kadang2 buntu jugak nak bagi anak makan apa2.
utk baby mcm Aniq la.
yg masih bawah 2 tahun.
dia sekarang setahun sebulan lebih kurang.
aku taknak la bagi dia mkn ikut suka je.
tapi aku takla strict sangat sampaikan bnyk sgt tak boleh.
aku tgk jugak apa yg nak diberi.
kadang2 kek pun aku bagi walau tau ada rasa manis, masin dan lain2.
macam kek pisang ke, butter cake ke..
tapi sekadar semulut 2 je, bukan sampai kenyang pun.
kadang2 kalau tak sempat bagi juga sup yg kita makan.
means yg ada rasa manis dan masin tu.
tapi aku tambah air sket utk kurangkan masin tu.
berpada2.
but, junk food, air manis, coklat tu smua mmg tak la.
aiskrim pernah kut sekali, rasa hujung sudu je.
selagi blh kawal, kita kawal dulu.
jgn biasakan anak makan manis2 dari awal.
setakat hari ni, tak pernah beli nestum lagi.
hari2 masak nasi lembik, kadang2 bihun.
hari ni nak share pancake kurma yg aku buat utk Aniq.
bukan takat dia, Amni pun bedal sekali.
aku pun, siap bawak pegi opis buat break1st.
bahan2 :
1 cawan tepung kek. boleh ganti dengan tepung gandum.
1/2 sudu kecil baking powder. tambah kalau guna tepung gandum.
1 biji telur.
2 sudu butter.
3 sudu susu pekat. utk baby tak perlu tambah susu pekat. optional kalau buat utk org dewasa.
1 cawan susu cair / fresh milk
2 sudu besar puree kurma.
aku gantikan susu pekat dengan puree kurma utk rasa manis.
tapi tak manis sgt pun.
utk susu, aku guna susu Aniq.
bancuh guna cawan yg sama utk tepung tu.
aku guna tepung kek sebab dah ada and tak payah masukkan baking powder dah.
kacau sebati semua bahan2 tu.
tapi jgn pukul beriya sangat sebab ada telur.
kacau2 je utk make sure takda ketul2.
pastu bule panaskan pan.
aku ada frying pan besar, so lepas skali bakar 3 keping.
sekali tuang tu 1 senduk je, baru dapat penkek yg sama saiz.
comel2 je saiz.
besar sgt kang susah nak alih.
kawan aku tanya aku ada acuan ke apa sebab bentuk sama.
takda pun.
make sure guna sukatan yg sama je.
tadaaaaaaaaa..
dah siap.
senang je pun nak buat kan?
tu ada yg terhangit sket, sebab ralit.
hehe..
bekalkan utk Aniq 3-4 keping pagi tu.
taktau la dia makan habis ke tak.
ni 1st time buat pancake utk dia sebenarnya.
hahaha...
ni bekal utk mak bawak g opis.
aku siap bawak sekaya nak cicah sebab tawar.
hahaha.
utk Amni pun sama gak.
habis dia makan sebab sedap katanya.
boleh jugak makan dengan madu or nutella ke.
suka hati.
lepas ni nak buat pancake pisang pulak.
ataupun lempeng, tu bahasa kampung yg mudah.
nak pancake je kau yeeeeeeeee..
Haah...sesuai la klu utk anak2 makan.sihat
ReplyDeletebetul. mak pun boleh makan..
Delete