Thursday, March 17, 2022

Al-fatihah utk arwah Wa..

 Assalamualaikum..

 

berita sedih di awal minggu dan di subuh sepi.

pukul 6 pagi, dapat call dari rumah umi abah. kalau phone bunyi subuh2 ni, takpun tgh malam, selalunya hati akan jadi tak tentu arah kan, walau pun blm dengar lagi apa berita yg nak disampaikan.

umi bagitau, wa dah meninggal. wa ni panggilan utk anak sulung selalunya. Wa Awang, abang kepada abah aku. dia anak sulung, abah aku nom 2. dia tak berapa sihat lately. dia mmg ada masalah jantung sikit, tapi taktaulah serius tahap mana, sebab payah betul nak ke hospital. kena pulak, dia ada jatuh moto minggu lepas. tak dalah patah @ luka parah. tapi badan lebam2, sebab kena hempap dengan moto, then patah gigi depan. dengar berita tu, abah aku nak pegi tgk la abang dia. mujurlah jugak adik aku, afizah dapat bawak abah pegi ziarah. pegi ziarah hari Khamis kalau tak silap. Isnin berikutnya, dia dah kembali kepada Allah... takdalah rasa ralat sangat abah aku tu, sbb sempat jumpa abg dia. diorg agak rapat jugak. selalu jumpa. kami pun selalu bawak umi abah pegi sana. diorg pun kadang2 datang rumah. Alhamdulillah, hubungan baik sampai ke akir hayat.

aku ambik cuti kecemasan terus Isnin lepas. bgn siap2, gerak anak2, terus blk ambik umi abah nak pegi rumah wa. sampai sana dlm pkul 9 pagi camtu. husband aku pegi dulu sblm dia  masuk opis. kut nnt tak dapat keluar tghr tu. aku uzur masa tu, tak dapat nak mengaji utk arwah. sedih la jugak masa tu.. arwah ni baik, suka gurau dgn anak2 buah, dgn cucu2. org panggil dia Awang janggut. sbb ada janggut panjang kut. yg buat semua sedih, anak bongsu dia now kat Mesir. tak dapat jumpa ayah dia. so, diorg buat video call masa tgh kapan jenazah. esak2 nangis sepupu aku tu.. anak2 yg lain, semua ada. yg Penang, sempat sampai pagi tu sblm urusan pengkebumian.

pukul 12, semua selesai Alhamdulillah.. semua urusan berjln lancar. moga arwah ditempatkan di kalangan para sahabat hendaknya.  


anak aku, Aniq dan anak sepupu aku, Anas. kemain berkepit 2 org ni. seronok betul dapat jumpa, sbb Anas kat KL. cuti sekolah blk kg sini. Aniq 8 thn, Anas 7 thn. tapi nmpk sama je kan hehe.. moga hubungan kami semua saudara mara baik2 saja hendaknya sampai ke anak cucu cicit..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...