TAJUK: "UTAMAKAN AKHIRATMU,BAHAGIA DUNIAMU"
Sesungguhnya,kebahagiaan
atau kesengsaraan hidup bukan berpunca dari kekayaan atau kemiskinan,
berharta atau papa, berjawatan tinggi atau pekerja biasa, tetapi sangat
bergantung kepada sejauh mana kecenderungan hati samada bermatlamatkan
dunia ataupun akhirat.
Rasulullah
SAW bersabda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi
daripada Uthman Bin Affan R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud:
“Sesiapa
yang keinginan hatinya kuat kepada akhirat, Allah akan memudahkan
urusan hidupnya, menjadikan kekayaan (merasa cukup) di dalam hatinya dan
dunia akan tetap datang tunduk menyerah kepadanya.Sebaliknya sesiapa
yang hanya dunia menjadi kerisauannya,Allah akan menghuru-harakan urusan
hidupnya,menjadikan kefakiran (merasa tidak pernah cukup) di hadapan
matanya,sedangkan dia tidak juga mendapat habuan dunia selain apa yang
telah ditentukan untuknya”.
Hadis
ini menjelaskan kepada kita tentang apakah punca semua permasalahan
hidup kita di dunia.Rasulullah SAW menegaskan,akibat terlalu fikirkan
dunia dan merasa bimbang dengannya,nescaya ketenangan dan kebahagiaan
hidup akan lenyap dan pergi jauh dari kita.
Menurut
apa yang dinyatakan di dalam hadis tadi,kita dapat melihat beberapa
kesan buruk dalam kehidupan orang yang hanya mementingkan kehidupan
dunianya dan mengabaikan persiapan untuk kehidupan di akhirat.
KESIMPULAN:
1.Umat Islam hendaklah yakin bahawa kehidupan akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi.
2.Umat Islam hendaklah bersiap sedia mengumpulkan bekalan secukupnya ketika di dunia ini untuk menghadapi hari akhirat.
3.Umat Islam wajib mensyukuri segala apa yang dimiliki di dunia ini agar ditambahkan lagi oleh Allah SWT.
Semoga
artikel ini dapat memberi manfaat buat semua dan beroleh
kejayaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment