Monday, November 28, 2016

TB : Aniq 2nd birthday

entry throwback..
kisah birthday Aniq.
ada entry wish besday dia je hari tu.
lepas tu kelaut nak update pasal celebrate birthday dia..

birthday Aniq 23 September.
jatuh hari jumaat.
plan asal nak buat majlis sket la on next saturday.
tapi masa tu musim hujan, risau jugak la kang hujan org tak datang.
hahaha..
ada gak la cerita2 ngan mak pak aku, diorg ok ja.
pastu pikir2 balik lepas tu nak pegi KL ada kenduri sedara sebelah papa dia.
nak pakai duit lagi.
so, kita buat kecil2an jelah ye dik.
buat mkn2 sket among family members jelah.

hari sabtu papa cuti.
pagi2 aku dah pergi pasar tani beli barang.
cadangnya buat soto jelah.
wan dia (ayah mentua) kasik duit buat beli ayam.
kebetulan terjumpa dia kat pasar tani, dia kasik duit sket.
tumpang kenduri katanya.
Alhamdulillah... rezki Aniq.
balik tu laju2 masak.
aku sorang ja buat, while papa tgk anak2.
lagipun sket je nak buat and majlis malam tu.
so sempat lah..
jemputan pun sikit, so takda hal.
minta tok umi rebuskan nasi himpit je.
tapi knowing tok umi, datang siap bawak agar2 setalam.
pastu aku goreng bihun singapore pulak sebungkus.
tok umi siap buat kuah kacang utk mkn skali dgn nasi impit.

mlm sebelum tu, aku buat kek utk dia.
selalu tempah kat kawan aku, tapi time tu dia tgh pantang.
malas nak tempah kat org  lain, buat jelah sendiri.
alah, kek coklat je pun.



gigih mak kau ni dik buat kek utk awak.
memula ramai ingat aku tempah.
a'ah, aku tempah edible image tu je.
lain2 iolls buat sendiri tauuuuuuuuuuuuuuu..
hahahah..
alah, kek coklat je bukan susah pun.
pastu tuang je topping coklat atas tu, then hias.
senang mak enon.



kebetulan papa ada beli coklat smarties bekas besar sebab ada sale, so aku bedal letak tepi2 tu.
gigih susun satu2..
nmpk mcm beli la kan?
hahaha..
ikut tu nak letak mcm2 agi, tapi kang budak2 tu makan, manis oiii.
tu pun aku tak kasik coklat tu ke Aniq.
mkn kek jelah, sehiris je aku kasik dia.



the birthday boy.
seroooooooooooooooonok sgt dia mlm tu sebab org ramai.
aku jemput family terdekat saja.
family mentua, family aku, sedara belakang rumah, mak2 sedara aku.
kawan2 aku tak panggil pun.
ada sorang ja kawan terdekat aku jemput.
buat mlm ni limited sket org nak datang kan?
sedara sebelah husband aku jemput, tapi post kat group whatsapp je.
lupa nak call semula, so ramai yg terlepas pandang.
then, makanan lebih.
takpelah, next time kena alert la.
yg tua2 ni bukan nak belek whatsapp group all time kan?

lepas maghrib, tetamu sampai.
so, self service.
aku pun tak sempat nak ambik gambar pun.
ralit bersembang.
family potrait pun takda..
sedih betul.



keterujaan tgk kek ada muka sendiri.
plus ada Didi and friends pulak.
menjerit2 seronok. hahaha..
lawak btoi budak ni.
ada je aku buatkan banner happy birthday tu, tapi tak sempat nak gantung pun.
klau tak leh buat props ambik gambar lawa sket.
takpelah, tu pun dah seronok dah dia.
Insyallah, selagi mama mampu, tiap2 tahun mama sambut birthday anak2.



ni je family potrait, tu pun gegar.
sayang betul.
tunggu gambar tahun depan lah pulak.

tu siap ada train dari makteh.
train thomas and friends utk birthday boys.
menjerit dia marah sebab train tu bunyi kuat.
hahaha..



adalah sekeping gambar dgn anak bujang mama.
boleylah walau tak berapa sharp gambar ni.
muka mama nmpk tirus betul yeh..
hahaha..
nampak nau menipunya..

tetamu last mlm tu toknjang dia ngan makteh.
lama tak datang, borak sampai tgh mlm.
siap pakej balik dpt soto sebungkus besauuu..
makanan lebih la jugak, tapi takla bnyk sgt.
buat majlis kecil ni, taklah letih sgt nak mengemas.
hehe..
mlm tu tidor tak sedar diri jugaklah kami.
letih jugak walau buat sikit2..

btw, thanks kepada yg hadir, kepada yg bg hadiah.
mujurlah kakaknya tak jeles ke apa.
sebab dia dah celebrate kat sekolah dgn kawan2.
hadiah pun mama kasik jugak.
mlm tu tokcik datang bawak 2 hadiah, kasik sorang 1.
menggedik seronok dpt hadiah.

last but not least...

































out precious hero..


kemain kau posing dik.
hahahahahah.
sabau jelah.
budak kembong ni, dia punya aktif lain mcm sket.
takpelah, asal awak sihat, mama ok jewwww...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...