Ahad lepas, 23hb 9, Aniq dah turn 4.
yay!
big boy mama..
bangun pagi, mama kacau dia, nyanyi lagu sebeday.
krenyehhhhhhhhhhhh ja suka.
hehe
dia dah paham besday tu apa.
sebab bulan lepas kan besday kakak, so hari2 dia tanya bila besday dia. haha
tengok pulak kakak dapat hadiah kan, mula la buat ayat sedih..
"Aniq sedih la mama.. awat Aniq tak dapat hadiah pun?"
kau ghaseee? hahaha
sabaqqq, tunggu besday na..
mama dah bagi dah hadiah kat dia.
maknjang n tok umi pun dah bagi hadiah dah.
suka kemain.
hari2 duk main tu ja. benda baru kan..
budak ni, mulut dia, ya Allah, muraiiiiiiii sangat
aku pun xtau la dari mana anak2 aku ni petah sgt. bercakap mcm org dewasa.
pastu cakap tak brenti. kadang kena suruh diam sebab mama nak ketenangan. hahaha
eh, syukurrrr anak mulut ringan dari diam kan?
kalau takda, oi sunyi.
dapat kek, muka ada sinyiummm..
bangun tido petang tu, dia tanya kat mama " kata hari ni besday Aniq, mana kek Aniq?"
haaa sudahhh.
mujoq la mama pantas bertindak.
masa dia tidoq tu, mama dah bersilat buat kek coklat feveret ahli rumah.
sejak dapat resipi kek minyak sedap dan mudah tu, eh ehh senang keja mak. hehe
pastu mama suruh dia pejam mata, and tadaaaaa..
nak kek seketoi.
terus dia " wow, mama magic aaa, hebat aaa mama ni!"
gitu anak aku..
pastu suruh pose dulu sebelum makan, kemain seronok dia.
dah makan kek " sedap la kek mama ni, paling sedap di dunia"..
sweet talker sangat kau nak. hahaha
dia kan sejenis murai. pastu ayat2 dia pun blh tahan
kadang2 mak pak ni wondering jugak la, mana la ko dapat ayat2 cenggini.
tapi biasalah budak2 ni diorg cepat mengikut kan..
tgk tv, tgk kartun, haa dapat la ayat2 kartun tu.
pastu dia pulak duduk dgn pengasuh yg ramah tamah..
memang menjadi la. pengasuh pun kemain sayang, takleh kalau Aniq tak pegi, sunyi.
mmg sunyi kalau dgn budak ni.
masa nak buat kenduri besday kakak dia tu, adik aku ambik Aniq bawak tidor sana.
mlm tu rasa mcm takda kehidupan bila dia takda.
sumpah sunyi. rasa lain mcm takda org nak kacau mama nak itu ini, nak berguling bagai.
hehe
dia ni blh kata bayang2 mama pun ye jugak.
sebab dia takleh kalau mama bergerak sket.
mengikut ja.
sabtu ahad kakak mengaji. so, tinggal kami 2 beranak.
memang kena bawak lah dia kan kalau nak pegi mana2.
pastu kalau ada apa2, kadang aku bawak dia, papa bawak kakak.
jadiknya dia mmg lagi close dgn aku.
melekat ja.
pastu dengki blh tahan. papa or kakak takleh nak menempek ngan mama.
nnt blh tgk la dia punya keriau menejerit tu.
kakak tu takleh langsung nak meh tempek2 ke mama. kang dia meh stunt skali.
dengki nau...
gedik blh tahan.
tengok la pose angkat kaki sebelah.
kemain.
kalau nak ambik gambar, ha pandai pose. baguihhh
takyah ajaq.
dengan kakak sometime takleh jauh. kalau adik aku dtg nak ambik kakak, kena masa dia takda.
kang meraung2 keriau tak bagi kakak ikut. kalau dia tak nampak, ha takpe.
tapi kalau kakak ada, asyik carik pasal.
dia suka usik kakak. kadang tu saja, dia tau kakak tak suka, lagi dia nak kacau.
kita marah dia, kang dia jawab " eleh, Aniq tgk je, tu pun tak yeh keeee...."
menjawabbb..
tapi waktu baik, main elok. waktu bergumpal, mama jadik hijau..
bukti dengki.
ni sket je, lepas tu dia duduk kelupoq atas lantai tu.
dengki mama peluk2 ngan papa nak ambik gambaq. hahahah
adoi budak ni..
kakak p peluk papa, dia tak heran. lantok
tapi jgn sapa2 peluk mama, noooo!
kadang bgtau dia kena share. bukan mama Aniq sorang.
ada aku kesah kekdahnya.. hahaha
tapi aku takda la layan sgt kehendak dia.
kang betul2 dia tak bagi mama kawan dgn kakak n papa, ha mampus.
pastu kalau nak usik dia tu, kadang2 je. aku pun rimas duk menangis menjerit tu.
bising.
so far, Aniq budak yg mudah dijaga.
Alhamdulillah sihat tubuh badan sampai hari ni.
cerdik pada pandangan aku. mulut petah, pandai bawak diri, dengar cakap and arahan.
mama dah ajar sket2 keja yg sesuai dgn umor dia.
blk dari rumah pengasuh, buka beg baju, then masukkan baju kotor dlm bakul.
and hari2 dia buat.
towel, lepas mandi pegi sangkut.
bakul bedak, lepas siap2 simpan kat tempat dia.
botol susu lepas minum, letak kat dapor.
yg ni smua mama tak yah ulang2 pesan. so far dia ingat.
mainan pun dah ajar kemas. tak kemas kalu, mama himbau keluar. hahaha
utk Aniq, anak teruna mama nan seorang dan si bongsu buat masa ni, mama doa semuaaaaaaaaaaaaaaaaa yg baik2 utk awak.
mama sayang awak sepenuh hati.
moga awak terus membesar jadi anak yg baik, berguna pada keluarga dan agama nnt.
soon kita makan2 sempena besday eh...
No comments:
Post a Comment