Friday, June 26, 2020

Projek PKP : Cat rumah!

Assalamualaikum..

nak share dgn korang projek besar besaran aku masa PKP.
ni bukan kaleng2 punya projek tau hahaha..

kejadian mula masa PKP 2.
aku dah bosan tahap tapir dah, takda menda nak buat.
sejenis yg tak blh duk saja, ginilah.
aku siap ckp kat kwn2 yg lain, aku dah tak mop lantai.
aku dah tahap lap lantai satu2 ikut mozek punyalah banyak masa terluang hahaha..
sapu sampah sehari 2-3 kali. mop lantai selang sehari.
sapu sawang labah, lap habuk, cuci pintu gril, cuci longkang, laman segala smua dah buat.
laki nak mesin rumput aku tak kasik, sebab petang2 aku blh cabut rumput sesambil tgk anak main kat luar.
gitu skali tahap kebosanan aku hahaha.
stress wei duk saja.
dia punya relax duk saja ni, badan aku sampai gelong.
period datang awal 10 hari. gilakkk.

dek kerna bosa, datanglah idea nak buat sesuatu yg agak merenyahkan.
yakni, mengecat hahaha
plan asalnya nak cat tembok pagar je.
sebab dah terkopek2 catnya. dlu guna cat murah kut.
tak ingat, dah lama. almost 5y aku rasa.
suarakan pada pak incik. dia ulang2 tanya betul ke nak cat.
and dia bgtau dia taknak terlibat sebab dia tak minat.
okeh, fine. i can do it myself lahhhhh hahaha
gituh kau bongkak statement.
dia tgk tembok tu cenggitu, so kena cuci dlu sket buang cat yg lama.
kang cat baru tak elok pulak.
so dia sembor dlu tembok pagar tu guna mesin air tu kasik kluar cat lama yg terkopek tu.
baru aku blh mengecat.
tu je yg dia take part. lain2 tadakkk..


keadaan tembok pagar lepas cuci.
buruk gila kan haha
aku rasa dulu ni masa cat tu tak letak undercoat.
tak ingat sgt dah. asal tembok ni dlu kaler apa.
pastu cat kaler brown tu, adik aku yg cat kan.
rasanya dlm 5-6 tahun lepas. takleh nak recall.
tak undercoat kut tu yg cat pun tak elok jadinya.
penting yeh undercoat dulu.
supaya warna cat tu elok dan tahan lama.
utk cat baru ni, aku beli undercoat.
cat undercoat hari ni, biar kering betul, esoknya baru cat kaler
tapi undercoat ni kejap je kering, nak2 klau kat bahagian luar.



assistant yg sentiasa ada nak menolong
kejanya sikit, menceceh je yg lebih.
hoihhhh stress aku ngan budak ni.
nak mengecat kat luar ni kena start pagi2.
kang matahari naik, panas.
slalunya pkul 730 pagi camtu aku dah mula.
dia bangun pkul 9 mula nak mengacau mak buat keja.
sebab nak cat kaler mcm ni so kasik la dia try.
korang tgk la apa dia buat.
sabaq jelah aku tgk hahahaha.
kreatif nau anak aku yg sorang ni.
lepas dia conteng dia blah. alasan panas, lenguh tangan.
whatever sgt perangai.

cat tembok ni sekejap ja setel.
sebab tak bnyk kerenah.
tapi kena 2 layer baru lawa. lagipun dinding kasar, mmg kena cat betul2 kang ada yg tak kena cat.

asalnya aku nak kaler merah bata tu.
pegi beli kat kedai hardware depan rumah je.
dah pilih dlm katalog, bawak balik tgk pulak eh nmpk merah balai bomba je ni.
seram pulak aku.
no no nooo.
so, pegi balik kedai cat. tanya dia blh gelapkan sket tak.
so, dia bancuh balik cat tu.
dapat la kaler purple hahaha.
bolehlah asalkan gelap sket.


done.
takda pulak gambar tembok saja.
dah setel tembok, melarat ke tiang kat laman.
kat area depan, kat porch kreta aku ni.
cat skali tiang ni sebab cat bnyk lagi.
utk kaler gelap tu aku beli tong besar yg 5 liter tu.
so mmg bnyk la lebih. tembok pagar tu kecik je pun.
dah setel warna purple gelap tu, nak matchkan tiang atas tu, aku ambik kaler yg cerah sket.
purple keladi katanya.

utk cat purple keladi ni, kena extra cat. dabel layer.
tunggu 1st layer kering, cat lagi skali.
baru lawaaa.
aku ni bab2 ni mmg cerewet.
lepas cat, aku akan belek satu2 cari mana part yg tak kena.
dah setel 2nd layer, ha belek lagi.
kalau nmpk ada yg tak kena cat, ha sapu lagii.
biar keja lebih sket awal2 tu. dah setel cat baru tgk, nak mengecat lagi hoihhhh malas.
baiklah ko usha betul2 masa cat tu. 

dah setel tembok ngan tiang, ingat tu setel lah.
skali pak incik duk perli2 rumah dah mcm sarkas.
sebab tiang kaler lain, dinding kaler lain.
eh pantang betul aku nihhh.
oh utk cat tiang yg warna purple keladi tu, aku beli cat tin kecik 1 liter ja.
tapi tak cukup, so top up lagi 1 liter. habis utk tiang. ada lebih sket ja.
bila pak incik duk haru rumah dia tak lawa tu, aku pun tingg, okeh jom cat dinding pulak.
kena kasik sama lah kan baru lawa.
cat asal dinding kaler hijau.
dah 9 thn usianya. sama usia dgn masuk rumah lah.
tapi cat tu ada part yg ok lagi. takda terkopek pun. cuma luntur la kena panas.
tahan betul cat dulu.
klau tak silap dlu beli brand MCI.
yg purple ni aku guna brand SanCora
aku bgtau pak incik ok, nak cat dinding pulak.
dia dah terkebil2 tgk bini dia lain mcm punya semangat haha.
aku  kata klau sambung PKP 3, ok kita cat dinding (kita tu aku sorang laa).
elok je PM umum sambung PKP 3, ptg tu jugak aku zasss gi beli cat 5 liter teros.
haa jgn main2 dgn aku hahaha..



okeh, ni warna asal.
dulu, warna hijau tgh in.
cat yg ni aku upah org. masa ni aku baru lepas beranak, tak koser la nak  mengecat.
dgn bizi nak masuk rumah baru, so upah jelah.



tu nmpk tiang kaler purple.
dinding kaler hijau. aku tgk pun buruk hahaha.



ini dinding sebelah ruang tamu.
sini nmpk la luntur teruk sbb kena panas petang.
tapi tak terkopek pun cat mcm kat tembok tu.
bahagian lain yg tak kena panas tu, elok je lagi warna  ijau nya



dan, kita pun mula mengecat.
ni kat tingkap bilik master.
bahagian ni kena panas pagi.
start pkul 730 pagi, pkul 9 camtu mmg kena brenti dah.
panas oi la ni pagi2 pun.
aku sampai terbakar panas duk mengecat ni.
sunburn.
yg part atas tu aku cat lepas raya.
sebelah sini aku cat masa aku uzur bulan puasa tu.
3 hari setel.
undercoat, cat 1st layer then 2nd layer + kutip part atas2 yg susah nau tuuu.
pastu sambung puasa, tak larat dah. lepas raya baru sambung bahagian atas skali tu.
lantok lee


ni dah cat atas.
part nak edjas jgn terbabas tu, Allahu.... menguji kesabaran.
but aku ok ja. kerja renyah mcm ni mmg aku suka hahaha


dinding sebelah ruang tamu.
ni pun renyah la hai.
sebab tingkap tu and tinggi.
cat dinding ni mudah je sebenarnya.
yg payah kat part atas2 tu nak kena extra care kut terbabas kena siling.
nun di hujung sana masih warna hijau sampai la ni hahaha
cat habeh!
nak sambung, tak beli lagi catnya pun.
mood tak mai lagi hehehe.
so biar la dlu. nnt bila2 aku sambung la.


ha ni yg aku kata leceh tu.
part atas tu.
tu tgk la, nak terbabas jugak walau sket.
nnt kena beli cat putih utk touch up balik mana part yg terbabas tu.
kalau ada tangga ha mudah sket.
tangga tu ada, tapi aku tak confident nak naik hahah.
so aku beli batang cat yg blh extend tu.
tapi kalau tinggi sangat tak best jugak.
mula2 guna berus jenis roller utk cat dinding.
part atas, nak kutip2 tu guna jenis berus.
selotep kat batang cat, ha sila lahhh..
part ni mmg makan masa, and perlu sabarrrrrrrrrrrrrr.
buat again, aku ok.
rasa release stress blh buat ni hahaha.
part ni pun kena double layer. baru lawa.



takda pulak gambar full kat area depan ni.
ni kat hujung dinding dah.
port OOTD hahaha.

dah setel cat, puas hati dgn keja sendiri.
seriusssssssssssssss.
aku post la kat FB.
ramai yg tak caya aku cat sorang hahaha.
hey, ni kak yah okeh.
sapsapsoi je keja mengecat ni.
yg leceh part nak kemas sebelum dan selepas.
part cat, keja enteng ngehngehngeh.

bila ada kawan2 yg singgah rumah @ yg tgk kat FB, ramai puji lawa kaler tu.
haishh suka mak hahaha
sebab memula laki aku tak kenan.
puiii.
rasa ceria ja rumah aku cat kaler ni.
seronok tgk hasil kerja sendiri.
dah seronok tu, aku mula plan nak cat sana, nak cat sini pulak hahaha.
asalkan ada ongkos, onz.

okes now nak share tips utk mengecat.


bekas isi cat.
aku beli kat Mr DIY je.
aku ambik ni saiz kecik, patut kena ambik saiz besar
kat Mr DIY ada 2 saiz.
kalau nak guna roller cat dari Mr DIY jugak, better korang beli bekas cat yg besar.
sebab roller besar yg kat sana tu besar dari kedai2 hardware.
aku beli roller cat tu, pastu beli la lebih utk refil.
pastu nak tambah refil, pegi kedai hardware.
skali tak sama saiz.

ok utk bekas isi cat tu, kalau nak mengecat, korang letak plastik mcm aku buat tu.
dah habis cat, plastik tu buang je.
so, takpayah basuh bekas.
leceh.
esok nak cat kaler lain pulak, punnn sama sarung je plastik.
jimat masa dan tenaga.
tu aku guna plastik kedai Eco je.



utk berus cat jenis roller, kalau esok nak sambung mengecat, korang bungkus mcm ni je.
esok nak guna tak keras pun.
jgn kata esok, seminggu pun tak keras.
aku dah try ok je.
tapi utk berus jenis ni jelah ye
yg jenis bulu tu takleh, yg tu kena basuh, rendam air kasik hilang cat lama.
klau tak, keras.


gambar raya lepas.
ceria je kan hehehe.
cat kaler terang, ha ceria la gambar kitaaa 
baru ni ada kawan lama aku datang rumah.
duk kagum laki bini tak caya aku cat sorang haha.
percayalahhhh..
laki dia duk puji, kemas aku cat.
well, of coz la hahaha.
serius puas hati wei buat sendiri.
aku ok ja. cuma part nak kemas tu la aku malas sket nak hadap.
pastu kesan cat yg tumpah menitik kat lantai ada ja yg blm cuci.
laki duk bising. kita pejam mata dlu hehe..

now aku harap aku ada kekuatan utk sambung mengecat dinding sebelah belakang tu pulak haha.
tak kan nak biar hijau sebelah, purple sebelah pulak kan?
but dah masuk keja dah ni, so kena edjas masa la nnt.
sebelah sana renyah gak la sebab kat area sliding door tu ada barang laki aku. hadoihhh..
moga mood rajin tu dtg segera hehe.
best tau menegecat ni, peluh mencurah2.
tapi letih la keras rasa badan duk langut. mula2 buat tu mmg rasa lenguh 1 badan. dan masuk 2-3 hari tu ok dah. 
seminggu 2 jugak la nak setel smua ni sebab aku cat pagi2 je.
pkul 1130 camtu kena brenti la nak masak lunch. ptg tak mengecat dah.

ok, nak share total damage.
tapi aku tak ingat sgt exect figure..
klau tak silap anggaran aku tu dlm RM500 jugak la habisnya.
kod cat, takda pulak gambarnya.
kut ada yg nak, nnt aku share. 
lawa tau purple keladi ni. ceria rumah korang hehehe


Cat undercoat 5 liter RM45
Cat purple gelap 5 liter brand SanCora RM175
Cat purple keladi 5 liter brand SanCora RM165
Cat purple keladi 1 liter x 2 brand SanCora RM80
- (yg ni sebab tak plan nak cat dinding so beli tin kecik dulu, so rugi disitu)
Batang cat blh extend RM20
Berus cat kecik 3 x RM4.50
- (yg ni kena beli yg elok, jgn beli yg murah nnt bulu dia keluar masa cat)
Berus cat besar  1 + refil 1 (roller) RM10 (anggaran)
- (yg ni guna masa cat undercoat)
Berus cat kecil 2 + refil 3(roller) RM15 (anggaran)
- (yg ni aku guna bnyk masa cat warna)
Bekas cat 

mostly alatan aku beli kat Mr DIY kecuali batang cat blh extend tu, beli kat kedai cat 
refill berus cat ada aku beli kat kedai jugak sbb kat MR DIY habis!
ramai org mengecat gamaknya masa PKP haha

so, itulah dia hasil PKP aku.
walau duit melayang tapi tgk hasil kerja, aku puas hati.
soon kalau aku sambung cat, aku share.
nnt dah touch up lawa2 kat depan rumah tu, aku share.

korang, apa projek PKP?
 

3 comments:

  1. Uiii nice la kaler baru!!!

    Baru tau berus roller tu bungkus mcm tu dia tak mengeras. Thanks for the tips!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu heheh..
      haa, nnt klau nak mengecat, bungkus je berus cat tu if nak sambung cat esok hari. jimat!

      Delete
  2. cat undercoat tu tak perlu bancuh air ka sis. teruys cat je ye.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...