Monday, November 04, 2019

Groceries Shopping

Assalamualaikum...


entry mak2 yeh..
saja nak share

sebulan sekali @ 2 mesti ada groceries shopping yg berskala besar kan?
bila gaji masuk tu, haa mula la mak ni list apa kebenda nak kena beli ye dok?
tak tulis pun ok, semua ada dlm otak dah.
-- tapi kalau tak tulis, selalu terlebih beli hahaha..
tu kelebihan org perempuan hehe
sambil lalu kat rak tu, dia scan tengok barang2 tu semua.
dan nnt dia ingat sendiri, ohh yg ni dah habis, yg ni ada sket lagi, ada sale so beli siap2. hehe

aku pun selalu mcm tu.
sebulan sekali adalah groceries shopping yg meriah.
eh 2 kali.
1 masa aku gaji.
lagi 1 masa pak incik gaji hekhekhek..
aku keja gomen, so dlm 25hb tu dah gaji, kadang2 awal lagi.
pak incik private sector, end of month baru gaji.
masa aku gaji, nnt aku akan gi beli barang2 dapor mana yg habis tu.
mcm gula, bawang, sabun, roti and so on.
gaji pak incik, ada allocation utk susu anak, beras.
so, pegi lagi sekali.
kadang masa 1st trip ada sale susu, aku beli siap2.
nnt tak payah dah.
selalu susu tu ada 1 kedai je yg aku selalu beli sebab murah dari kedai lain.
kat shopping complex jarang ada sale susu..
kalau ada sale, tak gaji lagi. hampehhh

gambar atas tu masa shopping kat Giant.
nak pegi tgk sabun je asalnya.
selalu masa gaji ada sale sabun.
ambik raga ja lah konon2nya sebab nak beli sabun ja kan?
tak ambik troli.
sudahnya melimpah ruah dari raga hahahah..
lalu lorong sini, sauk..
lalu lorong sana, sauk lagi.
dah sampai hujung, nahaiiii melimpah
biasa tuuu..
tu sabun ada 2 jenis.
1 utk rumah aku, 1 utk rumah mak aku.
dah alang2 jumpa, murah, sauk skali utk mak aku.
selalu pun mcm tu. kalau aku beli barang dapor, jumpa apa2 yg sale yg mak aku guna, mmg aku belikan skali utk dia.
sabun baju, sabun basuh pinggan, minyak, belikan sekali.
nnt ujung2 mak aku akan pesan suruh beli jugak. dah jumpa, sekali jalan.
tu alang2 pegi beli skali piza Giant.
RM5.50 ja sekotak. anak2 suka sebab tak pedas.
tak kedekut cheese, so ok la ramai suka.

aku punya perangai, tak shopping semua benda kat 1 tempat.
sebab..
ada barang kat sini murah, ada barang kat sana murah.
kalau beza takat sekupang 2, slalu kira halal ja.
tapi ada yg beza sampai singgit, like susu anak, beras, sabun.
so, memula beli benda2 ni kat kedai sini.
next beli benda2 lain kat kedai sinun pulak.
gigih haha
sebab supermarket tu tak jauh pun kalau nak pegi.
besar mana sangatlah Kangar nih.
kat Perlis ni kalau pandai cari ada tempat yg murah.
ada banyak kedai borong, pilih je.
beza harga dari supermarket besar.
kat sini yg paling besar pun Giant lah.
actually senang kalau nak beli semua benda kat situ sebab semua ada.
tapi kena tengok, sebab ada barang murah mmg sesuai nak beli.
ada barang yg eh mahal, ada kedai runcit lain lagi murah.
pegi situ, boleh sekali harung dengan bahan basah and sayur2..
selalu sayur2 ni kat supermarket besar mcm ni lagi murah.
but pilihan di tangan masing2.
ada yg malas nak tuju 2-3 kedai, baiklah sekali harung ja.
kalau tak urgent, aku ok ja. kalau urgent, so setel setempatlah.
ada yg tak kisah bab harga asal semua setel dapat semua apa yg nak.
ada yg kisah bab harga yakni aku hahaha
golongan marhaen, gitulah.
contoh mcm susu anak
aku tak pernah beli susu anak kat G***t. kadang dia letak poster sale
harga sale RM23.90. tu harga sale tau (contoh ye).
kat another kedai yg selalu aku beli, harga biasa susu tu is RM22.90
beza singgit okeh..
memanglah singgit tu sikit, tapi aku bukan beli sebungkus ja susu.
so, kena pandai edjas lah.
ni memang keja mak2 lah..
kalau para apak2 aku tak rasa rajin nak belek satu2 harga and nak tuju 2-3 kedai.
laki aku mmg tak lah.  dia semua benda beli kedai runcit depan rumah ja.
sebab dah biasa pegi kedai tu sejak dia kecik. makpak mentua aku pun sama.
memang tiap2 bulan beli semua benda situ ja.
ko cakap lah jom g sana sini beli sabun ke minyak ke apa, dia pegi kedai tu jugak.
sokay, tu pilihan dia.
kurangnya dia menyokong kedai tu, bagi sale kat diorg kan?
kalau dah semua org ke pasaraya besar dah sapa pulak nak pegi kedai runcit.
again, pilihan masing2..
aku pun kadang beli jugak kedai runcit depan rumah tu.
balik keja singgah situ je malas nak pusing tempat lain setakat nak beli roti, telur and kicap.
kalau nak shopping berskala besar, baru tuju ke tempat sasaran tu.

tak kisah shopping memana pun, tu pilihan masing2.
rancang kewangan kita secara berhemah.
jangan membazir, tu ja..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...