awal January lepas aku ada pegi Alor Star.
ada hal sket.
alang2 dah pegi, lajak ke Klinik Kulit Dr Venkat.
kat Kedah Perlis, ni lah satu2nya skin specialist yg ada.
yg bagusssssssssss.
hehe.
dah lama nak pegi tapi tak pernah kesampaian.
pegi hari tu, eh tak da org,
so. jom lah kita.
aku pegi sebab nak tanya dia for keloid treatment aku tu.
eh menjadi2 pulak sakitnya sejak 2 menjak ni.
stress gak kadang2.
sometimes rasa nak je aku toreh buang.
haaaa gittew.
dah tanya doc kulit dlu, tapi nak tanya kepada yg lebih pakar pulak kali ni.
so, hari tu aku tanya doc betul2.
doc pakar ni pun tak kasik aku buang sebab mmg ada percent utk naik balik.
waaaaaaaaaaaaaaaaaa....
stress.
eh, buleh baca kisah keloid aku kat tag keloid ni ha..
ada aku share dah dulu.
so, doc suruh aku cucuk ja.
mcm yg pernah aku buat dlu kat klinik kat Kangar tu ha.
mmg tu ja jalannya and jangan buang dia kata.
jangan sesekali...
baiklahhhhhhh!
aku bgtau doc, keloid aku ni sakit.
blh kata hari2 rasa sakit tu datang.
menyucuk2 rasa and tak selesa.
ada 4 ketoi semua.
1 yg kat belakang ni mmg sakit.
1 kat bahu kadang2 sakit.
1 kat dada jarang sakit.
1 kat belakang tak sakit pun and kecik ja berbanding yg lain.
kenapa mesti sakit?
doc kata bila sakit and rasa gatal2, tu tanda keloid tu sedang membesar.
ohemgee..
kang sementara nak tua, besar mana entah lah jadiknya.
uhuk uhuk ngeri.
makin besar tu takpa sebab tak nmpk pun..
tapi sakit tu yg menjadi masalahnya.
then doc suruh cucuk, no choice.
dah sampai klinik tu, tak kan nak balik camtu ja kan...
so, nak tak nak kita redho jelah..
tapi seriau lah sbb cucuk tu pun sakit gilos.
doc tu kata, sokay sbb dia akan campur ubat kebas skali dgn steroid yg nak di cucuk kat keloid tu utk kurangkan rasa sakit tu nnt.
ok, takda la takut sgt. hihihi..
masa kat bilik rawatan, nurse sapukan ubat kebas dulu.
lepas tu dia sembur ais kat tempat yg nak disuntik.
rasa dingin ja and sometimes ngilu jugak.
utk kurangkan sakit masa cucuk nnt.
and yes, masa doc cucuk tu tak sakit sgt.
adalah rasa masa masuk jarum tu, but ok lagi compare dgn 1st time buat dlu.
masih sakit tapi blh tahan.
sekejap ja prosesnya.
lepas tu doc bagi krim utk sapu.
tgk kepada saiz, dia kata dlm 2-3 kali cucuk ja lagi, pastu blh sapu krim saja lepas ni.
bule surut and kecut.
so tak sakit sgt.
ni ha ubatnya..
kat situ pun ada tulis utk keloid scars..
lepas cucuk tu, ok tak sakit.
blh pegi jalan2 lagi kat sana.
tapi lepas sejam, rasa tu mai dah.
ngap2 sakitnya tapi jarang2.
makin lama makin kerap sakit.
ubat kebas dah habis kut.
aku yg duk shopping, kejap2 terhenti jalan, menyeringai sakit.
mcm contraction ok..
ok, dah jom kita balik.
takda nak beli mkn apa dah, blk terus.
dlm kreta aku dah takleh sandar dah sebab rasa belakang mcm bengkak.
dah buka bra dah utk lebih selesa.
percaya tak dari Alor Star ke Kangar tu aku duk keriau ja sakit.
tapi tahan2 la taknak anak2 tau kang Amni tu keriau sama.
nak gerakkan belakang pun slow2 sbb sakit.
sampai rumah, masa nak tukar baju terkena kat tempat tu..
uiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii mendayu2 aku menangis.
serius sakit!
sembahyang pun lama gila sebab duk tahan sakit.
Allah... masa tu rasa menyesal gila pegi cucuk tadi sbb sakit woih.
terus tidor takda nak mkn apa dah.
anak2 apaknyalah yg uruskan.
aku dah takleh pikir dah.
dah mkn ubat tahan sakit, punnnnnnnnnnnn tak jln.
tidor pun sambil meniarap okeh.
mcm nak buka baju ja masa tu sbb tak selesa.
Amni tgk maknya ni duk menangis beriya, dia pun sama menangis.
sedih sbb mama sedih.
hehe... gud girl sgt tapi masa tak sesuai nak..
mak sakit, so awak jgn kaco. hahaha..
mlm tu tidor pun tak lena sungguh.
sampai esok tu rasa sakit tu ada tapi tak sekuat mlm tu.
ubat tu bertindak balas kan?
amazingly, lepas 2 hari tu, keloid aku tak sakit sgt dah!
hebat sgt ni.
hahahha.
jarang sgt nak sakit lepas tu.
almost 1 month skang ni.
aku sapu krim tu hari2.
and rasa mcm kecut sket keloid tu.
Alhamdulillah...
lupa pula nak tanya doc nama ubat yg dia suntik tu.
ada beza tak dgn yg aku ambil dulu kat klinik Kangar tu.
sebab tak sakit dah kan?
cumanya tak taulah berapa lama kesan tu.
next time kalau pegi lagi, nak check balik dgn doc.
total treatment hari tu dgn krim tu RM130.
ok la.. dulu kena RM100.
dulu krim lain, yg ni mmg utk keloid.
now tgh pikir, next month nak pegi ke tak cucuk tu lagi.
hahahaha.
sesekali mcm tak sanggup nak hadap.
tapi mcm kena jugak pegi.
arghhhhhhhhhhhhhhhhh...
yg nak cuba, yg stay area sini, blh pegi Klinik Dr Venkat tu.
tak pun try cari krim tu kat farmasi kalau ada.
so far ramai yg ada masalah kulit pegi klinik tu, ok.
ubatnya bagus.
but kena check juga, sbb ada ubat yg agak kuat kesannya..
ubat kulit kan.. biasalah..
so, check dulu sesuai ke tak dgn kulit kita..
assalamualaikum
ReplyDeletebyk maklumat sy dapat dr puan berkenaan dgn keloid ni. Rasa sayu baca sebab sy pun ada keloid yg sakit berdenyut2.
Keloid sy adalah disebabkan oleh luka demam cacar masa kecik. Dr luka tu naik daging sebesar duit 50sen. Masa kecik2 tak la denyut. Bila dah kawin beranak pinak dtg plak denyut2 sampai tahap tak tertahan. Saya g inject ada la dua kali kat demc (Hospital swasta di Shah Alam). Tak jalan gak still sakit dan tak sanggup nak continue sbb tak tahan sakit lepas kena inject.
Dr di DEMC suggest utk buang keloid. Ok setuju. Dia hanya bgtau 50-50 keloid tak tumbuh balik. Luka keloid tu panjang dari saiz keloid asal. Dan di pendekkan cerita keloid tumbuh balik sepanjang luka operation tu. Makin lama makin besar. Besar tu takpa la tapi sakit tu masyaAllah. Lagi2 bila selisih dgn kain baju and bila panas/ berpeluh. Sakit and gatal.
Base on experience sy, takyah la gi operate tu. Lepas operate and keloid tumbuh balik sy gi jumpa Dr. Dr kata diia dh kata kan sebelum ni 50/50. Dia pesan u jgn operate kat muka atau luka kat muka. Mmg naik keloid katanya. Faktor genetik. Adeh Dr ni. So dia kata inject je la solutionya.
La ni tgh cr alternatif lain.At least nak kurangkan sakit denyut2 tu. Menarik2 tulang sakitnya. Sy try cari cream yg puan suggest ni. Harap2 blh kurang la sakitnya.
wslm.
Deletetry la cari krim tu mana tau blh bantu. saya tau mcm mana sakit tu sbb saya pun sama. walau keloid saya tak sebesar awk, tapi sakit woooo..
lepas cucuk kali ni, memang keloid saya mengecut. dah leper. amazing sgt. hahaha. dan dah tak sakit. ada la tapi jarang2 sangat dtg sakit tu. so, hidup lebih selesa.. hihihi
maybe awak kena pegi treatment kat klinik kulit. lagi bagus rasanya. setakat yg saya jumpa, takda doc yg suggest utk buang sbb risiko naik balik. semua suruh cucuk je utk leperkan supaya tak sakit.
Sis tunjuk gambar sebelum dan selepas sy baru ada keloid sbb kene herpes zoster
ReplyDeletetak dapat la nak tunjuk kat sini. aurat. hehe
DeleteSalam sis. Sis ambil berapa byk suntikan n ambil masa berapa tahun tu sampai blh flatkan keloid???
ReplyDeletesekali ja saya pegi ambik suntikan tu. kuantiti ubat tu tak sure la mcm mana. lepas suntik tu, flat terus. tak payah ulang dah. refer to doc, depends kepada saiz juga
DeleteSalam Puan, saya nak tanya bagaimana keadaan keloid puan selepas 4 tahun ni? saya juga ada keloid sebesar 2cm di tangan dan sebesar 50 sen di kepala lutut akibat accident motor di jalan raya besar tahun lepas. bulan depan saya ada temujanji suntikan steroid dan saya berasa takut. boleh saya tau apakah nama jenis suntikan puan dan berapa kali suntikan puan utk mendapatkan balik kulit asal?
ReplyDeletenama ubat suntikan tu saya xsure. lepas suntik tu, sampai sekarang tak naik balik. keloid tu xla besar mana. suntik dlm 3 jarum klau tak silap. cuba pergi klinik kulit utk lebih details
DeleteThanks for sharing wonderful post about this blog.Keloid Treatment in Islamabad, Rawalpindi & Pakistan
ReplyDelete