Friday, December 11, 2015

Istiqamah

entry ni sesaja aku tulis.
tanpa sebarang niat.
sekadar nak share ngan readers.
yg rajin singgah di sini, yg rajin komen.
mungkin boleh jadi pemangkin semangat utk korang.
ecewahhh..
aku pun masih naif, masih mencari dan belajar.
so, aku share ngan korang semua.
apa perasaan aku, apa aku rasa.
once again, takda niat apa2.
bukan utk berbangga sebab aku tau kat luar sana, banyak lagi yg jauh lebih baik dari aku.
lama aku bertangguh nak buat entry ni.
takut jadi riak.
harap2 tu tidak, demi Allah semata.

masa mengandungkan Aniq, terdetik dalam hati aku utk jadi insan yg lebih baik selepas ni.
dari segi hubungan aku dengan Allah.
sebab aku rasa aku banyak kekurangan.
bab ibadat, bab perbuatan, bab pakaian, mcm2 lah.
nak perkemaskan ibadat kepadaNya.
then bab menjaga aurat.
antara sebab aku pikir macam tu bila aku makin gemok.
biasalah, org mengandong, badan naik bagai di pam2 kan?
bila mengandong, badan makin membesar.
bila tengok depan cermin, aku rasa adehh buruknya aku.
hahaha.
pastu bila pakai tudung pendek, bertambah2 buruk.
tudung singkat, atas dada.
tersembul benda yg tak sepatutnya.
so, masa mengandung tu aku cuba pakai tudung yg labuh sket, menutupi dada.
mula2 sebab malu sebab gemok.
tapi lama2 jadi selesa.
dan terpikir, melabuhkan tudung tu memang dituntut dalam Islam.
melabuhkan tudung menutupi dada.
lepas tu mmg aku dah tak pakai dah tudung saiz M dan kalau silangkan tudung, aku cuba labuhkan.
jadi selesa dan ok ja mcm tu.
bila pakai tudung pendek, jadi tak selesa.
bagus jugak bila terasa gemok, terasa huduh mcm tu kan?
at least kau cuba walau mula2 tu niatnya lain.
mula2 sebab malu badan besar, so labuhkan tudung.
lama2 jadi selesa dan cuba memenuhi syariat.
Alhamdulillah.. semuanya dipermudahkan.
until now, aku cuma beli dan pakai tudung saiz L dan cuba labuhkan bahagian depan.
walaupun sebenarnya aku rasa masih tidak sempurna, tapi aku cuba.
aku tak reti nak pakai labuh2 sangat sebab terasa mcm nampak lagi gemok kalau tak kena cara.
takpa, slow2.
edjas2 yg penting depan belakang labuh.

tu bab tudung.
bagi baju pulak, aku dah tak pakai mana2 baju yg aku rasa ikut badan.
tshirt ke blouse je, baju kurung ke.
pakai longgar2 sket la.
dah tudung dilabuhkan takkan nak pakai baju ketat pulak kan?
sesuatu sgt nnt.
ada hikmah badan besar susah nak turun ni.
biarlah niat awal tu sebab malu, asalkan mengikut syariat Islam.
aku cuba beli baju muslimah.
mula2 rasa mcm pelik, tapi cuba kentalkan hati.
syaiton ni memang ada kat mana2 nak pesongkan kita.
now dah ada 5 helai tshirt muslimah.
boleh tahan mahal jugak kalau beli yg Humaira Design tu.
ada je yg murah, dalam rm25 camtu, tapi kualiti kain tu tak best.
nipis je kain tu aku rasa.
melekat kat badan.
kalau HD collection, kain dia tebal dan design dia best.
aku suka yg simple2 je takmo yg bunga2 tu smua.
Alhamdulillah, dah boleh dikatakan berjaya sket dah bab tu.

next is berstokin.
yg ni paling susah aku rasa.
masa aku dlm pantang, aku cuba niat, tanamkan dalam hati nanti lepas pantang ni nak kekal berstokin.
nak menutup aurat sepenuhnya.
cuba dan niat kerana Allah.
Alhamdulillah, dah setahun berlalu, aku boleh dikatakan berjaya.
sejak umor Aniq sebulan, now dia dah setahun 2 bulan camtu.
Allahuakbar.
mula2 lepas pantang tu ok lagi sebab jarang2 keluar.
masa start keja, aku cuak jugak.
biasalah kita ni kan takut dengan mulut org.
takut org kata kita gitu gini.
takut dikata org berlagak alim.
memang ada yg kata aku mcm ustazah bagai.
sebab tudung dah labuh sket then pakai stokin pulak kan?
tapi aku cuba kentalkan hati.
ku tahannnnnnnnnnnnnnnn jebat.
goyah jugak mula2, tapi istigfar bnyk2.
nak buat benda baik memang susah kan?
kadang2 tu ada jugak terbabas.
kluar mlm g kedai depan umah ke, turun dari kereta g tandas ke.
mcm tu jelah.
so far tak pernah lagi sesaja tak pakai stokin tu kalau keluar dari rumah.
nak elak kejadian tak sepatutnya, aku letak sepasang stokin dalam kreta siap2.
spare kalau terlupa ke apa.
Alhamdulillah, dengan izinNya, tak pernah lagi aku terlupa pakai.
now, mak aku dan adik2 perempuan aku pun dah berstokin.
mak aku dah lama la, kami ni je boleh dikatakan baru.

benda ni datang sendri kalau niat kita baik.
semua akan jadi mudah kalau niat kita baik.
kita nak menunaikan apa yg disuruhNya, Insyallah semua jadi mudah.
semua ni datang bila tengok org lain yg elok berpakaian, elok menutup aurat.
bila tengok seseorang yg dulu seksi, tak berpakaian dengan sepatutnya, sekarang menutup aurat dengan sempurna, jadi muslimah yg lebih baik, buat aku rasa cemburu.
cemburu kerana mereka mampu ubah diri jadi lebih baik.
kita ni dari dulu bertudung tapi sampai la mcm tu jugak.
takda perubahan kepada yg lebih baik.
dulu risau jugak dengan cakap2 orang, risau dengan tanggapan org.
aku ni bukanlah org alim pun, bukan yg hebat beragama pun.
tak.
banyak je yg aku tak tau, tapi slow2 kita belajar kita tingkatkan ilmu kita.
cuba utk jadi muslimah yg baik.
bila niat mcm tu, mula2 kena betulkan keadaan diri kita dulu.
serius aku cakap, bila aku cuba utk berpakaian dengan lebih sempurna ni, aku rasa lebih selesa.
selesa dengan penampilan sendiri.
sekarang ni aku rasa lebih yakin selepas setahun.
dulu rasa segan bila keluar siap berstokin bagai.
bab tudung tu ok lagi walau labuh sket dari biasa.
tapi bab stokin tu rasa segan jugak.
tapi sekarang ni rasa biasa, dan ada rasa bangga.
sebab aku berjaya tutup aurat aku dengan sempurna Insyallah.
kalau tak pakai stokin rasa mcm tak lengkap, rasa kurang.
dah lama berstokin ni, aku rasa kaki aku putih licin elok je.
hihihi.
tak payah pakai losyen banyak2 dah.
dlu pagi2 sebelum keluar g kerja, perkara wajib is pakai losyen kat kaki.
sebab aku tak boleh kalau kaki aku kering.
rimas.
tak pakai kat tangan takpa, tapi jgn tak pakai kat kaki.
dah pakai stokin ni tak payah pikir dah losyen apa smua tu.
takda kering sgt dah kaki aku skang ni.
terima kasih Allah.

sekarang ni nak beristiqamah.
nak laksana tu kadang tak payah sangat pun tapi nak kekalkan tu kadang2 goyah.
mula2 berstokin tu aku bgtau kat suami.
aku cuba nak menutup aurat dengan lebih baik.
utk diri sendiri dan utk suami jugak.
dan minta sokongan dari dia.
tok laki senyum ja.. harap2 dia doakan utk aku jugak.
walaupun kadang2 aku melawan jugak dia.
hahahaha.
tu tak boleh nak ubah lagi.
asyik la melawan laki keja kau kak yah oi.
saja gaduh2 manja. hehehe.
harap2 laki ampunkan.
kang mati tak tutup mata aku ni.



gambar latest, bulan lepas ni.
dah lama tak da gambar posing gini.
sekali sekala acilah ye..
hehe.
masih pakai jeans, tapi yg longgar la.
skinny jeans tu memang tak la aku nak pakai.
ada la selai sluar yg agak kecil, memang tak pakai dah la kut.
terasa mcm kurus sket skang ni, sebab sluar ni longgar.
hahahah..
blouse pun longgar, sama mcm dlu jugak rasanya.
aku prefer blouse sebab senang nak cari yg besar.
tshirt ni kadang susah sket.
tshirt muslimah tu tak kena gaya ketat jugak.
kluar dekat2 pegi kedai tu pakai tshirt jelah, tak kuasa pulak nak iron blouse bagai.
utk stokin aku prefer skin kaler.
tak reti pulak nak pakai stokin hitam, unless kasut bertutup.
kasut pulak prefer jenis wedges or sandals biasa.
selesa dan mudah bergerak.
kasut bertutup aku tak berapa gemar, sebab kaki aku jenis kembang.
tak kena gaya, sakit kaki.
tudung aku, lebih kurang gitu la labuhnya.
saiz L, kalau XL kang labuh sangat rasa mcm tak berapa selesa pulak.
tgk org pakai mcm ok, aku try pakai rasa ustazah sangat.
depends on diri sendiri.
tak perlu nak ikut org sangat, berpada2.
yg penting kita selesa dan memenuhi syariat.

sekarang ni nak cuba kentalkan hati utk cuba berhandsock pulak.
tak cukup kuat lagi tu.
hehehe.
moga Tuhan beri aku kekuatan.
dan sama2 kita cuba mencari redhaNya, menuju jalannya.
aku selalu doa, mohon ditetapkan iman aku, jauhkan aku dari godaan syaitonirrojim tu.
Amin..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...