Tuesday, January 12, 2016

Meja kerja Amni

tahun lepas, bulan 11 punya cerita..
make over sket bilik Amni.
sejak adik makin besar ni, dia susah nak main or buat keja dia dengan selesa.
adik kacau.
hahahah..

so, pikir2, aku setup meja kerja baru  utk dia.
setup terus dlm bilik, senang.
kalau kat luar kang adik kacau jugak.
kesian jugak kadang2 dia nak main apa2, nak kaler2 ke, adik duk tarik2.
pastu menangis sebab kalah dgn adik.
adik bule tahan ganasnya.

mula2 papa kata nak belikan meja princess utk dia.
ada 1 Amni duk berkenan masa ikut mama pegi kedai perabot.
crita ngan papa, dia kata nak belikan, since Amni dah makin besar tak sesuai dah guna meja rendah tu.
plus, adik senang nak kacau.
tapi meja princess tu pun takda la tinggi mana.
kang takleh guna lama pulak, rugi.
kebetulan, papa ada meja komputer lebih.
kawan dia nak pindah rumah, kasik ke papa meja tu.
tingggg, mama dapat idea.
why not, ambik je meja tu kasik ke Amni.
jimat kos. yay!!!

then kena make over la sket bilik tu.
dlu letak penyidai besi buat letak tudung2 mama, now kena clear.
berhempas pulas mama mengemas, demi mu anak.
ni pun salah satu step utk asingkan bilik tidor nnt.
tahun ni kakak dah 5 tahun.
kena slow2 ajar tidor asing kan?



meja kerja baru kakak.
suka sangat dia bila dah ada meja sendiri mcm ni.
mama pun suka.. huahuahua..
meja komputer lama kan, so gini la pesennya..
kat lantai meja tu mcm tak berapa lawa, so mama balut ngan lebihan wallpaper.
cun sikit.
meja ni elok ja lagi.
dari tersadai sepi kat dlm stor papa, baiklah kita guna kan?
jimat duittttttttttttttt...



bahagian atas.
letak buku2 kerja dia.
bnyk jugak buku2 dia.
ada yg beli, org kasik and dari tadika dia.
hari tu aku check jugak, mana yg dah teruk, dah koyak aku buang jelah.
buku besar, letak paling hujung.
asalnya kotak tu mama punya, tapi kasik ke kakak.
sebelah tu, isi buku2 saiz sederhana.
1 bakul lagi isi buku kecik2 dgn alat tulis.
bakul paling hujung isi mainan kegemaran buat masa ni, playdooh cap Mr DIY.
pastu ada tabung, and ada tin susu adik yg aku balut dgn wallpaper.
nak buat tong  sampah sebenarnya, tapi ikut suka dia nak isi apa.
now aku dah tak letak situ dah.
bakul hijau mcm tak berapa nak masuk, tapi lantaklah.
guna ja mana yg ada.
bakul tu dr rak kat playarea dia dulu.
now dah jadi playarea bersama dgn adik.
so, takdanya aku nak susun2 mcm dulu dah.
adik ganas sangat. huhu..



bahagian tengah.
dlm kotak kat tepi tu ada kaler.
dah bercampur, mama masukkan dlm box terus senang nak guna.
kotak yg bawah tu tabung kucing yg bule bercakap tu.
paklong kl kasik.
kat depan tu white board beli lama dlu.
asalnya ada kaki, mama tanggalkan letak situ.
boleh dia main2 dengan huruf magnetik dia.
asalnya lekat kat dinding, guna double side tape je.
tapi jatuh sebab board tu berat jugak.
so, sandar jelah kat dinding tu.
pastu lekatkan kat tepi tu gambar dia masa kecik2 ngan mama papa.
syok dia duk tgk tu.
gambar kakak masa kecik katanya.
aku nak tanggalkan kayu tengah tu, tapi mcm payah.
papa kata nnt dia tgkkan.
tapi dah 2 bulan gitu jugak.
+_+




pandangan dari pintu bilik.
buka pintu, yg ni sebelah pintu tu.
sebelah meja kakak, almari baju adik and almari baju kakak.
so far, kakak memang suka and guna sepenuhnya meja dia ni.
kalau dia nak buat keja dia, nak main playdooh ke, atau mainan apa, dia masuk duduk kat sini.
taknak adik kacau, masuk main dlm bilik, tutup pintu.
takda nak gaduh2 dah.
aman sikit rumah. hahaha.
tapi tak lama, pastu dia pulak boring main sorang.
sunyi kut.
keluar bising2 kat luar jugak.
apa sajalah anak..

nnt nak belikan kerusi yg lebih selesa utk dia.
tak sempat nak g usha2 lagi.
now guna kerusi dari meja makan je dulu.
mujurlah meja ngan kerusi tu tak tinggi sgt utk dia.
guna meja ni boleh guna lama sikit kan?
kalau tak rosak, sampai masuk skolah nnt boleh guna lagi.
yg nak kena tekan lebih, is, lepas guna sila kemas balik mcm mama buat.
haa, yg tu payah sket la.
dia kemas cara dia la.
janji semua benda takda kat bawah, semua dia sepuk atas meja.
sabar jelah kakak.
takpa slow2, nnt kena ajar kemas elok2.
baru tak sakit mata tgk kan?

setel bab meja kerja kakak tanpa keluarkan duit.
yay!!

6 comments:

  1. bestnya ada meja sendiri :D senang nak buat keje

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. senang dia nak belajar dan harap2 tu rajinlah belajarnya.. hehe

      Delete
  2. mesti kakak syok n semangat bila ada meja sendiri..
    rasa diri diutamakan..
    mmg bagus utk sesi pembelajaran sbb selesa..
    lama2 amni pandai la tu mengemas, hee

    ReplyDelete
  3. alahai comei nya meja..
    macam tuan dia comeiii gitu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...