Thursday, July 16, 2020

Amalan selepas solat

Assalamualaikum..

entry ni sekadar nak share.
takda nak riak apa ye..
nak share supaya aku boleh luaskan ilmu aku. bila ada yg apply, moga mengalir pahala tu ke aku jugak.
kalau ada kwn2 yg ada problem, tanya apa2, aku share je doa2 yg aku amal, yg aku hafal.
sama2 dapat ganjarannya kan?

ada few doa yg aku selalu baca, ayat2 al-quran.
bila terbaca kat mana2, ada ustaz@ustazah share, yg aku rasa aku blh amalkan, mudah utk hafal @ baca, so aku cuba.
kat phone tu mcm2 doa, ayat2 aku screenshot @ download. hehehe
siap ada folder Doa kat phone.
lepas solat ha bukak phone tu tgk blk doa2 tu.
jgn lepas solat buka phone tgk FB yeh hehe..

keberkesanan semua tu, kita serah pada Allah.
bila kita amal sesuatu doa, kita serah bulat2 pada Allah utk kabulkan apa yg kita nak tu.
tapi, kena ingat.. tak semua yg kita nak tu Allah bagi.
Allah bagi apa yg kita perlu, bukan apa yg kita nak. ada beza yeh.
cth, kita baca 1 doa utk mohon murah rezeki.
tapi kita tak tau mcm mana Allah nak murahkan rezeki kita.
sebab bnyk cara yg Allah akan bagi, yg kadang2 kita tak sedar pun.
aku ada share aku ada problem hari tu kan? 
aku mmg hari2 doa, lepas solat doa, duduk saja2 pun aku doa.
lama2, masalah aku tu slowly selesai.
dan aku pun slowly rasa tenang dan lapang.
ada a few doa aku baca dan aku minta pada Allah bantu aku, bagi aku jln keluar.
bagi aku kekuatan utk face it.
aku cerita pada kwn aku, yg now aku dan mcm tenang sket. rasa ringan sket.
selepas sebulan usaha, doa, tawakal.
kawan aku cakap, tu smua maybe hasil dari doa2 aku, apa yg aku amal. cepat atau lambat Allah bagi, cuma kena sabar dan pandang semua tu dari pelbagai sudut.
ha gitulah.. tak pandai sgt aku nak cerita pun kat sini..
yg penting, doa apa pun, serah ke Allah.
jgn letak pergantungan kita pada manusia, tapi pada Allah.

utk lepas solat maghrib, aku akan baca surah al-waqiah.
sometimes aku baca surah yassin, tapi selalunya aku baca al-waqiah la.
utk mlm Jumaat aku baca al-kahfi.
lepas solat Isyak aku baca al-mulk. tapi yg ni baru lagi aku amal, sebulan 2 ni.
kadang2 miss jugak. sebelum tidor tu aku buka apps quran kat phone, dengar dan baca.
pendek je pun al-mulk ni. kejap je bacanya pun

ini yg aku jumpa :

Amalan surah pilihan harian mengikut waktu :-
1 - Selepas solat Subuh baca surah Yassin
(dijanjikan apa yg kita kehendaki pada hari itu akan ditunaikan..wallahua'lam)
2 - Selepas solat Zohor baca Surah Ar-Rahman
(Utk lahirkan sifat syukur, mengingatkan kita tentang kebesaran Allah swt & segala nikmat yg telah Dia berikan kpd kita)
3 - Selepas solat asar, baca surah An- Naba'
(Allah swt akan mengampunkan segala dosa kita kecuali dosa syirik)
4 - Selepas solat Maghrib baca surah Al-Waqiah
(dijanjikan siapa yg amalkan baca, kemiskinan & kebuluran tidak akan dihadapinya)
5 - Selepas solat isyak baca surah Al-Mulk & As-Sajdah
(Utk menghindari diri drpd seksa kubur. Rasulullah saw tak akan tidur selagi 2 surah ini tidak di baca)
6 - Pada malam atau hari Jumaat, baca surah Al Kahfi
( Utk elak & selamat drpd fitnah Dajjal)

ramai yg share surah amalan ni. so, blh la kita sama2 amalkan.
aku habis baca al-quran masa hujung Ramadhan lepas. dapat khatam dah thn ni Alhamdulillah.
selalu aku sambung baca semula dari awal. 
tapi kali ni tak, aku baca surah2 ni pulak lepas solat. selalu pun aku baca quran lepas solat magrib sementara nak tunggu Isyak tu. kadang lepas Subuh ada la jugak mengaji, tapi tu bulan puasa je haha..



kalam kesayangan. terima kasih Allah atas nikmat ini. moga aku terus istiqomah dapat buka dan baca al quran setiap hari.

itu utk surah, now nak share doa pulak.
banyak je doa2 yg blh kita amal. ko google, bersepah keluar.
then bila dgr ceramah2 agama, ada ustaz ustazah share, ha take note.
selain doa, zikir2 pun bnyk.
ada yg pendek2 mudah hafal. blh baca bila2 masa je.
nak dgn tak nak je kan?





dua doa ni aku baca lepas solat Subuh.
selalu masa tu mmg lama kat atas sejadah.
panjang je doanya. sebagai pembuka hari kan?
waktu lain tu, dah kerja kadang sikit jelah doa and zikirnya.

ada lagi a few doa and zikir yg aku baca. istigfar, then baca ayat kursi, ayat 1000 dinar.
lepas tu selawat, tasbih, tahmid semua tu. then zikir alma ul husna.
ada beberapa zikir yg aku selalu baca. mostly pun aku search kat google je.
last skali sebelum doa panjang nak minta apa2 kat Allah, jgn lupa sedekah al-fatihah.
yg ni aku tak ingat mula2 aku dengar ustazah mana share. lepas tu terus aku amal.
sedekah di awal pagi.

ayat aku mcm ni :

Aku sedekahkan al-fatihah ini utk diriku, suami@isteriku, utk kedua ibu bapa ku, kepada kedua mertuaku, kepada arwah anakku, kepada anak2 ku, kepada semua saudara maraku sama ada yg masih hidup atau  yg telah meninggal dunia, kepada teman2 rapatku walau dimana mereka berada, dan jua kepada Rasulullah saw dan para sahabat. 
then, bacalah surah al-fatihah.

simple je ayat aku. ada yg aku jumpa org share, kena sebut nama. tak sure, terserah mana yg korang rasa mudah nak amal. dulu, aku selitkan juga sedekah kepada para petugas barisan hadapan yg berjuang menenteng Covid.

Allah Maha Mendengar. dia tau hasrat kita, apa yg kita pikirkan. sedekah tak semestinya wang ringgit saja. sedekah al-fatihah ni lagi besar nilainya.
bila aku sebut teman2 rapat tu, nnt muncullah muka2 kawan2 aku yg aku ingat. kalau ada kwn aku yg aku tau ada masalah, aku sebut nama diorg dlm doa aku.



ini utk rumahtangga. doa ni aku dah hafal. so bila2 masa blh baca.
ramai yg share doa ni. baca and hembus ke pasangan hehe..


Selawat Tafrijiyah - YouTube


now nak cuba amal yg ni. kalau search kat youtube ada videonya.
sedap sgt alunan tu.
ada hikmahnya, blh baca kat sini 
selawat tafrijiyah namanya..

banyak lagi doa2 and zikir2 yg blh korang amalkan lepas solat.
atau masa duk sesaja pun blh baca.
google lah, mcm2 keluarnya. bila dgr ceramah pun byk je ustaz ustazah share.
now aku nak hafal zikir asma la husna pulak.
antaranya, pagi2 selepas subuh tu baca Allahumma ya bariq 40 kali.
lepas tu doakan, minta Allah aturkan dan uruskan urusan harian kita.
yg ni Ustazah Asma yg share.
supaya urusan kita lancar dengan izinNya.

masa aku down hari tu, aku baca ya Qawi. dan aku doa, minta Allah pinjamkan kekuatan pada aku utk jadi lebih kuat hadapi dugaan.

Al-Qawi (Maha Kuat): Bacalah Yaa Qawiyyul Matiin 1000x setiap malam; insyaAllah akan kembali bertenaga seperti yang di perlukan bagi mereka yang lemah jasmani dan rohani.

aku share sikit je ni. 
sama2 kita amal. mana yg korang rasa mudah, blh amal.
tak rugi pun. cepat atau lambat, apa yg kita amal ni akan nampak kesannya.
yg penting kena serah pada Allah utk tentukan semuanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...