LAYANAN BAIK KEPADA ORANG BUKAN ISLAM
Islam
berasal daripada perkataan salam yang bermaksud sejahtera.Islam adalah
agama yang sejahtera,selamat,aman,dan damai kerana ia sentiasa
menganjurkan perdamaian dan kebajikan kepada seluruh manusia.
SEBAB/KEPENTINGAN AGAMA ISLAM MENYURUH LAYANAN YANG BAIK KEPADA ORANG BUKAN ISLAM.
* Supaya mereka dapat melihat kebaikan dan keindahan ajaran Islam.
* Supaya mereka tertarik dengan ajaran Islam.
* Menjadi satu alat untuk menyebarkan Islam kepada mereka.
* Supaya orang Islam datang menunjukkan contoh tauladan yang baik dari akhlak Islamiah
kepada mereka.
CARA BERDAKWAH KEPADA ORANG BUKAN ISLAM
* Mengadakan hubungan yang baik dengan mereka dalam pergaulan seharian.
* Menunjukkan contoh tauladan dan keperibadian yang baik kepada mereka.
* Mengadakan perbincangan dengan baik mengenai Islam dengan mereka.
* Melalui media elektronik dan media cetak seperti TV,radio,internet,dan surat khabar.
* Mewujudkan suasana hidup yang harmoni bersama mereka.
SEBAB KITA DILARANG BERTINDAK KASAR TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM
* Mereka akan membenci dan memusuhi umat Islam.
* Mereka tidak akan berminat dengan ajaran Islam.
* Mereka tidak dapat melihat keindahan dan kebaikan ajaran Islam.
* Matlamat dakwah tidak akan tercapai.
CONTOH PERBUATAN TIDAK BERADAP KEPADA ORANG BUKAN ISLAM
* Memberi layanan yang buruk dan tidak bertolak ansur.
* Mengamalkan akhlak yang buruk dalam pergaulan bersama mereka.
* Menghina agama dan kebudayaan mereka.
* Bersifat pendendam.
ANTARA ADAP DAN TINGKAHLAKU YANG PERLU DIPRAKTIKKAN DENGAN ORANG BUKAN ISLAM
* Melayan mereka dengan baik dan bertolak ansur selagi tidak bertentangan dengan syarak.
* Mengamalkan akhlak yang baik dalam pergaulan bersama mereka.
* Tidak menghina agama dan kepercayaan mereka.
* Memaafkan kesalahan mereka.
KESIMPULAN:
Islam
mewajibkan kita memberi perlindungan kepada bukan Islam bagi
menyampaikan ajaranIslam kepada mereka.Kita wajib mengekalkan keamanan
yang diperolehi sekarang.Umat Islam wajib menunjukkan tauladan yang baik
kepada bukan Islam.Memberi kemaafan adalah satu sikap yang digalakkan
dalam Islam.
Semoga artikel ini dapat memberi manfaat buat semua.
***********************************************************************
betul sangat artikel ni.
rasanya kalau kita berbuat baik kepada semua org tak kira siapa, Insyallah baiklah yg kita dapat.
bangsa atau agama lain bukan batasan utk kita buat baik kan?
kita buat baik tu pun salah satu ajaran Islam sendiri. mana tau dgn menunjukkan nilai2 yg baik blh buat org dari agama lain akan tertarik dgn Islam. tak ke pahala semua tu..
No comments:
Post a Comment