Friday, May 28, 2021

Selesai Puasa Syawal (puasa 6)

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah selesai puasa Syawal @ puasa 6. start agak lambat, sebab uzur masa raya tu. jarang sgt nak jadi benda mcm ni kat aku. kali ni, hari pertama puasa aku tak puasa pun. ada lagi saki baki tu. hari ke 2 baru start puasa. dan as expected, 2 hari sebelum raya, ia menjelma kembali. dan total ponteng puasa kali ni cuma 3 hari kohkohkoh. huntungkan heee.. tapi aku qada 4 hari. sbb yg a day before tu mcm was2. 

tapi, what ever pun, tetaplah kena puasa 6 hari sbb nak puasa 6 kan? aku sekali harung saja puasa ganti dan puasa 6. dlu buat asing2, dan dengar mcm2 pendapat. but now, pegang pada 1 amalan saja dan yakin. itu yg aku dgr ceramah la. Islam ni mudah, tak payah susah2.

ada yg kata kena buat puasa qada dlu sbb yg tu wajib. ada yg kata blh buat puasa 6 dulu sebab tempoh masa yg singkat iaitu sebulan saja. aku niat puasa ganti. dan sebab masih di bulan Syawal, kita akan dapat pahala puasa sunat Syawal tu. itu yg aku pegang. so, kali ni puasa qada 4 hari. baki lagi 2 hari aku niat puasa sunat Syawal. dah setel. tapi, aku mmg dah selalu puasa sunat Isnin Khamis pun sebelum ni. cadangnya nnt nak terus puasa Isnin Khamis utk tambah lagi 4 baki puasa sunat Syawal saja. Insyallah kalau diizinkan. tau jelah, kalau duduk rumah ni ( masih PKP ), berat sket la nak puasa dgn anak2 ada tu hahaha. kalau mai keja ha ok. sbb kita duduk je kan hadap pc hehe.

aku start Isnin, 17hb pada Syawal yg ke 5. jalan terus 6 hari. dannnn, kali ni best sebab anak dara nan seorang pun join sama. saja ajak dia, cerita dgn dia elok2 apa ganjaran puasa 6 ni. dan aku pun saja la cakap, kalau kakak puasa penuh 6 hari, nnt mama beli komik. dia mmg hantu komik. dah lebih sebulan takda komik baru. menggedik la bila mama offer mcm tu terus nak puasa haha. sokay la, dia baru 10 thn kan? belum baligh pun. 

Alhamdulillah, dia ok ja sepanjang 6 hari puasa tu. lagipun duduk rumah je kan? kalau dah skolah maybe aku pun pikir jugak la. nak komik punya pasal, hadap la dia 6 hari tu tanpa rungutan. bangun sahur pun ok ja. bagus anak! mom so proud of you!


seperti yg dijanjikan.. hehe

petang tu aku keluar jap, ada urusan. so alang2 tu belikan je terus. plan tu nak bawak dia pilih sendiri, tapi takmolah bawak budak2 ni keluar musim2 ni. lagipun kang si adik pun haru nak ikut sama. dia dah bgtau tajuk komik yg dia nak, siri Young Aisyah tu. aku beli 2 buah, krenyeh meleret. kemain syok. apa sajalah anak oi. asal awak happy. mujurlah anak2 aku ni bukan jenis demand tak tentu hala. mmg dari awal takdanya aku nak ajar gitu. sorry, mak cengei hehe. waktu lain, kalau dia nak komik pun, kena ada sebab nak dapat tu. takpun dia kumpul sendiri duit dia, yg sesapa sedekahkan ke dia, dia simpan. nak beli komik. dan aku ikut je, ambik duit dia tu. tapi aku simpan ke tabung diorg yg aku pegang tu. so, dia ingat dia beli komik dgn duit dia la, padahal duit mama. bagi dia belajar tak mudah nak dapat sesuatu benda and learn to appreciate something.

 

sampai gini la dia punya seronok hehehe. sweet dak budak ni? heheh.. 2-3 kali say tq kat mama, sebab beli 2 komik. peluk2 mama ni haa. hehe. anak2 aku mmg gini. kalau dapat hadiah apa2 dari mama mmg dia punya seronok tu lain mcm. sebab tak selalu bagi. walau cuma nak ke kedai beli coklat, mama akan tanya, kenapa kena beli. diorg akan cakap, sebab jadi baik, so blh dapat hadiah hahaha.


next day, gigih aku merendang. sangat jarang terjadi yeh hahaha. dah nama raya kan? so nak makan sedap2 utk raikan kejayaan puasa 6. gittuhhh. minta pak incik beli ayam. dia beli seekor, suku dari ayam tu aku masak utk lunch. baki, semua buat rendang. sebab nak masaknya lama, so kita buat bnyk sket la. dan plan nak bwk balik sket ke umi abah. 

Alhamdulillah, menjadi rendang aku. cumanya tak masukkan hirisan daun kunyit. konpius betul ke tak laki aku petik ni daun kunyit hahaha. sbb takda bau. mula2 tu rasa mcm pedas sket. cili kering yg pak incik beli tu, pedas betholll. edjas sket, tambah gula melaka, garam, air sket, then, perfect!  yg gigih ni bukan apa, sebab stock kerisik bnyk nauuu. beli utk buat gulai masa raya hari tu la. takda bekas kecik, dah kena beli bekas besar. nak buat apa kerisik bnyk2 kan? ni silap2 aku merendang lagi minggu ni hahaha. tak puas mkn weii.


petang tu kejan pak incik pegi beli lemang. raya kannnnnnnnnnn. 2 kali dia pegi. 1st tu sbb awal sangat, pkul 3++, diorg baru duk bakar. pkul 5.30 dia pegi lagi skali, tinggal lagi 2-3 batang je. mujurrrrrrrrrr.. klau tak mau amuk bininya nihh. aku mkn 3 -4 hiris jew hahaha. mcm tak best sgt la. sudahnya meratah ja rendang tu. hantar ke jiran sket. diorg cakap sedap. wowww suka hahaha. pak incik pun sama, mula2 ckp pedas la apa la. tapi dia yg mkn bnyk dari aku. coiiii.. tapi aku pun puas hati makan. tumis pun lama, so masak elok la bahan tumisan. dah masuk ayam pun lama jugak aku masak, nak kasik isi ayam tu relai2 sket baru best makan. klau duk seketul isi ayam, tak best. tak berapa rendang hehe. dan, tak sempat bawak balik ke umi abah pun. licin hihi. nnt masak lain lah.

now dah teringat pulak bila duk karang entry ni. rasa mcm nak repeat lah hihi..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...