Thursday, July 19, 2018

Kenapa nak mengubah fitrah Allah

Assalamualaikum..

hari ni nak sembang2 kosong. light entry saja.
membawang sket2.. hehe
bukan nak mengumpat mengata yeh, sekadar meluahkan pendapat mengenai isu semasa yg hot sekarang ni.

rasanya ramai yg tau kes seorang pencetus ummah yg tegur someone ni, yg agak menyimpang arah tu.
tak sebut nama pun aku rasa semua tau kan? heheh
aku follow dua2 tu.
pencetus ummah aku follow, yg lelaki nak beralih arah tu pun aku follow.
soon, maybe nak unfollow.
follow dia bukan beerti aku menyokong yeh. follow sebab nak tgk apa kebenda la yg dia buat tu.
nak tengok jauh mana dia pergi.
pencetus ummah tu, follow sebab dia pencetus ummah la kan. ustaz2 lain pun aku follow jugak.
mostly aku follow ig, fb pun ada.

yg aku tak faham, kenapa ada yg masih menyokong dan menghentam pu tu?
korang ni bukan Islam ke??

bab dia meniaga tu, banyak duit tu tak nak sentuh la.
betul la dia kaya atas usaha dia sendiri, tapi cara dia tu..
dah sah2 dia jantan and now menyerupai perempuan. haram wei!!
Tuhan laknat dan benda tu salah di sisi agama.
dah kenapa tuhan jadikan kau lelaki, nak jadi perempuan pulak?
jadi lelaki takleh cantik ke?
lelaki ke perempuan ke, ada kelebihan dan kekurangan yg Allah dah ciptakan.
kenapa nak kena ubah?
dosa tau dosaaaaaaaa..
Allahuakbar
tak bererti dia kaya, dia selalu bersedekah, dia buat baik, kita kena tutup kemungkaran yg dia buat.
yg menyokong tu aku tak faham kenapa..
nak2 mak bapak dia.. adakah sebab anak kaya, so kena pejam mata.
dulu dah berubah, insaf, pegi umrah, masuk tv bagai cerita penghijrahan menyesal apa semua tu.
now jadi balik malah menjadi2.
langsung tak malu menayangkan sisi perempuan, pakaian, gaya dsbnya.
supporter pun ramai entah dari mana datang.
seksi pulak tu. hari tu kemain pose tayang dada, tayang peha bagai.
dah separuh bogel dah.
pastu bila kena hentam dengan netizen, balas ayat2 islamik..
aduhh dah kenapa.
yg nasihat secara baik, yg dm, yg maki hamun semua ada.
aku sendiri pernah komen kat ig dia, tapi takda la maki hamun bagai.
ayat lembut2 je aku bagai mana tau dia baca dan terkesan pada dia utk kembali kepada fitrah asal.
aku baca komen2 netizen aduhhh pedih.
ada yg komen baik2, sejuk hati  baca. ada yg maki hamun, geram pun ada tapi apa diorg kata tu semua betul.
dia sendiri membuka aibnya, bile kena kecam, minta org doakan dia diberi hidayah bla bla bla..
entah
emosi jugak bab ni kan?
rakyat Malaysia ni prihatin belaka kan?
org komen, org cakap sebab kita prihatin. dan sebab dia juga melanggar fitrah dan buat benda yg agama larang.
tapi kebal benar takda nak berubah apa.
one day, bila org dah meluat utk bercakap, memang org akan berhenti kecam, komen dsbnya.
waktu tu, org dah boikot.
bak kata pu tu, boikot, tu je cara nak ajar.
pastu ada pulak yg komen kata kenapa nak tutup periuk nasik dia..
bukannn.. bukan nak tutup periuk nasi dia.
dia meniaga tak salah. tak kisah produk apa dia jual, nak bagi putih ke hitam ke asal tak salah jual lah apa pun.
cuma cara dia tu tak kena.
kes ni jadi panas bila baru2 ni dia buat open house jemput anak2 tahfiz, sedekah bagi makan semua tu. mlm tu katanya buat show pondan.
haaa meletop la.
kalau baca komen2, ui serammmm.
aku tak berani nak komen lebih2 kat sini kang kena sue haaa mampos.

cumanya, berpesan2 sesama umat.
kita ni Islam. ada tuhan yg disembah, ada agama dan pegangan yg kita pegang.
ada sebab agama kita suruh buat begitu begini.
jangan diikut rasa seronok dunia, akhirat kita lupa.
tuhan dah tetapkan kita jadi lelaki or perempuan.
kenapa mesti nak mengubah fitrah tu?
lelaki ada cantik dan istimewanya. dah elok2 lelaki, nak jadi perempuan sampai try hard camtu sekali.
sedih bila tgk. sedih bila ingatkan dulu masa dia hijrah.
aku ni tengok kat tv masa tu sampai menitik air mata sebak.
now bila jadi macam ni, menyimpang jauh mcm ni, Allahu sedih sungguh rasa.
bila tengok cara riak dia tu, mcm tak ingat nak mati ke?
semua org yg komen tu nakkan dia kembali ke fitrah asal.
takda salahnya jadi lelaki tapi nak berhias, tapi tak perlulah sampai jadi perempuan mcm tu.
tak elok pun.

rasanya ramai dah yg mendoakan dia, moga diberi hidayah utk kembali berubah.
tapi pokok pangkalnya diri sendiri.
kalau dia keraskan hati utk tidak mahu berubah, takda guna sejuta org mendoakan pun.
jangan lah sampai jadi penunggang agama.
moga ada keinsafan di hati beliau.
sama2 kita doakan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...