Thursday, October 24, 2019

Nak mudahkan kita jangan sampai menyusahkan orang

Assalamualaikum..

kisah weekend lepas, kat market @ pasar borong
hari ahad.
lepas hantar Amni g ngaji, aku ngan apaknya ke pasar nak beli barang basah.
wan @ apak mentua pun ikut skali.
dah sampai sana, kami 2 org turun beli barang wan tunggu dlm kreta ja.
selalu pun mcm tu. tak sesuai dia nak masuk skali sebab lantai licin kat situ.
dia pun tak kuat sangat nak jln.
kadang2 dia saja ikut nak jalan2..

dah setel beli, aku pegi tunggu kat kreta. pak incik tak habis lagi membeli.
dia beli utk wan, aku beli utk rumah kami.
tgh masuk barang aku perasan ada kreta park sebelah kreta kami.
but tak ambik port sangat.
pastu bila kreta sebelah sana nak keluar tak blh barulah aku pegi tengok.





kereta tersebut..
si myvi merah.

suka2 hati dia ja park cenggitu dan blah.
haiyooooooooo

aku pegi tengok masa Almera putih tu nak reverse keluar.
mujurlah dapat jugak dia keluar.
tu pun jenuh jugak la.
pastu pak incik dah mai, dia cuba nak reverse keluar.
masa aku snap picture ni, pak incik tgk bersusah payah reverse kreta nak keluar
tu yg kreta senget. asalnya masuk petak elok.




next, myvi kelabu sebelah tu pulak.
jenuh pulas stering jugak la dia pun nak blh keluar pun.
mulanya dia meh jenguk kreta merah tu nak tgk tarik handbrake ke tak.
skali kreta auto, duk kat P makanya kirim salam jelah hahah

kreta lain smua dah lepas, kami ja.
tak lepas sebab belakang kreta kami tu ada divider.
tak lepas nak kona.
laki aku habis pulas stering dah, tak lepas jugak.
habis skill dah dia pun



yg lawaknya, ada sorang pakcik ni nampak.
dia baru sampai, park nearby. wife dia masuk market.
dia meh tolong bagi guide pulas sana pulas sini ha konaaaaaaaaaaa.
tapi tak lepaih pakcik oihh
aku kat luar kreta duk perati jelah kang pakincik langgaq divider calaq kreta cheq hahaha
pakcik tu mmg usaha la bagitau gitu gini nak tolong kami.
pastu ada sorang uncle cina ni meh join.
punn tak lepas.
pastu ada pakcik dari market tu meh join jugak.
dah jadi 3 org.
dia suruh ja reverse naik sket atas divider tu sebab sikit sangat ja yg tak lepas tu
aku pulak tgh panas hati kan, then aku jawab la "takkan saya nak rosakkan kreta saya hanya kerana kreta bodoh kat depan tu". (but bukan dalam nada marah or jerit ke apa)
laki aku tgk muka aku dah lain dia duk suruh masuk dlm kreta sebab dia tau bini dia panas baran hahahah.
haishh stress wei.
setengah jam kut tunggu situ. buang masa.
pastu ada 2-3 org yg meniaga dlm market tu keluar duk tengok.
dah meriah situ hahaha
lawak pun ya jugak.
ada sorang abang tu meh bgtau tunggu kejap dah panggil owner  kreta.
maybe dia kenal.
so, aku pun tunggu nak tengok siapakah gerangannya.
jengjengjeng..
dlm hati ni dah karang ayat apa nak maki dah ahahahaha
skali yg datang pakcik cina tua.
so, kena cool down.
tak baik maki org tua walau dia buat salah khennnnnnnnnnnnnnnnn..
dia blh selamba jln lenggang kangkung mcm tak salah apa2 siap lambai2 tangan.
adoihhh.
pastu aku cakap la kat dia, " uncle jangan buat ini mcm, saya tunggu lama kat sini".
dia selamba jawab kat aku "takda parking".
pundek!!
pakcik yg tolong kami tu siap sound dia " aku pun tua jugak tapi tak buat perangai mcm hang menyusahkan org". hahahahahah

aku sabaq ja ingat org tua.
tapi walau ko tua tolonglah.. adab kat mana.
market tu baru ja turap tar baru and buat petak baru utk parking so mmg jelas kelihatan line tu.
dan parking bnyk kutttttttttt..
luas kawasan tu. tak pernah aih aku p sana takda parking bezanya jauh dekat ja.
nak dabel park tu blh tapi kena tgk jugak kiri kanan.
jgnlah sampai halang laluan org.
pendek kata, kalau blh jgn dabel park suka2 kalau takda yg tunggu dalam kreta.
aku tak pernah buat mcm ni kat org. sbb rasa tak patut kut and ko nak ke org maki ko kan?
parking elok2 awatnya.. bukan susah pun.
benda ni bukan kena ajar tapi pikirlah sendiri
bab parking and block kreta org nii mengundang amarah.
aku tak pernah buat tapi selalu kena. haishhhh..
kadang kita nak cepat dah kena block. kalau kejap takpe, ada org tunggu dlm kreta tu blh diterima.
ni tinggal kreta buta2 ja.
dulu pernah kena kat area opis lama. situ ada bank.
so datang buat urusan dlm bank. kita kat luar ni tekan hon mcm nak mampus tak keluar2.
sakit hati wohh. kes tu lah dulu ada yg sampai reverse langgar ja kreta yg block.
rosak kira lain janji puas hati hahaha..

harap tu janganlah ada yg buat mcm ni lagi.
jgn pikir nak senangkan diri sendiri nak mudah nak cepat tapi menyusahkan org.
bila org marah org maki eh tau pulak nak balas balik padahal sendiri buat salah.
reminder to ourself too..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...