Thursday, October 11, 2018

Kita tak boleh paksa org suka kita

Assalamualaikum..

cepat betul masa berlalu. dah masuk oktober
pastu dah nak masuk 2019...

sembang kosong..
aku agak emosi sket ni. entah la kenapa
pms barangkali. hehehe

a few things happen lately.
takda la besar sgt effectnya tapi agak mengganggu emosi.
last month, mak mentua warded.
11 days kauu..
hari2 ulang alik pegi spital.
letih badan letih otak semua bercampur2.
she's now 73y, ada diabetes.
then uzur sket la..
tau lah mcm jaga org sakit, uzur pulak.
sabarrrrrrrrrrrrrr tu kena bnyk. nak pulak, menantu ni kan.. hehe
so far, ok lagi la. under control.
jgn merungut, komplen begitu begini sebab esok2 kita tua tak tau mcm mana lagi kan?
ikhlaskan hati, doa moga Tuhan permudahkan semua urusan, stay positive Insyallah Dia permudahkan utk kita.
hari2 ulang alik hospital, mcm2 cerita yg aku jumpa.
tgk org sakit, tgk kerenah org, tgk doktor n nurse kerja, tgk ahli keluarga yg datang melawat, yg jaga org sakit.
dtg hari ni, ada, datang esok, eh dah meninggal pun ada.
sedih.
macam2.. pengalaman baru jugak utk aku.
oh, pengalaman kena clamp tayar. bhahaha
1st time okeh. kemain sakan aku mengamok.
yelah salah, tapi keja biar betul.
salah aku ada, salah diorg pun ada.
geram okeh. hahaha
takpa, learn from mistake.
dah la park dekat rumah mayat. oiii baik2 la..
mujur jugak sepanjang ulang alik spital tu, takda la pengalaman ngeri yg aku jumpa. syukurrr. hehehe
kesimpulan pasal cerita hospital ni, sayangilah diri kita.
jaga kesihatan sebaiknya, hargai hidup ini..

okes, habis bab tu.
yg tu takda mengganggu emosi sgt.
blh handle.

yg agak mengganggu emosi is bab lain.
susah jugak nak cerita kang ada yg terasa. tapi entahlah..
aku cuba kentalkan hati, tabahkan hati.
sebab kita tak boleh paksa org suka kita.
kita tak boleh paksa org utk faham kita.
org juga blh tak suka kita tanpa sebab.
kan?
kita pun kadang2 mcm tu...
aku ni kasar, mulut bising, ada yg kata mulut laser.
tapi.. bertempat.
waktu gurau, ha yee..
kau kutuk aku, aku kutuk kau. gelak2 je masing2 bahan membahan sesama sendiri.
ada kawan yg blh dibahankan, ada yg tak.
aku pun tau batasnya.
then, aku pun ada pelbagai jenis kawan.
ada yg blh gurau kasar, ada yg tak.
utk yg boleh tu, tak kisah. sebab kita dah tau mcm mana.
dan, aku tak pernah simpan dlm hati pun kalau kawan2 duk membahan.
asal tak melampau batas, so far aku ok.
masing2 tau batas bergurau.
kawan2 seopis, dah kenal lama, dah tau perangai masing2.

aku ni walau mulut laju, tapi takda la tahap celupar (but taktau lah kut ada yg anggap mcm tu) tak pernah la nak main hentam je cakap kalau tak puas hati apa2.
unless waktu gurau. tapi kalau bab nak perli sbb tak puas hati ke apa, tak reti.
sebab pikir hati org tu.
tgk kepada situasi.. walau hati ni tak suka, tapi kena pikir, hati org kena jaga jugak.
kadang org yg jenis lemah gemalai ni, yg jenis lemah lembut kekdahnya, sekali dia kluar dari mulut dia, zappppp lagi pedih ok.
kadang org tanya sbb maybe dia tak tahu, so jawab lah elok2.
tak perlu bagi ayat pedih sgt. nmpk mcm biasa, tapi kadang tak.
kadang kita tanya nak berbasa basi, nak create conversation tapi dibalas dgn ayat pedihhhh.
adoihhh.
kita nak tanya khabar, org tak layan
pastu layan org lain blh. hihi..
tak tanya khabar kata lupa kawan2..
dah tanya, tak layan.
dah kenapa..
kadang wondering jugak la. ada some people, dulu tak mcm tu, now lain..
kenapa..
aku ada buat salah apa2 ke..

kadang2.. kita ni tgk ada kawan2 update status apa kat socmed, kita pun komen. tapi tak dibalas.
tu takpe lagi. komen org lain dia balas, komen kita krik2..
aduduuuu
but fikir positif jelah. maybe komen aku tu xpenting pada dia.
pasni kita like jelah tanda support.. tak pun, buat tak tau jelahhhh hehehe
yg tak pernah komen kat apa2 status or gambar yg aku update tu, kadang mcm terasa sebab kat org lain kemain laju komen.
but, sokay. anggap jelah dia tak minat dgn status kita.
abaikan..
social media kan...

then, kita tak leh paksa org utk suka apa kita buat, utk suka kita.
kita pun kadang2 ada je tak suka org tanpa sebab.
maybe sebab dia hebat sgt, kita tak suka.
ada kan?
eh aku tak mcm tu eh...
kau hebat, Alhamdulillah, tu rezki dia..
tak kuasa nak dengki ke apa.
aku pun ada kehidupan aku sendiri, buat apa nak dengki dgn org dan kita xmampu pun nak jadi seperti dia.
see and just let it be. gittew.
tapi ada je org yg tak macam tu.
org lain lebih or hebat dr dia, ehh kemain dengki.
kau dah kenapa.
klau tak puas hati usaha lah kan?

aku ni kadang aku buat hal aku je.
aku update status kat socmed ikut apa yg aku suka.
update pasal anak2, pasal makanan. pun ada yg tak suka. dah kenapa?
nak update bab kutuk2 org, tak sampai hati. kang pikir ada yg terasa.
taip dan cakap adalah berbeza.
kadang kita taip tu, fahaman org lain.
kalau bercakap, walau ayatnya pedas, tapi kalau gaya cakapnya lemah lembut, mungkin org blh terima.
tapi kalau kau taip, org baca, mcm2 gaya akan keluar..
pemahaman org ni lain2. kita takleh jangka.
hujung2 ada yg terasa walau tak tuju ke dia pun.
socmed kan?
nak terasa tak tentu hala, sila tutup socmed anda. hahaha
tak paham aku..
aku pernah gak ada dlm situasi mcm tu.
terasa dgn status kawan2..
tapi pikir logik dah kenapa nak terasa kalau tak buat apa2..
pastu meyentan tak tentu pasal. why laaa..
abaikan je kalau takda kena mengena dgn kita.
kwn yg update tu pun dah  bertahun tak jumpa, jumpa pun kat fb je tetiba nak terasa kenapa.
dari hal kecik, jadi besar
dia kata kat org lain, kau yg menyentap. bodo la..
hujung2 tak nak kawan dah ngan kita. adoi

now aku cuba nak abaikan je semua perkara negatif mcm tu
nak2 dlm social media ni.
fokus kat diri and hati sendiri jelah
pikir hati perasaan org, oi letih
kau tak suka, lantak situ
aku tak bergantung apa pun dgn kau, takda kena mengena pun dgn hidup aku.
bukan harap duit kau pun nak bagi aku makan.
kawan ni ramai and mcm2 jenis
jumpa kadang2 pun ok asal semua nya baik2 saja.
jumpa selalu tapi hampeh, baik tak payah
dah jumpa, ehh serba tak kena. entah apa aku pun tak paham
aku ni takda nak dengki ngan sesapa pun.
kau punya life kau punya pasal.
mmg la kadang terdetik dlm hati some feeling, tapi takat tu jelah.
tak terluah pun. lantak dia lah kan apa pun dia buat.
tak suka org tanpa sebab, tapi diam2 sudah lah.
tak perlu pengaruh org lain utk sama tak suka.
tak baik tau perangai mcm tu

korang jgn eh mcm tu..
kita kawan baik2..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...