Assalamualaikum..
hari ni hari ke brapa dah eh kawalan pergerakan?
aku dah malas nak bilang, kita follow jelah haha
dan hari ni marilah merajinkan diri update blog.
lama off nih..
hari tu kemain berkobar2 nak update hari2, sudahnya mereput saja.
perintah berkurung ni keluar arahan bermula hari Rabu 18hb Mac.
hari ni dah 24hb. Means hari ke 7 dah. 7 days to gooo hehe
tapi aku berkurung awai.
sebab?
hari sabtu ahad sebelum tu Aniq demam.
badan dia panas, tapi dia masih aktif meloncat rata. selera mkn pun ok ja.
tapi mlm Isnin tu dia mcm melepek sket.
so, Isnin pagi aku decide bawak dia ke klinik dulu.
plus, aku pun semacam ja. pening + sakit tekak bagai.
cuma tak demam ja.
pkul 8.30 dah sampai klinik. Amni apaknya hantar ke sekolah, aku daftarkan dia ke kem matematik.
sebab tak batal pun, so hantar jelah. sempena cuti skolah kem ni pun.
sampai klinik, org tak ramai lagi.
lepas register, diorg akan check dlu kat luar sblm jumpa doc.
suhu dia 38++. mmg panas badan dia pagi tu.
dia pun tak aktif mana.
doc check, katanya tekak pun mcm merah sket. dah masuk hari ke 3 so kena on antibiotik.
then check aku sekali.
sembang2 jugak dgn doc. aku takda sejarah melancong kemana2, so dia kata don worry, balik rehat kat rumah je.
laju je doc bagi mc 2 hari. Alhamdulillah..
otw balik, singgah kedai beli barang dapor sket. time ni sebenarnya ramai dah mula buat panic buying.
aku tak panic sgt sbb beli ala kadar, top up mana yg takda ja. takda beli stock makanan beriya pun.
sebab duit pun tak berapa nak beriya kan? hehe
then, balik rumah, makan, makan ubat, rehat = tidor hehe
petang pegi jemput Amni.
so, isnin selasa tu mmg aku pun melepek tidor ja.
letih lain mcm. tekak perit, sakit kepala. hari2 check suhu, tak demam.
dannnn nak paksa budak kembong tu mkn ubat dah 1 hal. sabar jelah
hari selasa, lepak rumah je 3 beranak.
plannya, rabu tu kalau kena kerja, anak2 hantar rumah tok umi.
cuti skolah kan, so susunlah anak nak hantar mana.
tapi selasa tu pakat duk haru, kena pegi kerja or tak.
sebab tak semua jabatan yg kena bercuti.
student semua dah dicutikan. dan pusat pengajian pun sama.
ada fews jabatan yg kategori kritikal like bendahari, pusat kesihatan, kena on.
now aku kat jabatan baru kan, under jabatan kritikal.
so tunggu jelah keputusan bos besar mcm mana.
dah mlm sket, ha bos bgtau work from home semua.
tapi ada list nama yg standby in case kena ke opis.
yg tu team teknikal la.
so yg lain pakat yahooo cuti. kohkoh..
cuti tak cuti sgt la sbb pegawai aku cakap dlm mode standby yg blh dicapai haha.
means, ko jgn pegi bercuti ke mana2 pulak. kena online ofis hour.
nama pun work from home kannn...
Rabu pagi, day 1 PKP aku gerak ke rumah mak aku jap.
no choice sebab kena hantar adik aku balik sana.
dia kat rumah aku, nak buat kerja khusus dia, nak pakai intenet.
tapi dah lama nau cuti kesian pulak nak biar dia mereput sini.
mak aku pulak duk sorang, so hantar dia balik utk temankan mak aku.
abah hari Isnin tu gerak ke Kelantan dgn kawan dia. huhu..
maka mak aku keseorangan kat rumah. so Rabu tu pagi2 dah gerak balik.
singgah top up sket barang2 utk diorg kat rumah. tu pun aku sorang ja yg turun beli.
singgah pasar & kedai laju2. then sanitize tgn.
ptg, gerak balik rumah.
lepas tu takda kemana2 dah, memang stay at home saja.
hari 1st tu pak incik kerja lagi. kamis cuti dah.
perkara 1st yg bgtau dia utk buat is gunting rambut Aniq.
mak aku suruh. nmpk panjang dah.
budak tu kalau rambut panjang, mula badan nak dedap.
aku pun lupa pasal tu. duk heran kenapa dia tiba2 demam, pastu susah nak kebah.
oh, rambut panjang. tok umi pun notice and pesan 2-3 kali balik kang suruh gunting.
tapi barber smua tutup. makanya apak kena usahakan.
korek la cari mesin gunting rambut dia yg beli dlu.
mujurlah masih blh guna.
belasah jelah mata 2, mesin rata ja.
apak tak reti nak buat mcm kedai buat.
lantok, janji pendek.
Aniq pun mula2 elok, dah hujung2 dia mula nak gelisah. lama sangat maybe.
hari tu badan dia dah tak panas. since Rabu lagi mcm dah ok.
risau la jugak kan huhu..
then teruskan perintah to stay ta home.
jumaat ptg aku kluar kejap pegi kedai. ada barang habis yg susah aku nak pesan ke dia.
takat beli barang basah, ha ok mudah dah.
klau lain2 tu aku malas nak ulang 2-3 kali, baiklah aku g beli sendiri.
rasanya aku keluar tu tak sampai sejam pun.
40 minit je kut.
3 kedai aku pegi.
ikut tu blh pegi 2 kedai, tapi roti takdokkk
1 kedai runcit, 1 lagi kedai jual barang2 basah.
last singgah kedai runcit depan rumah, pun takda roti.
beli makanan ringan and shampoo Aniq ja kat situ and terus balik.
masa atas jalan tu dupdapdupdap dada takut.
masuk kedai pun takut. mujurlah kedai yg aku singgah semua tak sesak.
jln jauh2 dari org. masuk je kreta laju2 sanitize tangan, beg duit, stereng kereta, kunci smua hahah
oiiii takut la kan.
sejak hari tu, sampai hari ni, takda keluar pun.
pak incik hari ahad lepas kena ke opis.
turn dia utk pantau keadaan opis. sehari sorang kena pegi.
ada la list namanya.
risau la jugak kan.. tapi dia nak pegi benarnya sebab mati kutu duk rumah saja hahaha
dia keluar pun dah pukul 11 camtu.
panjanglah pesanan aku. risau oiii.
dia mmg tak singgah mana, pegi opis semata2.
panjang dah taip pun.
soon kita sambung lagi apa kisah duk rumah ni okeh..
korang, stay at home okeh.
jgn keluar if tak da urusan penting.
kita nak putuskan rangkaian wabak ni.
ingat Stay at Home..
No comments:
Post a Comment