Friday, November 22, 2019

Sedikit musibah

Assalamualaikum..

kejadian hari Isnin minggu lepas.
dah lepas tempoh bertenang, baru blh share. hahah
kalau tak, asal sebut ja nak jatuh ayaq mata.

bangun pagi Isnin nan indah, siap2 nak g kerja.
pakai baju elok2, touch up segak2 sebab pagi tu nnt nak terima anugerah.
hehe.
tetiba pak incik jerit2 panggil keluar.
pagi2 dia yg buka gate depan and startkan enjin kreta.
pastu angkat beg anak2 bawak masuk kreta skali.
aku tgh pakai tudung, kalut la keluar dah duk jerit.

rupanya...













































speechless

serius weh. masa tgk ni mmg kelu
tak terucap apa2.
terkejut sebenarnya.
pagi2 oiii.
hari senin pulak tu.
Allahu...

mujurlah ada back up.
pinjam kreta pak mentua.
kreta wira tu dia jarang naik. so pinjam dulu
so oak incik pegi ambik kreta and setelkan semua sbb nak pegi hantar anak skolah kut lewat.
aku ni kat dlm rumah dah tak tentu arah nak buat apa.
air mata tunggu masa ja nak keluar hahah
dah masuk kreta, masa nak keluar dr kawasan rumah, pak incik panggil.
dan2 tu air mata merambu hahahah.
lawak pulak bila ingat.
dia pun tak jadi cakap apa dah tgk aku mcm tu.
sepanjang jln ke opis tu mcm2 hal mai dlm kepala ni
kena apa?.. kenapa kena ke kreta aku? kenapa kenapa kenapa..
huhu..
terpikir jugak apa aku buat then kena benda ni.
mungkin balasan dari Allah atas salah aku sebelum ni.
sehari 2 jugak benda mcm ni ada dlm kepala otak aku.



but then, aku sedar tak baik pertikai apa yg Allah bagi
what ever pun tak kisahlah benda elok atau tak, manis atau pahit.
bnykkan Istigfar supaya tak terus merungut dan mengeluh.
tak baik
Allah tak suka.
adalah sebab tu kena mcm ni kan?
tapi tetap kena bersyukur sekurang2nya jadi kat rumah bukan kat luar.
klau kat luar lagi payah kan?
dan ada kreta back up yg blh pakai. dapat jugak bergerak.
sikit saja yg kena ni, ada org lebih lagi ujiannya.
tak baik pertikai apa yg Allah bagi.
so then aku ok.
awal2 tu 2 hari jugak nangis bila teringat hahaha
depa kata aku over.
weii sedih wooo
kreta ni blm pun 2 tahun aku pakai. bangun pagi tgk2 dah berderai mcm ni.
berderai jugaklah hati aku.
kalau tgh drive then ada batu terpelanting kena cermin and then prakkkkk pecah tu lain.
sebab nampak kejadiannya.

seminggu la jugak dia tersadai kat rumah, bagi rehat dlu.
minggu tu aku pegi kerja dgn kreta wira.
blk rumah, belek je kreta nih.
diam je tengok dia.
yg pak incik pun sepatah apa tak tanya dah. tak kuasa nak cakap apa sebab kang aku nangis lagi hahaha
mlm selasa tu, call abah nak bagitau.
tak bagitau pun tak kena.
mula2 cakap ok, pastu bila dah mula nak bagitau, haa dan2 ayaq mata keluaq.
abah sabarkan je, then cakap nak buat cemana benda dah nak jadi.
takpa, mai ambik duit abah dulu p pebaik. hahahah
thats my abah..
sebab aku bgtau duk naik kreta pak mentua dlu, tgg hujung bulanlah baru nak repair.
dia suruh ambik duit dia dulu pegi repair.
pastu dia p bagitau umi, huduh la org tua keryau.
kata kat akuuuuuuuuuuu. hahahha



kaca bertaburan.
cara tu mcm kena batu.
 semua cakap mcm tu la.
sabtu petang laki aku mesin rumput. taktaulah kena ke tak masa tu.
ahad tu elok je lagi cerminnya. ptg ahad aku  yg ubah kreta sebab anak2 nak mandi kolam.
esok pagi dah berderai.
ahad mlm tu ada la pak incik keluar g gunting rambut. pun elok lagi.
entahlah..
kita redho dan hati lebih tenang..
walau hakikatnya tak hehe..

Jumaat tu aku cuti.
nak g hantar kreta ke bengkel.
Khamis balik keja pegi kedai sparepart beli cermin.
tanya kawan2 sana sini cemana nak buat.
pagi Jumaat g hantar, petang dah siap.
pantas diorg buat keja.



kat kedai dah ni.
haishhh sedih..
lepas seminggu siap baru pegi tinted.
pelik pulak rasanya bila cermin belakang cerah semacam.

total damage utk repair ni :
cermin belakang : RM170
upah pasang : RM200
tinted : RM50 (ambik yg biasa)

Allah bagi ujian bersebab.
dan kita kena terima dgn hati redho
jgn pertikai.
Insyallah ada hikmah.
dan sekarang kita kumpul duit bayaq hutang tok abah hahaha..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...