Tuesday, June 30, 2020

Selepas 6 bulan, patah jua cermin mata beliau

Assalamualaikum...

kalau tgk ke tajuk, agak2 spec sapa yg patah tuuu
hahahaha

haruslah anak dara kesayangan punya.
hadoihhh

seminggu 2 lepas raya kejadiannya..
aku tak ingat sgt dah bila tarikhnya.
masa tu dia kat rumah mak aku, tidor sana.
seminggu lebih jugak dia kata sana.
seronok duk sana sebab ada yg melayan, makcik and pakndak.
adik2 aku la.
kena pulak masa tu PKP dan aku keja on off. kejap ke opis kejap work from home ja.
so dia nak duk sana.
bosan duk rumah duk bergaduh dgn adik haha..

mlm tu dia call.
bagitau ada benda nak cakap, tapi mama jgn lah tekejut.
hah dah kenapa.
bagitau spec mata patah hahaha.
aku tak marah pun.
cumanya kagum jugaklah, almost 6 month pakai baru patah.
hahahaha
budak kecik wei, takleh expect dia blh jaga elok2 pun kan?
sebab dia pulak sejenis yg careless.
org kg kata cemerkap.
dapat bertahan 6 bulan tu kira ok lah.
patah tu pun bukan sebab dia terduduk atas spec ke apa.
nak naik motor, terlanggar pakndak dia, jatuh spec tu and patah terus.
tu sebab masa mula2 buat aku buat yg paling murah je dlu hahaha.
sebab nak biasakan dia dgn ada benda baru di muka tu and ajar dia jaga dulu.
kat kedai spec tu pun diorg ckp lepas 6 bulan datang balik utk check power nak tgk naik ke turun.
nnt kena buat lain. sebab diorg turunkan sket power dia sbb tinggi sgt.



pakndak la duk edjasnya.
awal2 tu dia letak selotep je.
dia guna sticker tebal tu.
mujurlah sticker tu pun kaler biru.
tapi pakai kejap dah terkangkang balik.
pastu dia letak kayu kat tepi tu as penahan then selotepkan.
terkasar sket patah lagi.
pastu lekat guna gam 2 second terus. dah takleh lipatkan kaki tu.
lantokkk. hahaha
sebab mmg nak kena buat baru kan..
baru ni patah lagi, nahhhhh pakndak letak cable tile terus. hahaha
sabaq jelah.
sebab patah kat tempat skru tu, so mmg susah nak lekat.

kesian ke dia, so plan nak pegi buat barulah.
tapi tgg mama gaji dulu la eh.
hari apa tah, pegi umah wan dia, duk tunjuk ke wan spek dia patah gini2.
wan iyekan je.
pastu esoknya patah terkangkang dah kaki tu, dia p tunjuk pulak kat wan.
wan pun kesian tgk cucu, haaa siap offer. pegilah buat baru nnt wan bagi duit.
hahahaha

so, dah pegi buat spec baru.
tunggu siap nnt, maybe seminggu mcm tu.
kali ni buat yg elok sket framenya.
hari tu aku ambik yg pakej student, rm160 camtu je kut.
frame biasa and cermin pun biasa.
kali ni frame yg elok yg elastik tu, pastu cermin ambik yg ada protection gadjet tu.
duk tgk tv handphone kan?
kalau wan tak belanja pun mmg cadang nak buat yg elok.
rezeki dia wan belanja spec mata baru kali ni.
Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...