NILAI CINTA KEPADA ALLAH
Abdullah Bin Mas’ud R.A. pernah berkata:
“Sesiapa
yang hendak mengetahui sejauh mana dia mencintai Allah, maka lihatlah
sekadar mana keadaan dirinya dengan al-Quran. Sesiapa yang cintakan
al-Quran, dia akan mencintai Allah. Hal ini kerana al-Quran adalah
Kalamullah.”
Kesimpulanya:
1. Sesiapa yang cintakan Allah, dia akan suka dan selalu membaca Kalamullah iaitu al-Quran yang mulia.
2.
Justeru, jadikanlah bacaan al-Quran sebagai rutin harian sebagaimana
rutin harian kita membaca WhatsApp, Telegram, Facebook dan sebagainya.
3.
Manfaatkanlah kemudahan aplikasi al-Quran di dalam smartphone dan
pelbagai gajet yang boleh dibaca di mana-mana sahaja, pada bila-bila
masa dengan meraikan adab dan hukum yang berkaitan dengan bacaan
al-Quran.
Ya Allah!!Rahmatilah kami dengan Al-Quran.Jadikanlah ia sebagai pimpinan,cahaya petunjuk dan rahmat.
Ya
Allah!!Ingatkanlah kami apa yang terlupa,ajarkanlah kami apa yang tidak
diketahui,kurniakanlah kami dapat membaca siang dan malam.Jadikanlah ia
perisai kami.Maha Tuahn semesta alam..
Semoga artikel ini dapat memberi manfaat buat semua.
***********************************************************
sentap sket baca artikel ni.
sebab now mengaji al-quran seminggu kadang 2 kali jee.
huhu..
ok, lepas ni kena jadikan amalan harian.
biasa, lepas solat maghrib tu aku baca surah al-waqiah dulu.
lepas tu sambung bacaan yg mmg aku duk baca tu dlm 2 muka surat.
last year dah dah khatam, now ulang balik dlm juz 6 kut.
tak ingat sgt.
thn ni mcm slow sket baca.
masih juz 6 sebab kalau ada hal aku baca al-waqiah saja.
thn lepas mmg pulun ngaji sbb nak khatam, nak habiskan jugak.
thn ni, slow sket.
bz apa entah.. huhu.. Astagfirullah..
moga tak terus lalai lepas ni.
Insyallah..
moga dapat jadikan amalan yg berterusan..
No comments:
Post a Comment