Tajuk: “CARA MENJAGA HUBUNGAN KEKELUARGAAN“
Pertama:
Hubungan
kekeluargaan harus dipupuk pada peringkat akar umbinya dan ibu bapa
seharusnya sedar betapa institusi keluarga ini merupakan pokok pangkal
kehidupan kita. Tetapi apabila perkara-perkara negatif seperti ini
berlaku disebabkan pengaruh orang sekeliling, maka kita perlu
cepat-cepat elakkannya agar tidak menjadi perkara yang besar.
Kedua:
Ialah
pegangan agama harus diperkukuh dari awal lagi agar remaja yang akan
membesar ini dapat menangkis segala pengaruh negatif yang semakin
berleluasa. Ibu bapa perlu menjaga segala kewajiban mereka. Contohnya,
selalu bertanyakan adakah mereka sudah solat atau belum? apa aktiviti
yang dilakukan pada hari ini? dengan siapa mereka berkawan? dan
sebagainya. Perkara-perkara ini sememangnya perlu dititikberatkan samada
terhadap anak lelaki mahupun perempuan. Kalau tidak, mereka akan jadi
anak yang sosial.
Ketiga:
Ialah
ibu bapa harus meluangkan masa yang banyak bersama keluarga, mendengar
masalah anak-anak, dan melayan karenah anak-anak yang sebenarnya
menuntut perhatian mereka. Anak-anak memerlukan perhatian dan kasih
sayang daripada orang sekeliling, terutama sekali dari ahli keluarga
mereka.
Keempat:
Ibu
bapa harus juga bijak menangani masalah yang timbul agar tidak terlalu
memberikan tekanan kepada anak-anak yang bermasalah.Siapa yang inginkan
tekanan dalam hidup? Setiap manusia perlukan ketenangan. Penat sangat
nak fikir masalah yang kita hadapi.Jadi, ibu bapa perlu selalu tanya
''ada apa-apa masalah dekat sekolah hari ini?'', ''macam mana dengan
cikgu, ok tak?'', dan sebagainya. Hal ini perlu diambil tahu oleh ibu
bapa, agar mereka tahu di mana kelemahan dan kelebihan anak-anak mereka.
Kelima:
Ialah
ibu bapa harus prihatin dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang
berlaku kepada anak-anak walaupun sedikit kerana pencegahan peringkat
awal adalah lebih mudah.Perkara seperti ini biasanya akan ditanya kepada
anak perempuan. Sebab, anak perempuan perlu dijaga bagai menatang
minyak yang penuh. Dan selain itu, mahkota mereka perlu dijaga dengan
sebaiknya. Hal ini bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa rogol, culik,
dan lain-lain.
Semoga
kita semua beroleh manfaat daripada petikan ini dan marilah sama-sama
kita berusaha menjaga hubungan dengan sesiapa sahaja.
Diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada semua.Semoga amalan harian kita mendapat keredhaan dari Allah SWT.
No comments:
Post a Comment