg digemari
3/4 cawan air aiskrim soda

tak bnyk kan bahan?
benda dah sedia ada,cuma kena beli air soda tu ngan ovelette je.
paste aku ada strawberi and vanila.
pun boleh.



dah lama sangat tak guna makhluk sorang ni.
sejak jumpa resipi kek tak payah putar2 ni, memang duk dlm kotak je dia ni.
nasib kau lah.
dah lama bersemadi, marilah berbakti kembali.
kang lama sgt tak guna, keras kejung plak kau.



mula2 putar telur, gula, ovelette.
yg ni pukul laju2 eh.
speed 6-7 ke..
aku tak laju sgt kut terpelanting mixer.
hahahaha...
agak2 la  eh..
then, masukkan air aiskrim soda sikit demi sedikit secara berselang seli dengan tepung gandum.



dah setel pukul, semua dah sebati elok, bule bahagikan kepada 2 bahagian.
aku ada 2 paste je, so 2 bahagian jelah.
kalau nak buat 2 kaler, bahagi kepada 3 bahagian.
then, masukkan paste kegemaran korang.
guna pewarna pun boley..



aku guna paste vanila and strawberry.
then tambah pewarna sket dlm tu sebab pucat je merah tu.
pink pucat je.
kang tak lawa.

utk kon, aku guna kertas balut nasi lemak tu.
beli yg paling murah.
hahah. sep bajet.
guna sikit je pun.
pastu korang buat la kon mcm eskrem tu.
kecik2 je yeh.
sekeping kertas balut nasi lemak tu dapat 8 kon ke 12 kon kut.
tak ingat dah sebab dah lama.
pastu susun2 la dlm loyang.
make sure bahagian licin kertas tu kat dalam eh.
yg kasar kat luar.
kang dah siap, melekat pulak apam tu.
aku siap stapler lagi kon tu takmo dia terbuka.
dah siap susun la dlm loyang periuk kukus.
kalau dapat panaskan air awal sket ok jugak.
cepat sket masak nnt.



memula buat kon.
tak pandai lagi.
besauuu.. nak tutup periuk tak bule.
dah kena potong pulak.
takpe2, 1st time kan?

pastu buat lain, kecik2 sket, agak2 dgn saiz periuk.
ni baru betul ukur kon di periuk sendiri.
muahaha..

habis 1st trip, so kukus dulu.
10-15 minit je kukus tu.
utk adunan tadi, banyak jugak dapatnya.


terbalik kuang.
hahahah.



dah siap kukus yg 1st trip.
besar jugak, pastu kemain kembang  gebu gebas hampa ni.
dah melimpah ruah keluar dari kon.
huduh.
hahaha.
seb baik sedap, so dimaafkan.
next trip buat kecik2 comey2 sket2.



yg besar tu.
kalau 3 layer lagi lawa dari 2 layer.
pastu paste strawberry tu wangi lahai.
kaler pun cantik je.
pasni beli kaler hijau kuning biru pulak.



yg 2nd round, kecik comey je.
haluih, sekali ngap je.
3 layer ada 2 layer ada.
dah tau dia naik kembang semangkuk, kita jgn letak bnyk sgt dlm kon tu.
mula2 buat aku cedok guna senduk, meleleh habis, tak lawa.
then aku buat piping beg.
alah, guna plastik putih bungkus lauk tu je pun.
mmg ada stok kat rumah.
masuk plastik, gunting hujung tu, atas aku ikat getah.
then picit masuk.
senang keja kak yah.
awat la dari awal tak pikir, takda la comot2.
dapat 3 trip kut kukus tu, tak ingat dah.



comel dokkkk?
Amni suka lah sangat.
sedap and bau wangi pes strawberry tu la.
kalau masuk ovelette lebih sket sure lagi lembut.
ni mcm keras sket.
buat kali ke 2, ok dah.

kalau rajin, bule buat topping skali.
tapi aku malas.
taruk coklat kat atas tu sebelum koyak kertas kon tu.
then bule tabur choc rice ke apa.
terpulang pada kreativiti masing2.
aku tak buat sebab apam tu naik gebu gebas, nak taruk topping tak lepas dah.
mkn gitu pun dah sedap dah.
korang bule la try, sure anak2 suka sebab comel la hai.


Friday, October 16, 2015

Make over almari Amni | Wallpaper Mr.DIY

hari tu make over almari adik.
lama dah, 2-3 bulan lepas kut.
kakak menjeles, almari adik lawa katanya.
maka marilah kita make over almari dia pulak.
almari dia mmg dah lama nak make over, cumanya duk tertangguh2.
sebab bnyk compartment, ada cermin lagi.
renyah sket, kena betul2 ada semangat baru leh buat.
almari adik senang je.
hehe.
nak tgk almari kakak, boleh refer entry ni.
almari dia tak lawa sgt tapi aku beli sebab bnyk ruang.
senang nak susun baju.
sesuai ngan anak dara, baju banyak.



gambar lama ni, dari entry lama jugak.
susunan sekarang pun masih mcm ni.
kiri almari adik, kanan almari kakak.
dulu dua2 almari kakak.
sekarang sorang 1.
mak pun dah insaf sket, takmo beli baju bnyk2 dah.
membazir..



now.
lepas make over.
lawa ke idok?
mihmihmih...

wallpaper beli  kat Mr.DIY jugak.
jenuh aku pilih nak corak yg kalerfull sket.
kena pandai pilih sebab pikir nanti nak sambung ke apa senang.
tak nmpk sgt.
kalau corak sarat, nak sambung nnt jenuh nak edjas.
kalau tgk betul2 kat almari adik, nmpk la kesan sambung tu.



zoom sket almari kakak.
mencabar oihhhh.
bnyk tombol kena buka.
minta tolong papa bab tu sebab ketat jugak.
pastu pintu almari ni besar2 jugak.
kat drawer, ok sebab kecik.
senang nak tampal.
pintu tu kena teliti sket.
papa tanggalkan terus pintu2 tu.
senang keja aku.
nak pasang balik pun senang je almari jenis ni.
kat pintu yg ada cermin tu la renyah sket.
susah nak edjas, aku potong sket then sambungkan.
tak perasan sgt kalau tgk tu.
sebab corak camni kut.

utk almari ni aku guna segulung lebih wallpaper.
ikutkan kalau pandai jimat pandai edjas segulung dah cukup.
tapi aku lebihkan jugak masa potong tu.
kalau senget ke apa senang, potong je hujung tu.
segulung RM3.30 je pun.
murah, hasilnya lawa kan?
pepel and ada love2 gitu.
kakak punya la syok tgk almari dia dah lawa mcm almari adik.
hehehe..
duk mengkagum sebab mama buat sendri jadi lawa katanya.
apa saja lah kau nak oi.
mama pun syok tgk sebab lawa.
puas hati, modal ciput tapi kebabom.
ada belen lagi wallpaper tu, soon kita pikir nak buat apa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...