Assalamualaikum..
adik aku yg ke 3, anak yg ke 5 dah selamat melapor diri di negeri bawah bayu, Sabah nun sebagai pendidik 1 Mac lepas.
dia graduan dari UPSI, tamat pada 2020, berkonvo pada 2021 dgn kelas pertama, dan dapat panggilan bertugas pada 2022. Alhamdulillah, tak lama menunggu posting. yg resah menunggu bukan dia, tapi kakak dia ni haaa kahkahkah.. aku yg selalu duk tanya dia, bila nak keluar result posting blablabla hahaha.. risau kita wak, adik lama menganggur..
tapi takda la dia duk saja. habis je praktikal, dia balik sini. pastu cari kerja sambilan daripada duk saja kan? dia keja kat kedai kat Kangar tu. lepas 2 bulan keja dah di up jadi Supervisor. maybe sebab dia cekap buat keja, so tak lama dah naik pangkat. punya semangat kumpul duit nak beli kereta. gaji sedap juga masa tu campur o.t, dapat la 2k++. keja 6 bulan dapat keluar myvi. syabasssss. eh tak, booking je dlu, tunggu kereta 3 bulan hahaha. PKP yg tiada kesudahan, makanya lambatlah semua benda pun.
sebelum puasa thn lepas dia pegi keja dgn sepupu kami kat KL sana, jaga butik tudung. pastu sangkut sana takleh balik sbb PKP kembali haha. dan kereta pun keluar, makanya kakaknya nilah yg menguruskan semua. dari booking, ambik dan rasmikan hehe. lagipun aku jadi grentor, so kasik can laaaa.. kereta keluar bulan 4, bulan 8 baru dia balik ambik. bulan lepas dah balik hantar ke sini semula sbb nak ke Sabah tu. tapi hujung bulan ni, aku nak hantar ke sana dah. dia kat sana dah dapat rumah sewa, dah pegi sekolah baru dia, so kereta akan menyusul.
so, sempena dia nak bermusafir ke Sabah tu, mak aku pun buat la makan2 sket dan kenduri doa selamat. siap buat ketupat sekali sbb nnt dia tak balik raya dah hahaha.. meriah la jugak menu dan suasananya sebab dah lama tak buat mkn2 kan..
gambar rayalah kiranya ni hahaha.. jenuh ajak umi abah lari kejap ambik gambar. bizi depa duk layan tetamu, jiran2 & sedara mara yg datang.
4 beradik yg ada hari kejadian. lagi 2 nun di KL. lepas ni tinggal yg perempuan je duk sini bawah ketiak umi abah hahaha..
dalam pada meriah tu, sedih tu ada lah jugak. tak sangka nak tercampak jauh adik bujang aku nan seorang ni. masa dia duk isi segala maknek borang utk posting tu, aku bgtau mintak la dekat2 sini, mana tau ada rezeki dpt sini je kan? blh la tgkkan umi abah. abang sulung & adik lelaki bawah aku tu dah duk KL dua2 org. kut yg lelaki lagi sorang ni blh duk sini je. tapi, rezeki kat tempat lain. takpelah... dia dgn aku rapat juga. semua benda nak buat mmg dia selalu cerita kat aku. maybe sbb dari dia kecik aku yg bnyk jaga dia. beza umur kami 14 thn. dulu kecik2 mmg aku la jaga dia pun, kakak sulung kann hehe.. aku lah yg hantar ambik dia kat asrama dulu. aku jugak yg hantar dia ke UPSI dulu dgn umi abah. kali ni, takdapat antar dia ke Sabah.
hari Sabtu, 26hb dia naik bas dari Kangar ke KL. then fly ke Sabah on 27hb. lapor diri 1 Mac. kalau tak silap, almost 13ribu kut ambilan cikgu2 baru ni.
tengah nunggu bas datang. kelabu pulak gambar org belakang hahaha... penuh kereta semua nak ikut hantar. Amni ngan apaknya je tak ikut, tak muat kereta..
nak naik bas dah. masa ni, alahai sedihnya rasaaaaa. huhu.. peluk2 semua pastu babaiiii
selamat bermusafir di tempat org. selamat menabur jasa dan bakti di sana. moga baik2 saja dia kat sana. jaga cita2 mu, jaga adabmu, jaga budi pekerti sebagai guru. besar ganjaran seorang guru ni. moga Allah jaga awak disana..
anak2 umi. missing the other 2.. sedih pulak tengok gambar ni huhu...
No comments:
Post a Comment