Thursday, September 09, 2021

Amni Maisarra turn 10!

 Assalamualaikum..

bulan lepas, 29hb Ogos, anak dara nan seorang dah cukup 10 thn.. anak dara sgt dah.. then plan lah sket nak buat makan2 utk kami2 je pun. nak happykan anak2 kan. budak2 ni kalau besday, ada kek ada belon, ada hadiah, haa cukuplah.

kebetulan besday dia hari Ahad, so just nice. Isnin aku cuti sbb selasa cuti Merdeka. so, sekali harung hehe.. 

majlis buat petang, selepas Asar. plannya nak mkn kat luar, kat laman. outdoor lah kononnya, sekali hujan lah pulak. so, masuk dlm rumah kembali hehe.. aku tak jemput sesapa pun. musim2 sekarang ni kan? lagipun kat rumah kami ni, jiran belah kiri apak mentua and kak ipar, jiran sebelah kanan pak sedara. ha cukuplah. tapi sbb hari hujan, aku tapawkan jelah kat diorg. pack siap2 makanan yg ada, then hantar ke sana. tapi adik aku yg duduk nearby tu datang lah suami isteri. diorg yg duk jaga anak2 aku kalau aku gi keja sekarang ni. pastu sepupu aku datang 2 org. pun sbb duduk nearby ja. rumah diorg ngan rumah aku dlm 3km je pun. dan sekarang dia duk ngajar budak2 ni tuisyen. 

pagi tu takda buat apa2, masing2 buat bodoh je. Amni dah mcm krik2 dah haha. dia hari2 duk tanda kalendar bila nak sampai besday ni. dah hari kejadian, mama buat taktau je hahaha. tghr sket bila kawan aku datang hantar kek, baru muka manis sket. lepas Asar suruh dia mandi siap2 mulalah keryehhh ja. bila adik aku sampai, kami mula la pasang2 belon tu smua. seronok lahh. budak kan?

 

 

birthday girl. anak dara nan seorang. umur dah 10 thn. kadang2 mcm dah matang, kadang2 mcm budak2 lagi hehe. tgh fasa membesar skang ni. kuat merajuk pun ya ni. sabaq jelah aku. garang blh tahan. dgn adik tu payah la nak mengalah.  

 

backbone mama pun ye dia ni. yelah anak sulung kan, perempuan pulak tu. haruslah kena tolong mama hehe. kadang mama keras, tapi tak bererti mama marah atau benci. semuanya utk mengajar kamu. sayang mama pada kamu, hanya Allah yg tau wahai anak.


us. keluarga kecil kami. Alhamdulillah utk rezeki kami anak beranak. walau tak mewah, tapi tidaklah sampai meminta2. Terima kasih Allah..

 

disebalik nak dapat gambar yg elok, yg sudahnya takda pun gambar sekeluarga yg elok hahahah. Aniq ni mmg takleh sungguh la dgn besday kakak. dia punya tak puas hati dah bertahun ok. sbb besday kakak dulu dari dia. adoiiih. besday dia bln 9, kakak bulan 8. kenapa mama beranak kakak dulu? Allahuu. 

tgk la muka duk keryau tu. masa kami duk nak ambik gambar tu, dia duk celah sofa duk keryau. jenuh la apaknya pujuk. muka dah mcm apa. lantak hang lah dik oii. penat mak nak layan dah


seronok sgt Amni ptg tu. peluk mama 2-3 kali ckp terima kasih mama. hehe. anak aku ni walau garang, tapi hatinya tisu heheh.


walau mama papa ada kekangan yg hanya mama papa je tau, tapi usaha utk bahagiakan anak2 tetaplah priority. kita bahagia cara kita kan? tak perlu  ikut cara org lain, ikut kemampuan kita sendiri. biarlah sederhana janji kita semua happy kan?

 

kejap baik kejap gaduh 2 beradik ni, tapi both sayang each other. waktu main elok kemain galaknya. waktu gaduh ha blh tahan lawan menjerit. biasalah kan, nama pun budak. tapi kalau salah, dua2 mak sesah hahah. Aniq tu mmg sentiasa ingat kakak, takleh jauh. tapi kakak selalu tak heran sgt ke Aniq. sbb adik suka kacau hahaha. kakak dah besar selalu nak buat hal sendiri. adik baru 7 thn, duk ajak kakak main mcm2, mana nak dilayannya. pastu gaduhhhhh. adoihh

 

yg box dari mama, yg dlm paperbag dari maknjang (adik aku). walau cuma 2, tapi sebenarnya hadiah dlm tu bnyk hahaha. mama taktau nak beli apa, beli je komik kegemaran dia. kemain seronokkkk haha. sbb dah lama tak beli. saja tak beli selalu kang dia asyik dgn komik ja. then belikan pen gedik2,  stationery bagi dia. seronoklah.. maknjang bagi baju tidor, buku nota & pencil case baru siap ada nama. seronokkkk lah dia. 

 

one with cikgu makteh. close cousin jugak ni, rumah pun nearby saja. dia sekarang tgh tunggu utk viva master, so kat rumah jelah. tu yg aku minta tolong ajar budak2 ni tuisyen. utk Amni subjek mate, utk Aniq more to bacaan la sbb dia tak lancar sgt. budak2 ni pun happy belajar dgn makteh. seminggu sekali ja. at least ada benda yg diorg buat selain duduk rumah tak kemana musim ni. 

jom tgk menu yg ada petang tu.. dah buat lepas asar, so menunya ringan2 saja utk minum petang.


main dish, bihun goreng. ni aku minta adik aku gorengkan hahah. kut aku tak sempat. nak kemas rumah bagai, so minta tolong dia lah. aku kasik duit ke dia, ha pandai2 lah edjasnya hehe. dah request siap2 jgn pedas kang budak2 ni takleh makan. 3 bungkus gorengnya. sbb nak tapawkan ke jiran nnt.


kek birthday Amni thn ni. saja aku orderkan kek batik indulgence. yg semua org mkn. mls nak order kek yg heavy, yg  hias mcm2 sbb end up takda sapa makan. kalau kek ni, semua suka dan blh simpan 2-3 hari dlm peti ais. kek ni mmg aku dah biasa order dgn opismate aku, mmg sedap.



yg ni makteh sponsor. dia bgtau hari tu nak belikan Amni kek. order dgn kawan dia kut. tgh trend skang ni. kek gulung biasa ja, tapi dah design mcm ni, terus wow jadinya. dan kek ni pun sedap. lembut! budak2 ni suka. Aniq mkn bnyk jugak.


yg ni order dgn makteh. sepupu aku tu mmg duk buat sandwich jual. bnyk jenis juga dia buat. aku order yg ni supaya budak2 blh makan. yg dia nak sponsor tapi aku tak kasik. mmg dah niat nak order pun, nak mkn ramai2.

so, semua kau order, apa yg kau masaknya hahaha. aku gorengkan keropok ikan sebalang besar + bancuh air sarsi. ok lah kan hahaha. nak relax2 ja. sbb tak da jemputan ramai pun, orderlah makan sket2nya. simple je pun. 

and now duk terpikir utk majlis Aniq pulak hujung bulan ni. dia dah request kek mama pulak. hari tu nak kek cheese, ni nak kek coklat pulak. apa2 sajalah anak oi..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...