Assalamualaikum..
bersyukur lah bila PKP ni dapat luang masa lebih dgn anak2 kan?
kalau tak weekend je yg dpt golek2 ngan anak, tu pun masih tak lama sebab bz dgn keja rumah.
weekedays, mlm je pun tapi tak lama.
bnyk hikmah PKP ni yg mulanya kita tak nampak.
bersyukur lagi Alhamdulillah, aku ni Allah bagi rezeki ada rumah sendiri, atas tanah sendiri.
buat rumah, bukan beli rumah taman ke apartment ke apa.
bila PKP ni, anak2 blh main2 kat laman rumah, kayuh beskal bagai.
org lain yg duk apartment, duk rumah taman ke, terhad la sket pergerakkan tu.
makanya, nikmat mana yg mahu kamu dustakan?
tq Allah..
minggu pertama PKP tu, kita blm biasakan diri.
so, aku biar jelah apa anak2 nak buat. tgk je tv suka hati.
masuk minggu ke 2, eh2 nooo..
mak mula bertegas sket.
so far anak2 aku ok ja bila mak kata NO, thats means NO lah what ever pun.
kelonggaran yg aku bagi ke anak2, ialah bangun lewat.
Amni tu kadang pkul 10 baru bgn, nak2 bulan puasa ni.
lantaklah.. dah dekat 2 bulan ni malas dah aku haha..
awal2 tu, pkul 9 pagi camtu aku gerak bangun. perambat g mandi pastu makan, pastu buat homework.
masuk PKP Fasa 2 tu, cikgu2 dah mula bagi keja skolah.
Pasti Aniq cikgu suruh g ambik buku2, balik belajar kat rumah.
taknak anak ketinggalan. mula2 tu cikgu bagi worksheet ja, masuk PKP 3, ha meh ambik buku.
jadual anak2 ni, bgn pagi lepas makan (sebelum puasa) kena setelkan keja skolah dulu.
pku 12 @ lepas solat zuhur baru blh on tv.
kalau keja skolah setel awal, ha blh main dulu.
mcm2 la diorg main, kenjah penuh rumah mainan.
lantak. aku tak pernah marah pun.
aku cuma akan marah bila tak kemas balik mainan tu.
lepas solat zuhur, diorg nak tgk tv. so sila kemasssss mainan tu semua.
masa PKP 1-3 papa cuti duk rumah jugak. seminggu sekali ja pegi opis.
so dapat lunch together gether.
bila dia dah start pegi keja tu takdaha la. tapi masa tu pun dah puasa hehe
ni main sendiri2, masing2 punya mainan.
kakak selalu main sorang2 dlm bilik taknak adik kacau.
dia masuk bilik kunci pintu.
adik pun main la sorang2 kat luar.
ada masa, main sama2.
mcm2 lah yg diorg main. ada masa main kedai2, main cikgu2, main masak2.
eh, tak larat dgr dah aku.
jgn kacau mama buat keja sudahhhh..
segala mainan diorg keluarkan.
aku biar je..
ikut tu aku lagi suka diorg main mcm ni. sebab otak diorg bergerak, berfikir kreatif.
kadang2 aku gelak sorang2 tgk aksi diorg. tiru org dewasa hehe..
anak2 ni dia tgk apa kita buat, then tiru kan?
kakak tu bnyk idea sket.
tak tau berapa bnyk kertas, selotep, benang aku smua tu dah habis diorg main.
gunting buat mcm2. lantak lah..
kesian ke anak kalau kita duk sekat2 kreativiti diorg.
gunting kertas, kalerkan, tampal eh mcm2 lah.
aku biar je.
Amni tu asyik tanya bila sekolah buka. rindu kwn2.
Aniq? sikit pun tak hairan hahaha.
seronok lagi ada duk rumah kepit ngan mama.
tengok lah..
mcm2 disusunnya, buat kubu lah, dinding lah apa.
lantok leeee. malas aku nak bising2.
dah jemu main, baru diorg minta nak tgk tv.
anak2 aku dah faham dah, mama diorg ni mcm mana.
diorg ni jarang sgt nak buka tv tanpa minta izin.
dan kalau diorg tgk layan kartun, then mama nak tgk cerita mama, diorg ok.
mula2 masing2 cebik2 muka, tapi kejap je.
now, turn mama nak tgk cerita mama pulak, korang dah lama layan kartun.
so, diorg pegilah sambung main ke apa.
takda adegan membentak2 keryau guling2 nak tgk kartun.
no, aku tak layan.
sometimes, nak tgk tv, blh.. tolong mama buat keja dlu.
mama nak lipat kain, diorg kena alihkan kain baju diorg sendiri.
tak buat tak leh tgk tv hehe.
kecik besar semua kena..
Aniq now 6 thn.
cuti PKP ni aku ambik kesempatan ajar dia membaca.
bnyk huruf dia tak ingat lagi.
aduhh.. anak lelaki kut, main bnyk.
mmg kena sabar bnyk dgn dia ni.
suruh baca, tulis bnyk sket, ha mula dia nak ngelat.
kejap ok, dah lama dia buat alasan mcm2.
makanya mak kena kreatif gak la.
kena puji tu yg xtahan.
bila tulis, kena puji cantik baru dia syok.
kena lemah lembut tak leh marah kang nangisss.
manja teruk budak ni.
kadang2 masa mood dua2 elok, ha blh buat keja sama2.
kalau tak, kena social distancing.
takleh duk dekat, nak gaduh ja manjang.
ada saja tak kena.
yg suka carik pasal haruslah si bongsu.
kakak pulak garang nauuu..
bingit rumah.
petang, pkul 5 camtu masing2 dah menggeletis nak keluar.
nak main basikal, nak meloncat kat luar.
asalnya basikal tu kat dlm rumah. thn ni, aku suruh bwk keluar main kat luar.
bising duk kayuh dalam rumah. lagipun diorg dah besar, basikal pun kecik kang takeh naik pulak.
so pakat seronok nak kayuh petang2.
kawasan rumah luas jugak, lajak ke rumah wan kat depan sana.
tutup pagar semua so takda hal.
aku pun ptg2 keluar lepak luar jugak.
belek2 pokok, cbut rumput ke apa. buat aktiviti luar.
selalunya aku keluar jugaklah. jemu duk dlm rumah.
lagipun, kasik kipas2 dlm rumah off sat hahaha.
dah bulan puasa ni, ha jaranglah keluar.
rezeki duk rumah ada laman.
pukul 7 semua kena haruk masuk rumah dah.
dan mengaji al-quran haruslah tak dilupakan.
selalunya, jumaat sampai ahad, mengaji quran.
mlm jelah. siang tak sempat nak tgk hehe.
dua2 kena baca.
kakak tu kadang ada cikgu bagi keja online. so takda la boring sgt nak menulis kat buku saja.
hari cikgu tak bagi keja, mak bagi keja.
takleh duk saja.
tapi hari mak busy buat keja opis, anak2 dapat kebebasan hahaha.
hmmm, yg ni tau dah.
anak2 aku semua careless. alah budak kan?
gitulah..
mak redho jelah.
now bulan puasa, so masing2 melepek jelah.
aku tak push sgt la Amni utk buat keja skolah sgt.
kesian jugak tgk mula lesu tu hehe
dia puasa full setakat la. takda merengek lapar ke apa.
bagus sgt dia kali ni. dah bgtau nak puasa penuh.
mkn sahur pun mudah bangun, tak bnyk songeh.
oh, sebab anak2 kat rumah ni, aku belikan lah mainan utk Aniq and komik utk Amni.
kemain seronok masing2..
beli kat shopee lah hehe.
next week dah raya, PKP masih on sampai 9 Jun.
moga semua patuh arahan utk kekal duduk dirumah.
raya tu, ala kadar saja yeh thn ni..
No comments:
Post a Comment