Thursday, August 13, 2020

Mask @ Pelitup Hidung dan Mulut : benda wajib bila keluar rumah

 Assalamualaikum..

utk new norm kita sekarang, semua org rasanya dah aware dengan pemakaian mask @ pelitup hidung.

dan sejak 1 Ogos yg lepas, dah wajib pemakaian mask di tempat awam. dan ada senarai kawasan yg wajib @ tidak utk pakai mask. arahan ni jelas ye. tak pakai, denda. now dah takda amaran ke apa dah, terus saman je. so kalau duit bnyk, silakan ingkar. kalau rasa kebal tak leh kena Covid, ha silalah.. kita sama2 jaga kita, prevent is better than cure. kita nak putuskan rangkaian virus ni, so kena kerjasama.

pada aku mudah je, keluar je rumah ha sila pakai mask. tak kisah la tempat awam ke tak, kalau ada org, pakai jelah. kita taktau pun background org tu kan? now org tak pandang pelik dah kalau ko pakai mask. org akan pandang pelik kalau ko tak pakai mask hehe..

dan, mostly bnyk tempat sekarang ni mewajibkan pemakaian mask dah. tak pakai, tak leh masuk. so, kita follow jelah utk kemaslahatan bersama.


Tip Pemakaian Penutup Mulut dan Hidung (Mask)

Sumber gambar

dan, utk itu, aku pun kena make sure stock mask sentiasa ada kat rumah.

mak kan, of coz la dia yg kena pikir semua ni hahah.

anak2 pun dah mula sekolah, kena pakai mask hari2, so kena beli kids mask sekali. susah la hai nak dapat dulu. dan mahal! now dah berlambak.

berita semlm, harga mask dah diturunkan ke RM1 sekeping!! yeahhhh!

benda dah hot item, hot selling, dah melambak kat pasaran, so harga akan menjunam. banding dgn mula2 covid masuk dlu, uii mahai dan susah nak dapat. yelah 1 dunia carik oiii...

memula dgr khabar Covid kat dunia ni, kebetulan aku ada beli mask kat Mr DIY. kemain beli yg ada corak2 tu. bila dah sampai ke Malaysia, ha mujurlah aku ada mask tu. takda lah huru hara sgt nak carik mask. pakai yg tu je. cukup je sebab aku and husband je yg keluar masa PKP tu.

tak mahal masa beli tu. sepeket ada 10 keping kut, RM2++ je. kemas elok pulak tu. bulan May lepas, mask dah mula ada kat pasaran. aku beli kat Mr DIY jugak. 50 keping RM45. mahai kann? now, dah tinggal belas2 ringgit je. berlambak pulak tu, tak payah berebut dah.



yg terbaru.. baru sampai petang semlm.
saja tempah yg ada nama sendiri. dah kenapa nak pakai mask ada nama org lain? hahahaha
susah nau nak dapat yg ada nama tuh, malas ah aku nak berebut.
beli jelah yg ni pun. mask jugak namanya.
takda mahal mana pun.
aku beli yg jenis bertali, sebab pakai tudung kan? mudah sket.
utk pak incik yg jenis sangkut telinga tu je.
sekali ketat la pulak! tak sampaii telinga.
hidung mancung sgt ke banggg?
rugi2..
yg ni  kat dlm ada poket, so blh letak filter tambahan.



yg ni baru sampai Isnin lepas.
order kat Lazada, postage nun dari China.
ada offer kat Lazada, so click2, then bayar.
harga asal RM17.99 for 40pcs.
ada diskaun RM8 sebab 1st purchase melalui apps. ke diskaun apa entah, tak ingat dah.
beli nun 30 Julai lepas.
lama gila dah aku tak membeli kat Lazada. apps dah lama install tapi tak bukak pun. 
sayang duit hahaha
asyik usha shoppe jaa hehehe
sebab ada diskaun, bila campur kos postage, murah la jugak.
aku beli sebab kenan ada corak dinasor hehehe..
dlm 2 minggu jugak tunggunya.
jauh kann hehe..
utk anak2 la nih..

actually utk diorg aku ada beli mask jenis kain jugak.
better pakai yg tu lah, sebab hari2 kena pakai kan?
yg pakai buang ni jenuh nak membelinya oii..
yg kain blh basuh.
yg tu aku beli dgn opismate je..
ada corak katun2 jugak.
dan kena tgk jugak yeh nak beli yg material fabrik ni. ada yg tak lulus KKM yeh.
ada aku beli mula2 dlu kawan adik aku jual. sebab takda kids mask, so beli  jelah yg kain tu.
material lycra je, so Doc marahhhh hahaha.



takda pulak gambar dekat.
utk Amni ada gambar Frozen.
utk Aniq ada gambar Minions.
sukaaaaaaaaaaaa lah budak2 ni.
tapi Aniq tak nak pakai, sebab dia kata busuk.
LOL..
bau kain tu la kut..
kakaknya pakai ok je..
so dia duk pakai yg pakai buang punya aku beli kat Watson.
tapi budak ni mmg tak suka pakai mask pun.
dah habis dah, tu yg aku order kat Lazada pulak tu.
budak2 ni susah la nak pakai mask. rimas katanya.
dan peluh2 kan?
aku pun tak suka.. buat what to do, kita kena biasakan diri dgn new norm ni.
then, aku jaranglah sgt bawak budak2 ni keluar ke tempat awam.
sebab korang tak suka pakai mask, then duduk di rumah is better.
so far, diorg ok je.
yg gambar atas tu, diorg pegi mengaji quran.
yg bawah, pegi klinik last week. lain2 takda dah pegi mana sekarang.
kedai depan rumah pun jarang sgt dah aku bawak diorg pegi.



ni stock dlm kereta.
kena ada sebab nnt ada la kes, tak bawak mask dan sebagainya hahaha
so, being a MAK, semua kena be ready kannn
bila takda nnt mak jugekkk yg kelam kabutnya.

now tgh tunggu mask extender.
order kat shoppe.
jenis kait2 tu.. tgk mcm lawa je hehe
ada beli kat Mr DIY tu, tapi sajalah nak beli yg lawa2 sket hehe
pompuan ni susah weii bila pakai mask.
nak sangkut kat telinga lama2 sakit.
pastu ngan tudung lagi kang  herot petot habis.
kena pakai extender.
mcm2 jenis org jual now.. pakat buat duit.
so kita support lah.. rezeki org tu kan?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...