Friday, April 26, 2019

Istiqamah itu tidak mudah..

Assalamualaikum..

sembang kosong.
tak berani sebenarnya nak menulis benda2 mcm ni.
silap kata, lain fahamannya.
but, aku just share pendapat aku.
umum, tak merujuk kepada mana2 pihak.

lately ni ada 2-3 kisah yg hangat diperkatakan.
isu buka tudung selepas beberapa tahun berhijab.
rasanya ramai yg tahu.
terbaru sehari dua ni pun ada.
benda mcm ni cepat tersebar. tau jelah kuasa media sosial.
kena pulak yg buat tu selebriti. sekali klik, seantero dunia tahu.
benarnya yg bukan artis pun ada je yg mcm ni.
on off bertudung, but dah org tak kenal dia, so senyap jelah kan
but, being a celebrity, ko akan jadi perhatian dan kecaman ramai..

when someone decided tu berhijab, it was good.
ramai yg akan say tahniah, and so on.
dari seorang yg free hair, then bertudung, its not easy.
kena pulak, sekeliling ko tu takda yg bertudung.
org lain siap2 nak keluar kejap je. ko duk belit tudung tak habis2 sebab belum biasa kan?
klau kawan2 support, ok lah.
klau ada yg kata lambat sebab tunggu belit tudung, tak ke sentap jadiknya..

bila kita berniat utk berubah dari kelaziman, faktor sekeliling sgt mainkan peranan penting.
nak berubah, tak susah.
sekelip mata blh berubah.
nak istiqamah selepas berubah tu yg ramai susah nak kekalkan.
kalau istirehat, itu perkara mudah ye dok? hehe




ok, taknak cerita pasal org.
meh aku cerita pasal aku jelah senang.
rasanya aku pernah share sebelum ni, tapi entry 2 thn lepas kut.
malas nak carik dah.
aku cerita hal sekarang jelah.

masa berpantang Aniq, aku ada tanamkan hasrat nak berstokin.
dlm pantang kan pakai stokin, so hasrat tu nak teruskan pakai.
tak niat apa2 ye, hasrat saja. sebab takut tak tercapai.
then aku cuba. so far mcm ok.
habis cuti bersalin, masuk keja. berstokin.
ada aje yg pandang lain. ada je yg panggil ustazah terus. huhu..
tapi tak la perli ke apa, mcm gurau2. so aku tak ambik hati pun.
then, bila dah ko berstokin, cubalah labuhkan tudung.
shawl ke , bawal ke, tudung instant ke, aku labuhkan.
bnyk tudung instant masa tu saiz M. masa aku pregnant pun aku dah tak pakai.
sebab masa tu badan naik, gemok.
bila tgk cermin, badan gemok, nmpk perut, nampak tetek, badan terbonjol2 dan bertudung singkat.
Allahu, buruknya. so labuhkan sikit.
mula2 sebab rasa buruk je tapi lama2 aku mcm tersedar.
ko gemok ke kurus ke, mmg kena labuhkan tudung.
so, slow2 tukar. tudung yg pendek2 kita simpan.
lepas dah beranak pun, rasa tak selesa if tudung pendek (sebab masih gemok). 
mungkin Tuhan jentik hati aku mcm tu kut.
tapi takdelah aku pakai yg XL terus. untill now pun masih saiz L.
masih ada lagi hasutan tu hihi..

perempuan ni, memang dlm hati dia nak nmpk cantik, nak nmpk bergaya dlm berfesyen.
tak dinafikan.
ko ingat senang nak pakai bertudung labuh, baju gobos while org lain kemain bergaya sakan kebaya ramping nau?
badan pulak ramping dah kenapa nak pakai baju gobos kan? huhu
tudung pulak mcm2 fesyen sekarang ni. harga pun mampu milik.
aku ni terbabas tu ada jugak.
BUT..
kena selalu beringat apa sebenarnya yg Allah nak.

now, Alhamdulillah dah tahun ke 5 aku berstokin.
handsock pun dah masuk thn ke 3.
stokin tu lekat. bila keluar, mmg pakai.
kalau tak pakai rasa togel, rasa tak lengkap rasa berdosa.
handsock tu kadang2 tak juga bila mmg dah pakai tshirt long sleeve.
kalau pakai baju kurung or blouse, mmg pakai sebab mudah terangkat kan?
tudung, now pakai bawal je and kadang2 pakai tudung instant.
shawl dah lama tak pakai sebab malas nak belit2.
tudung bawal pun now aku tak silang ke atas dah. mmg labuh ke bawah je.
tudung instant pun size L la. takda la labuh mana, tapi menutup dada bukan atas dada.
tak mudah.
sekeling kita semuanya kemain bergaya.
tapi aku cuba kurangkan pandangan aku dan tetapkan had aku.
aku masih lagi tgk fesyen2 terkini. tapi takda niat nak beli.
sekadar tengok. thats mean aku kurangkan pandangan.
then tgk harga. baju tu mmg lawa, tapi harganya luar kemampuan aku.
thats y aku tetapkan had. rasa tak perlu kut nak spend ratusan ringgit kat sehelai baju yg belum tentu ko selesa pakai dan tak patuh syarie. sekadar nak bergaya, nak up to date beli baju berjenama.
tak perlu.
beli jelah yg biasa2, yg murah tapi selesa pakai dan labuh menutup aurat elok.



paling penting dlm hal ni is kekuatan iman kau tu.
now, aku selalu doa pada Tuhan minta ditetapkan iman aku.
tak dibolak balikkan iman dan pendirian aku ni.
namun, kita hanya manusia. kadang2 ada juga gagalnya.
aku mengaku, kadang2 ada jugak aku pakai baju pendek like tshirt lah.
tapi tgk kepada keadaan. slow2 ubah.
kadang nak pegi hantar anak mengaji pastu nak ke pasar.
pakai seluar jeans and tshirt long sleeve biasa.
sebolehnya aku cuba menjaga aurat ni.
ikut apa yg Tuhan suruh. jgn mudah sgt terpedaya dgn hasutan.
blh nak bergaya, ada caranya.
aku pun belumlah berjubah all the time. ko nak patuh syarie tak semestinya berjubah sentiasa.
yg penting kita faham tuntutan tutup aurat tu mcm mana.
aku masih berbaju kurung moden, pakai seluar jeans.
tapi jgn lah ketat mengikut badan. jgnlah bertudung singkat walau pakai bawal.
choice is on you.

aku hantar anak aku ke Pasti, ke sekolah agama.
tapi takkan anak ke sekolah agama, maknya masih ntah apa2.
aku jadi malu dgn diri sendiri.
tu antara faktor aku mula berstokin.
lepas beranakkan Aniq, Amni mula masuk Pasti.
malu dgn ustazah di Pasti Amni, makanya aku mula berubah sikit2.
aku mengharapkan yg terbaik bila hantar anak ke sekolah agama, makanya aku pun kena berubah seiring dgn perkembangan mereka.
ada juga yg aku tgk, hantar anak ke Pasti tapi maknya masih berbaju pendek, berseluar legging.
takpelah, moga ada hidayah utknya.

aku kagum sgt dgn beberapa org artis wanita yg berubah terus.
cth Abby Abadi, Mizz Nina, Norkhiriah and ramai lagilah.
dulu, diorg seksi, now tgklah dimana mereka.
Allahu. kagum aku dgn cara and semangat diorg.
kita yg dari kecik bertudung, sampai sekarang masih begitu takda perubahan.
sorang lagi yg aku suka is FynnJamal.
kagum sgt. mmg lama aku follow dia. aku suka tgk IG Stories dia sebab dia share mcm2 persoalan yg ada dlm benak fikiran kita.
slowly aku ikut apa dia kata. walau tak 100% sebab hati masih belum kukuh namun aku cuba.
baiki solat, baiki aurat, baiki amalan.
minta pada Allah utk bantu, utk bagi jalan.
mohon dipermudahkan. itu yg penting.
bila kita tetapkan niat, Insyallah Allah akan bantu.
bila rasa buntu, buka Al-Quran, mengaji. solat sunat, solat tahajud.
minta dan minta dgn Allah..
bukan dgn manusia. bukan bercerita kepada kawan2 yg belum tentu faham.
tak mudah, tapi kena cuba dan kena terus kuat.
aku tak kata aku bagus.
tak.
aku jauh dari sempurna.
azam nak bgn awal, bertahajud.
seminggu tu kadang sekali je. huhu.
kadang dpt la 3-4 kali.
sayang nak tinggal bantal hehe.
tapi takpe, cuba dan cuba. lawan.
takpelah kadang2 pun asalkan ko ada niat nak buat dan teruskan buat.
syaiton tu keja dia menghasut je. bila kita ikut dia menang lah.
so, kena lawan dia. kuatkan hati.
aku ni kadang dah terjaga. dah niat seblm tidor, pagi ni na bgn awal nak tahajud.
dah jaga dah pkul 5, tapi malas la hai nak bangun. melekat je rasa kat tilam tu.
pastu kadang mcm tersedar. klau bgn solat ni, syaiton semua kalah. ahahaha
bila dah mula buat, dah dapat rentak tu, dah rasa kemanisan tu, ko tak rasa malas dah nak buat.
pahala ni mmg kita tak nampak tapi kita blh rasa.

bukan hanya pada jaga aurat, bnyk lagi amalan lain yg kita kena jaga.
nak jadi umat yg baik, muslimah yg baik tak mudah.
tapi akan jadi mudah kalau kita pkir ianya mudah.
jgn jadikan semua tu beban.
yg penting jgn berhenti mencuba, jgn henti meminta pada Dia.
niat yg dah kita sematkan dlm hati tu jgn pernah kita lupa.
cuba tukar suasana sekeliling kita.
nak berubah tapi masih di tempat yg sama, tak menjamin apa2.
bila org sekeliling kita sama niat dgn kita, kerja kita akan jadi mudah.
saling menyokong dan mendokong niat ke arah kebaikkan.
sama2 ingat mengingati.
Alhamdulillah, aku ada kawan2 yg sama2 mau berubah jadi lebih baik.
faktor memilih kawan ni pun benda yg besar.
kalau kita bukan jenis yg mudah terpengaruh, takpelah.
silap pilih kawan, punahlah kita.
kawann yg baik adalah kawan yg sama2 mengingatkan kita kearah kebaikkan, yg sama2 mengajak berbuat baik.

berubah itu tak susah..
istiqamah itu yg tak mudah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...