Friday, July 03, 2020

Aniq 1st day School on PKPP

Assalamualaikum..

as we know, 1st July, taska, tadika semua tu dah beroperasi sepenuhnya.
2-3 lepas menteri umumkan tu, cikgu  Pasti Aniq dah mula update kat group wasap.
seminggu sebelum 1 Julai tu, cikgu call buat survey.
Aniq ambik pakej 7pagi - 6petang.
tapi disebabkan PKPP ni ada SOP yg pihak Pasti perlu patuhi.
taska sampai pukul 5 sahaja.
dah hanya diberi pada yg betul perlu.
sebab perlu dikira faktor keluasan taska.
cikgu2 pun ada update keadaan kat Pasti, penjarakkan sosial semua tu.
so cikgu call tanya, Aniq nak sampai petang or sampai tghr saja.
of coz la sampai petang sbb aku dah masuk keja full.
no more work from home.
start Julai ni la jugak.
takmo dah aku duk rumah. tepu hahaha.
aku dah kawtim ngan adik aku minta dia jaga budak2. kita bayar jelah upah tu.
sekolah kena bayar, pengasuh kena bayar. redho.
aku takleh la buat keja dari rumah.
susah nak fokus and tak produktif.
Aniq jenis mengempeng ngan mak.. takleh mak jauh.
manja teruk yg tu hahaha.

ok, back to the topic.
and Aniq dapat lah sampai ptg, tapi pkul 5.
mujurlah opis aku now waktu kerja anjal.
so aku kena masuk pukul 730 pagi utk balik pukul 430 petang.
Aniq balik pkul 5 ptg, so sempatlah aku sampai kat dia.
mujurlah kat new department ni, longgar sket, blh touch in kehadiran kat pejabat nearby rumah.
so sempatlah masuk 730 pagi tu.
tapi aku bukan sejenis yg take for granted.
lepas hantar Aniq, aku pegi touch in kat opis nearby rumah, pastu aku terus ke main campus.
takda nak menyimpang kemana. dah nama pun waktu keja kan?
as for now aku mcm tu lah. paling kurang pun singgah beli mkn je.



disebabkan ada SOP, ada beberapa perkara yg kena follow.

antaranya :

kena bawak tilam @ toto sendiri. dah tak blh share. lagipun kena ada social distancing kan? makanya berpusu2 la mak2 mencari tilam anak hahaha.
sebelum ni pakai toto yg pihak taska @ Pasti sediakan, blh tidoq berlungguk je.
ada toto baby kat rumah, tapi mcm dah kecik sgt dgn Aniq.
so aku gi survey kat supermarket.
jumpa roll matress tu, sambar terus.
harga RM46.90.. rentas duit mak kauuuu hahahaha
share dgn kwn2 yg lain. berdesup masing2 pegi cari sampai habis kat sana hahaha

then kena pakai mask. jenuh pulak nak mencari kids mask kan? mujurlah jumpa kat Watson.
grab terus. 
10 keping RM15.. comey kemain hehe..
jenuh la nak mengangkutnya nnt. harap blh jimat2 pakai elok2 ye nak hahaha.

pastu aku beli skali handsanitizer. mulanya nak bekalkan tapi aku syak, blk kang kosong bekas tu hahaha.
cikgu dah sediakan kat skolah, so tak perlu.

dan cikgu2 pesan ke makpak supaya sentiasa ingatkan anak2 peraturan yg perlu diorg patuhi.
like, duduk jarak 1 meter, tak blh peluk kawan, tak blh main dekat2 semua tu lah.
taktau lah cemana cikgu nak handle.
budak2 weii hehe.

1st July aku cuti siap2.
habuan nak hadap drama dia hahaha
seminggu sblm tu mmg hari2 aku zikir nnt nak skolah yeee
dia jawab tak mau pi hahaha adoih
tak puas hati sbb kakak masih bercuti. jenuh la pulak nak terangkan cerita segala.
dah la mulut bnyk, nak menjawab persoalan2 dia tu blh pecah kepala.



nampak muka happy kannnn?
tu mata merah berair ja hahaha.
gerak bgn of coz la keryau takmo mandi ngantuk nak tidoq takmo p skolah.
dah setel, nak mula makan ha mood dah ok.
mkn sambil layan kartun.
tapi muka tak elok mana la hahah

sampai skolah, so far went well.
bagus sgt!
maybe teruja tgk kawan2 and cikgu2.
masuk kelas pun ok ja babai mak ni ha.

ambik petang tu pun ceria.
lajuuu ja cerita.
best skolah baru ni, kena duduk jarak2 main pun jauh2.
Aniq suka la mama skolah ni. blablablablaaa
dia kena pindah kelas lain, sbb kelas asal tu kecik, murid ramai.
now murid 1 kelas 12 org ja. guna meja lain, kelas lain, so budak2 rasa seronok la kut for the 1st time.
lega la jugak dengarnya.
so mak reward la dia bawak pegi kedai, beli apa2 yg dia nak.
dia pilih keropok sebungkus. ambik yg besar sbb nak share mkn dgn kakak.
bijak sgt!

but tak lega sgtlah kan
day 2, haaaa mulalah akai dia.
gerak bgn pagi keryau beriya jugak. haishhhh
aku dah la keja hari tu.
dah masuk kreta ha ok.
sampai sekolah dia buat pulak. kemain sedu sedan menangihhhh.
takmo masuk kelas nak ikut mama p opis, nak balik duk dgn kakak.
hadoihh.
dah berapa kali peluk, kaki tak melangkah masuk kelas lagi. cikgu perati jaaaa hahaha
aku perambat jugak lah, iyakan je apa dia nak.
bab ni aku tak melayan sgt sbb tau dah akai dia.



ni kat rumah. dah ok mood lepas minum susu makan semua.
habis roti sandwih telor 2 keping okehhhh.
ajak pose pun ok ja.
aku syok la tgk dia. keryau masa gerak bgn tidor tu mmg takleh nak elak.
dulu pun mcm tu sbb mengantuk.



selfie dgn mama sblm sampai skolah pun elok ja.
sampai je skolah haaaaaaaaaaa mula drama dia.
sabaq jelah.

ptg tu, masa ambik dia, pun ok ja moodnya.
tapi tak ajak pegi kedai sbb dia tau dia tak gud boy pagi tadi hahaha..
mujurlah dia faham rules mak dia.
kalau gud boy pagi2 ha blh singgah kedai.
kalau keryau, noooooo.
baalik rumah terus la jawab dia.
alah bukan selalu pun aku bwk ke kedai kalau dia tak nangis pun.
seminggu tu sekali @ 2 je pun.
takmo ikut sgt.

pasni kakak pun nak start skolah dah.
aku rasa drama dia bakal berakhir la.
sbb point utama is tak puas hati kakak masih  bercuti hahaha.

ada ja yg pertikai sekolah dah buka tapi covid masih ada.
kita bersangka baiklah yeh.
tak nak hantar anak tu pilihan masing2. ada sebab kerajaan buat semua ni.
semlm menteri dah umum semua skolah akan dibuka by end of this month.
anak2 kita dah ketinggalan bnyk sgt.
almost 4 month tak skolah. setakat mana sgt kita mampu nak ajar anak2 sendiri dari rumah kan?
online class tak sama dgn kelas bersemuka.
nak biasakan diri dgn budaya tu tak mudah.
so, kita jaga kita.. ada SOP semua dah, kita ajar anak2 kita utk patuh.
Insyallah everything will be fine.
anak2 nak pegi menuntut ilmu, jihad jugak tu.
kita pun kena kerja nak carik rezeki.
doa yg baik2 dan kita sama2 jaga diri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...