Tuesday, April 30, 2019

Perlis Marathon 2019

Assalamualaikum..

sabtu lepas, 27hb April ada Perlis Marathon.
aku join. kali ni berduet dgn adik bongsu aku.
1st time aku join thn 2017 dgn kawan aku Huda.
tahun 2018 aku register jugak, tapi tak lari.
tak ingat kenapa tapi ada hal. adik bongsu aku yg p lari.
nasiblah pakai baju besar hahaha..
thn ni dia free so join dgn dia.


kit start ambik 24hb - 26hb.
lokasi kat stadium Kangar. ramai tapi tak lama sebab kaunter kutipan bnyk. thn2 sebelum ni pun mcm ni.
event ni start buat kat perlis thn 2015. awal2 dlu kena kecam jugak.
biasalah 1st time kan? mestilah ada kekurangannya.
bab kutipan kit, bab penutupan jalan and so on.
now, so far dah ok.
sebab dah tiap2 thn buat rakyat dah alert.
bab yg paling jadi isu is penutupan jalan.
jln depan rumah aku pun kena. bukan tak leh lalu terus, kena lencongan.
so far, ok je.
utk elakkan lewat, mlm sabtu tu aku hantar anak2 ke rumah adik aku siap2.
nnt jln tutup, nak ke sana yg dekat jadi jauh.
so far anak2 ok kalau nak ke rumah mak sedara yg sorang tu.
seronok ada yg melayan main.
diorg dah biasa, selalu dah overnight sana.

hari kejadian.
utk marathon ni ada 4 group.
1st, 42km which is paling jauh.
2nd, 21 km.
3rd, 10km.
4th, 5 km.
aku of coz la join yg 5km je. hahahaha
tak mampu oih, aku bukan runner pun. so, ikut kemampuanlah.
thn ni ramai gila oih.
semua penyertaan almost 13k.
utk penyertaan 5km, 6 ribu ++ penyertaan.
ko bayangkannnnnnnnnnnnnn..
meremutlah Perlis yg comey ini. hihi



ni masa baru sampai. make up masih on point. hahaha
utk 5km, pelepasan paling last pkul 730 pagi.
pkul 7 pagi kami keluar rumah. sebab jln masuk ke stadium dah tutup so kena parking jauh.
dari parking menapak ke stadium (tapak pelepasan) almost 1.5km.
huahuahua...
elok sampai, sempat selfie sekeping 2, dah dilepaskan larian.
so jln terus jelah.
thn ni tak dapat duduk depan2, terkebelakang.
pastu 1km yg pertama ko jln je, takleh nak lari.
sebab ramai nauuuuuuuuuuuuuuuuu.
jadi susah nak lari.
yg tolak stroller pun ramai. masalahnya main laluuu je.
bukannya nak bagi salam ke hai ke apa. ada yg terlanggar.
so far aku tak kena la, klau kena siap laaa heheh
utk 5km ni, 1km je yg aku lari a.k.a jogging.
lagi 4km jln melenggang kangkung jelah. haha
nama pun fun run.
e.t.a dlm 90 minit kalau tak silap yg pihak penganjur tetapkan.
so far, tak dalah aku ambik masa lama sangat.
berapa lama tu biarlah rahsia. hahaha

pelepasan setiap kategori tak sama.
1st pelepasan pkul 12.30 utk 42 km.
so jln start tutup pukul 11.30 mlm.
yg 21km dlm pkul 4pagi kalau tak silap.
utk 10km, pkul 7 pagi. last 5km pkul 730 pagi.
semua tamat pkul 930 pagi.
tapi ada je yg sampai lewat.


ramai. serius meremut.
adik aku tu melenggang kangkung je.
aku nak laju pun kang tertinggal dia, hilang kang dah 1 hal nak cari dlm ribuan umat tu.
so, kita relax chill jelah.
tu pun peluh mencurah2 weiii.


sempat lah pose lagik.
ni berbaki lagi 1km.
mostly pakat jalan je.
thn ni baju kaler mak kau hijau. terang woh.
dulu kaler baju ikut jenis kategori. kali ni semua hijau, beza kaler nombor bib tu je.
utk 5km, kaler merah. utk 10km kaler biru. lain2 tak tau. hehe



yay!
finally sampai dah penghujung. hahaha


ni kalau zoom in, blh tgk la peluh penuh muka.
tudung pun layu di tasik madu dah.
kemain ko pakai tudung baru from #kekaboo hehehe
kat bahagian ni ramai la stop ambik gambar sebab nak nampak perkataan Finish tu. hehe
so, kita pun joinlah.



budak2 ramai, seronoklah diorg main air.
ikut hati nak join jugaklah hahaha

dah habis jln terus ke khemah utk pick up medal.
ada roti + air jugak, free.
ada van milo, 3 bijik kalau tak silap.
tapi ramai ya ampun duk berator. sudahnya kami ambik air mineral and 100+ jelah.

pastu kami lepak la kejap tgk penyampaian hadiah.
kut2 naik nombor ke cabutan bertuah.
tiap2 thn grand prize utk lucky draw, kereta sebijik.
thn ni kreta Peugot. dpt budak perempuan.
aku kalau dapat, mmg jual balik jelah.
tak mampu nak bayar insurans tahunan hahahaha



dah collect medal so pose sket.
ada adik aku leh ar pose2 hehe
ni masa tgh tengok lucky draw.
pastu Raja Perlis datang. Raja Muda ada, Raja Tua pun ada.
Raja Muda (perempuan) join jugak marathon. yg 21km kalau tak silap.
tiap2 thn dia join. dia aktif woh..


last pose hehe
pukul 10.30 kami gerak balik.
sebab nnt nak ambik anak balik mengaji quran.
nak menapak lagi kan. huhu

ni utk pagi tu sahaja.
masuk yg 5km. campur menapak pegi balik ke stadium, pusing2 dlm tu nahhaiiiii dekat 10km jalan wei.
balik tu buat keja rumah lagi, sidai kain 2 mesin.
tak masak dah, beli lauk jelah. tak larat dah.
petang tu aku terkedang lena. sampai hari ni cekang betis tak habis lagi hahaha

so far, enjoy join benda2 mcm ni. utk kesihatan dan blh release tension.
keluar peluh, best wei.
aku lagi prefer zumba dari jogging. tapi zumba now selalu tak berkesempatan.
harap pasni dapat la edjas masa utk join zumba balik.
keluarkan peluh, hidup aktif, supaya kita lebih sihat kan?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...