Assalamualaikum..
23hb 9, Aniq is turning 5.
haishhh cepatnya awak besar wahai anak..
anak bujang nan seorang ni sangatlah manja dgn aku.
takleh kalau mama takda.
actually takdalah sampai berkepit 24jam.
bangun tidor cari mama dulu. nak tidor nak duk bawah ketiak mama. tu waktu yg mmg dia nak mama lah. waktu lain, tu ok ja.
biasalah peel anak bongsu kan? hehe
sometimes dia kepit ngan papa, tapi selalunya ngan mama lah.
sejenis yg sensitif, hati tisu dan mudah merajuk.
tapi terkawal. takda la sampai merajuk guling2 tak boleh pujuk.
Alhamdulillah anak2 aku takda yg perangai gitu.
3-4 hari sebelum besday dia aku bagitau la, nnt nak besday Aniq.
dia tanya berapa kali tidor lagi nak sampai besday dia hahaha
ni apaknya la ngajar kira mcm ni. sabaq jelah.
dia bgtau dah nak hadiah kereta control. amboi demand sgt ni.
kakak nak komik ja, dia kemain up kreta control.
anak yg mudah diurus dan mendengar kata.
now sejak masuk Pasti, blk skolah mandi siap semua dah blh buat sendiri.
mandi, shampoo, sabun gosok gigi semua lulus dah.
pastu siap pakai baju, sikat rambut buh bedak.
tapi tgk la cemana dia sepuk bedak kat muka dia. hahaha
asal boleh.
kalau tak pakai bedak mama takmo sayang, so kena pakai la kan..
dia mmg suka mama peluk2 gomol2 dia.
dia layan je. kalau tgk tv kadang lepak kat atas riba mama, tak pun menempel tidor celah ketiak mama.
mmg takleh jauh.
aku pun takleh kalau takda dia, sebab sunyi weh..
dia ni sejenis yg murai tercabut ekor. aku rasa murai pun blh lari kalau duduk dekat dgn dia.
hahaha.
serius weh, dia ni petah cakap. anak2 aku umor 2 tahun dah blh cakap.
pastu lancar takda nak pelat teruk2.
now dua2 cakap slang KL. mampooo?
tahun ni on his birthday, kami kat KL.
kemain ko eh...
sambut besday kat KL.
bgn pagi tu, aku nyanyi2 kat dia. malu2 je mukanya. heheh
23hb tu kami dah nak gerak balik dah dr KL.
so, aku plan nnt blk sinilah pegi mkn2 ke apa.
tapi otw balik tu ada lah singgah kedai mainan nak belikan dia hadiah.
3 hari duk situ, hari2 lalu kedai tu dia duk usha je.
bagusnya anak2 aku ni depa bukan jenis yg meminta2.
bagitau nak apa2, tapi kalau aku bgtau no and why no, diorg ok.
adalah muncung sket tapi takda nak mengamok ke apa.
so, sblm keluar dr KL aku kata ke apaknya, jomlah singgah.
belikan apa dia nak.
Tok umi siap top up bagi duit utk Aniq sebab besday.
so, jomlah..
biar dia pilih sendiri end up mama yg kena decide sebab dia tak tentu arah duk dlm kedai tu hahaha
aku jarang2 biar dia ambik apa dia nak. taknak ajar sangat sebab budak2 ni bukan dia faham nilai benda lagi.
so, aku pilih mana yg mampu, sesuai dgn dia and tunjuk ke dia ok ke tak..
dan dia pun ok, siap cakap ikut mamalah mcm mana.
gud boy sangat!
pusing sini toys, sana toys, dia jadi tak tentu arah hahaha
biasa masuk kedai tak pernah jumpa sebanyak ni kan?
mula2 nak robot iron man, tapi bila pusing sini nampak kereta.
dah berbelah bahagi kehendaknya.
takpe, mak tunggu ja tengok kelaku dia.
dah garu kepala tak tau nak pilih.
sudahnya aku lah pilihkan.
then tunjuk ke dia.
asalkan kereta control dia ok dah.
ikut dia mula2 nak yg harga 100++. aiyooooo
pitam mak hang.
kita ambik yg mampu milik ye dik.
tak murah, tak mahal.
beli mahal pun kang awak dah bosan, tak main dah.
eh eh, kakak pun ada ehhhhhhhhhh
kalut ja yg tu. aku cakap tak blh, utk adik ja, dan2 la mata tu merah
hahahah
so, kakak punya murah dari adik sebab on her birthday last month dah dapat hadiah dah.
muka ada sinyiummmmm
dah dpt apa dia nak, pegang jelah kotak tu tak letak2 hahah
mama dah pesan, jgn buka, balik main kat rumah nnt.
so dia pun belek jelah. ada lah buka keluarkan kejap, pastu simpan balik.
happy sgt tgk dia tu dapat apa nak.
sesekali mama belanja sebab besday.. bagi dia syok.
anak2 aku jenis yg tak meminta2, sesekali dapat apa yg diorg hajatkan mmg dia punya happy tu lain mcm.
setakat yg mama mampu, ada rezeki lebih ada kudrat mama buat apa saja utk anak2.
utk anak manja mama nak seorang, Happy 5th Birthday!
doa mama sentiasa ada utk Aniq. Semoga yg baik2 saja utk awak. Semoga Allah mudahkan perjalanan hidup awak, murahkan rezeki awak, sihatkan tubuh badan awak, cerdaskan minda awak dan awak sentiasa di bawah lindungan Nya.
No comments:
Post a Comment