raya haji thn ni dah blh beraya tapi jgn sakan sgt la.
sebab masih dlm PKPP kan?
ramai yg balik kg kali ni, tgk ke yg share kemain sakan jammed jln.
bertabahlahhh..
a day before raya tu aku keja.
pak incik cuti jaga anak2 sbb skolah dah mula cuti.
aku cuti Isnin sebab skolah cuti sampai Isnin.
gilir gilirlah.
rezeki thn ni as usual dpt pelepasan blk awal.
aku puasa hari tu.
blk rumah, lepak je tak da buat apa2 hehe
plannya nak blk berbuka kat rumah mak, tapi pak incik ada hal pulakkkk
haishhh
jadinya berbuka kat rumah jelah..
menu berbuka hari tu..
otw blk singgah beli lemang, ada jual kat tepi jln.
dah biasa beli kat situ.
plannya blk tu nak merendang. pegi kedai nak beli bahan, nan hadooo..
yelah dah pkul 2 masa tu.
blk tu korek la serunding yg beli bila ntah. elok la lagi.
tapi hujung2 aku cicah susu je, lagi layannnn..
cempedak goreng tu oiii sedapnya.
rangup!
isi pun kemain elok.
adik ipaq kasik. dia ada dusun, so kak ipaq selalu dpt buah2 ni hehe
goreng pkul 6.30 ptg. masa berbuka tu dpt mkn panas2.. oi sedap
nak beli yg dah siap goreng, mahai oi
dpt sebelanga ni, haa makan pepuass.
aku mkn ni ja masa berbuka tu..
kenyangg!
mlm tu takda buat apa.
lepas solat magrib, doa panjang2 sementara tunggu Isyak.
doa arafah..
sebak dada rasa tu. panjang nau doa aku hehe.
moga Allah dengar dan angkat doa aku tu.
Insyallah..
mlm tu kemas rumah siap2 sebab esoknya apak mentua nak solat raya kat rumah.
dia kategori warga emas, tak sesuai nak ke masjid.
plus now dia tak kuat sgt nak berjln. bnyk naik kerusi roda ja.
so, semua nak solat skali.
nak solat kat sana tak leh sebab rumah tgh renovate, berdebu.
sesambil tu aku masak ayam ros utk menu esok.
ayah masak nasi minyak. aku bab nasi berperisa ni tak pandai sgt.
nasi lemak aku ok hahaha..
sekor ayam masak mlm tu, cukuplah.. kami bukan ramai pun.
jelatah, esok pagi buatkan.
keluarga kecil sebelah pak incik.
biras aku je takda ni..
pak incik 2 beradik je. tu kakak dia yg telekung hitam.
dia pun anak sepasang sama mcm aku jugak.
arwah mama dah almost 2y takda..
solat sunat hari raya.
ayah jadi imam. tapi takda khutbah la. hehe
lewat dah solat ni pun, pkul 9.30 pagi camtu..
takpelah takda nak berkejar ke mana pun kan?
lepas solat, makan, lepak2 sembang2.
gambar makanan takdok.
dah kebulor masing2 hahaha..
mood dia elok, dia layan jelah bergambar.
tu tgk la posing apa ntah.
sebab mak duk puji dia kacak pakai baju melayu dgn seluar jeans camtu
selalu dia pakai baju melayu sepasang.
ni bukan baju baru pun, baju mengaji dia.
belasah jelah dik. takda nak pegi mana2 pun..
semua pakai baju lama, mmg takda beli baju apa pun.
gambar raya anak2 elok je mak ambikkan.
gambar mak apak korang sabotaj ehh..
sabaq jelah
takda 1 pun yg elok..
pasrah la mak pun..
aku pakai kaftan je sampai ke mlm haha
sama mcm raya puasa lepas, pagi2 tu pakai kaftan je.
ni pun sama lah, cuma pakai yg elok la hehe. pastu malas tukar dah.
lagipun hujan, belasah jelah.
lepas tu takda pegi mana2 pun.
terus pegi ambik daging.
tahun ni ada rezeki lebih so kita buatlah korban.
duit moratorium kereta, kita lebur ke lembuuu hehe..
last buat korban rasanya 3thn lepas. kalau tak silap la.
ke 4 thn dah..
tghr tu kami gerak pegi ambik daging.
dah wakil ke abah aku utk niatkan..
takyah pegi pagi2 kat tempat sembelihan.
pegi collect daging ja.
tapi tolong2 jugak la potong2 daging tu sbb nak cepatkan keja.
sebahagian daging dari seekor lembu.
banyak kan?
haaaaa jgn main2.
abah aku is the best heheh..
aku ambik dgn dia je. dah bertahun dia duk buat ni..
yg nom 1 tu, organ dalaman.
like perut, hati, limpa, ekor segala.
yg tu dlm 3kg.
nom 2 is daging..
berat daging sahaja is 14.5kg.
banyak ke idok? hehehe
no 3 tulang saja.
dah di potong pendek2. aku minta tolong diorg potong sesiap.
blk rumah nnt dah cemana nak potong pulak.
yg tu dlm 8 kg.
ambik kauuuuuuuuu..
pukul 4 camtu setel ambik daging.
balik rumah mak aku dulu.
asingkan 3 bahagian.
utk sedekah, utk kenduri dan utk tuan badan yg buat korban.
utk sedekah tu aku pack kecik2 then kirim ke mak aku utk sedekahkan kat org kg situ.
kalau bwk balik semua ke rumah aku dah mana pulak nak cari org yg sesuai utk sedekah.
area rumah mak aku kampung kan, so mudah cari.
then simpan kat deep freezer mak aku utk buat kenduri nnt.
pastu hadiahkan ke adik aku, kak ipar and mak aku. kat diorg aku bagi lebih la.
hadiah sebab diorg bukan kategori yg terima sedekah.
baki utk aku dlm 5kg kut. tak ingat dah.
bwk balik rumah simpan dulu.
penuh peti ais oiii. hahaha
raya ke 2 abah aku pulak ambik 2 bahagian. then raya ke 3 baru kami buat makan2.
mlm tu pegi mkn kat rumah mak sedara, nearby rumah aku saja.
dia ambik 2 bahagian + sekor kambing.
so bnyk lah and meriahhh hehe..
tak kuasalah nak masak dah aku, dah bau mcm lembu dah hahaha..
pegi mkn sana jelah.
blk rumah tidoq je hehe..
setel hari raya haji kami yg sederhana.
Listing your business in free local business listing sites will help to increase your company`s online reputation, for more enquiries and search rankings.
ReplyDelete