Assalamualaikum..
hari ni 29 Ogos, besday anak dara nan seorang...
yg ke 7
Alhamdulillah... until now, sihat tubuh badan, cergas elok.
semoga terus sihat2 sampai besar nnt.
sejak masuk Ogos, hari2 bilang date, bila nak sampai 29hb. hahaha
sabaq jalah mak layan ko kakak..
sebelum ni mcm tak heran sangat hari apa, berapa hb smua, dah masuk bulan 8, ehhhh pandai pulak kiranya.
bila tanya request dia on her birthday, dia cakap nak makan bihun sup kuning (utara style).
hahaha. sebab dah lama mama tak buat bihun sup eh kakak? tu sebab request nak makan bihun sup.
baguih anak aku ni, sederhana org nya..
tapi..
ada lagi sambungan lepas bihun sup tu. baru mak ko nak urut dada lega..
nak makan bihun sup kat rumah, nak ajak wan, maktok, maklong, paklong, kakak hana, abg haziq, tok umi, tok abah, maknjang, bla bla bla...
oih ramainya..
means, nak buat makan2 sempena besday dia.
adoi. hahah
last year dia request pizza hut and nak dine in. so, setel la masalah.
mama mcm tak da kesempatan sgt now.. so mama kawtim dgn dia.
mama mmg dr awal plan nak buat goodies bag then hantar ke skolah dia je.
rai dgn kawan2 sekelas. dah tanya cikgu kelas, and cikgu kelas kata ok.
so, mama cerita la plan mama, begitu begini and dia setuju.
mujoq. hahaha
tapi soon mama buat jugaklah bihun sup utk dia tu.
tapi takda la panggil ramai2.
tu mama reserve utk besday adik bulan depan.
sebab last dah adik pun, thn depan masuk taska, sambut besday kat sana je.
sama mcm kakak dulu jugak.
bangun pagi ni dia tanya goodies bag tu. eh since semlm dah tanya.
sorry kakak, mama tunggu gaji papa nak g beli barang nnt. hahaha
lagipun mama xdan nak buat kek semlm.
keja banyak nau kat opis lately, balik rumah letih je badan.
so, kita postpone ke next Monday.
weekend ni mama blh prepare semua tu.
dapat hadiah besday dari bibi, opismate mama.
walau hadiah simple, tapi budak2 kan, asal namanya hadiah, krenyeh seronok.
bukan harga jadi ukuran, tapi ingatan tu..
Alhamdulillah.. dia anak yg mudah.
bukan jenis meminta2, blh tolerate kalau ada apa2.
semua parents sayang anak, tapi masing2 ada cara sendiri.
aku tak manjakan anak2 dgn material bukan2.
bukan semua kehendak dia aku ikut.
bila tak blh, ada sebab dan akibatnya.
so far, budak2 ni ok. bukan jenis nak apa2 keriau guling2 kat lantai.
plis dont wahai anak. mak kau bukan jenis sabar orgnya. hehehe
dia anak yg kami tunggu selepas yg pertama dipinjamkan sementara.
terima kasih Allah atas amanah dan kurniaMu ini..
dia mudah dijaga, tak pernah sakit demam yg teruk. Alhamdulillah..
tak high maintainance, mcm apak dia.
manja, anak bapak sgt. tapi sometimes, nak mama jugak.
kalau perut kenyang, eloklah mood dia. hahaha
selera makan pun tak susah nak jaga. so far, ok.
kuat sentap blh tahan. pastu keriau. kuat menangis.
silap sket, ha merambu la ayaq mata tu. cikgu kata kat skolah pun sama. adoi kakak, dah darjah 1 pun masih keriau ka.. hehe
mama tak minta bnyk dari kakak. tak pa awak tak bijak pandai mcm org lain.
soon, awak besar, awak belajar n belajar lama2 pandailah.
asal awak ada jati diri yg kuat, jadi budak baik, ada adab, blh bawak diri, ada pegangan agama, hidup awak akan jadi mudah.
mama selalu doa yg baik2 utk kakak. sentiasa.
panjang doa mama utk anak2.. nak yg terbaik utk kakak walau tak semua mama mampu berikan.
mcm mana mama sayang adik, mcm tu jugak mama sayang kakak. jgn pernah rasa mama sayang adik lebih tau. sebab adik manja sgt dgn mama, dia selalu takda ruang. hehehe
kakak yg baik, selalu mengalah dgn adik. kadang baik kadang gaduh bergegaq rumah.
adik pun blh tahan honaq, suka kacau kakak. tapi dia tak buat adik. paling kuat pun dia jerkah adik ja, hehe
last, Happy Birthday to kakak from mama papa and adik.
mama sayang kakak sgt sampai bila2.. 💓💓💓
No comments:
Post a Comment