Assalamualaikum..
23 Oktober lepas, anak bujang nan seorang dah cukup 7 tahun. sejak dari besday kakak, dia punya huru hara bab besday dia, tiada kesudahan. penat aku nak melayan. bila dia tgk ada party utk kakak dia, walau cuma kecil kecilan, makanya dia pun demand utk besday dia nnt haha.
soalan yg paling aku penat nak jawab, kenapa mama beranak kakak dulu? sebab besday kakak dulu kan, so dia tanya camtu la. kalau besday dia sblm bln 8, maybe dia takdak hal haha. budak2 tu gitulah.taktaulah sampai umur berapa dia nak excited bab besday ni. layan jelah. tapi aku takdalah ikut je semua yg anak nak, ikut je semua yg anak komplen. never! aku bukan jenis manjakan anak tak tentu hala. dan diorg pun tau, mama mcm mana hehe.
ok, back to the topic. besday dia jatuh hari Khamis. aku diamkan je, aku bgtau dia besday dia hari Sabtu. sekali masa kat transit ada budak sebut hari ni 23hb. kantoi haha. blk dari transit aku bwklah ke kedai depan rumah belanja aiskrim cornetto 1 + bagi dia beli toys 1. ala, harga rm3.90 je. tu pun dah seronok. cuma dia tanya, kenapa tak kek, takda hadiah. aku bgtau dia, tunggu hari Sabtu. nnt ada party mcm kakak. dia tak puas hati guys! kenapa besday kakak hari tu, terus buat je, kenapa besday dia kena tangguh. adehhhh. mak kau keja nak, sabajap. so, dari Khamis sampai Sabtu pagi, mak kau bernanah telinga la dengar dia punya rungutan segala mcm tu. hadoihhh.
pagi Sabtu tu aku masak soto. dia tgk mcm takda apa2. dia ckp dia tak gembira hahah. pastu adik aku yg bongsu dtg tolong masak. pukul 3 camtu kami mula pam belon segala. so muka dia ada ceria sket la. tghr tu opismate dtg hantar kek. aku pesan kek cheese kegemaran dia. mmg dia dah request nak kek tu utk besday. dah kek sampai, dia kalut nak potong, nak makan. sabaaaar. dia request kek coklat mama jugak. oi mama malas. kebetulan opismate ada agent mamasab, dan ada offer, so aku beli yg tu lah. bila mkn ptg tu, dia ckp ni bukan kek coklat mama. pffff..
lepas Asar, tetamu mula sampai. ala, adik aku 2 org. pastu adik aku yg duk jaga budak2 ni, bawak adik ipar dia sorang. pastu sepupu aku dtg 3 org. tu je pun haha. lewat petang sket, kak ipar & anak buah 2 org dtg. rumah sebelah2 je pun. so, meriah la rumah kecil kami. perempuan yg ramai. lelaki cuma, apak diorg, Aniq & anak buah aku sorang.
kali ni dpt setup kat laman. lama tunggu haha. masa besday kakak hari tu, hujan so tak leh nak buat. kali ni cuaca elok, so gantung props smua kat laman. tapi takleh mkn kat luar jugak, sebab pastu ada jugak hujan renyai2. takpelah, dapat bergambar pun kira ok dah. tu pun laju2. Aniq siap merajuk nangis2 nak mkn kek, lapar. aku syak dia gelabah sbb tgk preparation besday dia hahaha.
belon kat tgn tu aku yg belikan. saja la buat props. sebab mula2 pegi cari belon nom 7 takda. pastu makcik jumpa, dia belikan pulak. ala kadar je pun semuanya. tapi dah nama budak2 kan.. seronok tu tak tau habaq dah hehehe.. bila anak2 happy, mak pak ni hilang semua penat kan?
keluarga kecil kami. Alhamdulillah. terima kasih Allah utk rezeki anak2 ini. kami makpak ni tumpang je. anak2 sihat, cukup makan pakai walau sederhana, tu semua rezeki dariNya.
kemain kek besday sampai 3. kalah kakak hang naaa.. dan semua sedap. tak habis makan pun. tetamu tak ramai kan. adik aku siap tapau bwk balik rumah dia lagi.
close up kek. cheese tart tu, sepupu aku bawakkan. sebab Aniq request nak yg tu. kemain ehhhh. siap request nak apa. sabaq jalah anak aku. btw, sepupu aku ni duk mengajar anak2 aku tuisyen sekarang. so, selalu jumpa dah kemain ramah tamah, tu yg dia berani request kat makteh dia tu. siap request hadiah. aiyaaaaaa.
his happy face. Alhamdulillah. Doa mama sentiasa ada utk awak. moga Allah melindungi awak, merahmati awak utk selamanya. moga awak membesar jadi anak yg baik, berguna pada keluarga agama dan negara. moga awak sihat selamanya utk sentiasa ada dgn mama sampai bila2.
tetamu yg hadir. maaf la, tak ubah setting apa tak tau, org belakang semua blur. yg cerah elok mak hang ja hahaha...
menu yg ada, soto ayam. pastu aku minta adik aku belikan mee goreng mamak 4 bungkus buat top up. risau jugak kut tak cukup hehe. sebab aku jemput juga sepupu lain & mak sedara. yg dekat jelah. risau jugak nak ramai2 musim ni kan? kut nnt tak cukup makanan. tapi diorg tak dpt datang sbb ada urusan. so yg ada yg muda2 ni jelah hehehe.. utk apak mentua, dah tapawkan utk dia. tok sedara sebelah rumah ada hal kat luar tak dpt dtg jugak.
dah ramai2 tu duk lepak kat meja, makan sembang makan sembang. ptg sket kak ipar aku sampai, ha sambung makan sembang sampai maghrib. riuh rendah padahal ada dlm 12org je pun. biasalah, perempuan kalau sembang kann hehe.
Alhamdulillah, selesai majlis kecil utk anak bujang nan seorang. semua kenyang mkn, siap bungkus lagi. berkongsi rezeki.
masa yg dia tunggu2. mama pesan, sabarrr, tunggu jap. nnt org dah balik ha bukak la. mana dia kesahnyaaa. dia punya seronok tu, hoihhh aku tgk pun penat hehe. budak2, dpt hadiah mcm ni, mana tak seronoknya.
mama beli set anak panah. sbb dia mmg duk sebut2 nak yg tu. beli kat shopee awal bulan lagi. dah sampai, letak dlm bonet kereta. balut pun kat opis takmau dia nampak. adik aku (maknjang) belikan baju tidor + pencilcase yg ada nama dia tu. sama mcm kakak. dia punya hadiah tu sebulan dah duk dlm kreta aku hahaha. dia bawak masa besday kakaknya, tapi tak kasik lagi. adik bongsu (makcik) beli lego kecik2 tu 5 set. letak dlm paperbag, balut semua. seronok la dia tgk makcik bagi hadiah bnyk. budak2 ni bukan faham harga pun, janji ada hadiah kan? Makcik Dilah bagi baju tshirt. Makteh and makndak (cousin) bagi pencil box, pen and toys. toys tu dia bgtau suruh makteh beli kat kedai depan rumah ahahaha. adoi la budak ni. maklong (kak ipar aku) bagi stationary set, botol air & buku kaler. bnyk kan? seronok dia masa buka tu. siap ckp, bnyknya hadiah Aniq sampai taktau nak bilang hahaha.. lawak betul tgk reaction dia mlm tu. dia ulang2 ckp, Aniq suka sgt besday Aniq kali ni. yg paling best katanyaaaa. Alhamdulillah, rezeki awak semua tu nak..
kakak pun dpt hadiah belated besday. dari makteh, maklong and makcik. dpt pencilcase lagi. comey2 pulak tu. 1 dari makteh, 1 dari maklong. dpt skali set faber castell tu dari maklong. suka sgtlah dia. makcik bagi komik. mlm tu belek tu jelah. kegemaran dia kan hehe..
Alhamdulillah, rezeki anak2. aku selalu bagitau diorg, kena bersyukur selalu. ramai sedara mara, ramai org sayang. kena jaga perangai supaya org suka dan sayang kita.
once again, terima kasih semua yg hadir dan, bawak makanan, kasik hadiah ke anak2. terima kasih Allah..
No comments:
Post a Comment