Assalamualaikum..
minggu lepas, sempat menodak beg Tok Ri @ Rizalman. hahaha.
sapa yg follow IG dia tau lah cemana pakat pulun nak beli. dia ni apa ja yg dia jual tak soldout. laris betholll. kadang ada ja yg miss. kali ni dia keluarkan beg ritote. ada 2 biji, means come in 1 set. 1 beg besar, 1 beg kecik. dia kemain menayang dlm IG buat org smua tak keruan. bagus betul dia punya marketing strategy. sendiri design, sendiri jadi model utk promote. jimat hehe
aku dah pesan dgn PS, kut nnt tak sempat menodak, base on pengalaman sebelum hahah. hari kejadian, 30hb tu aku kena masuk opis. so bertenang la sikit compare duk rumah. pukul 11 camtu aku buka web, try beli. eh lepassss.. so aku beli jelah nnt jual balik. ramai ja yg nak.
hari jumaat beli, isnin dah in hand. laju betholll. ailike. pastu yg lebih tu iklan kan. ada yg tanya, tau harga, diam. sokayy, faham. ada lebih 2 set, dah setel pun jualnya.
yg aku order dgn PS pun dapat. tgh tunggu sampai ni, ptg2 nnt la kut sampainya. mmg dia dah bgtau, rabu baru start pos.
aku order dgn PS kaler merah. aku beli kat web kaler hitam. tapi aku ambik yg kecik ja, yg besar jual ke kawan aku. dia ada yg kecik, dapat free Tok Ri bagi ke frontliner ( ke suaminya, tapi dia rembat ). pastu dia kenan yg besar, ha silaaaa.
aku ni bukanlah diehardfan dia. tapi aku suka lah jugak part yg elok dari dia. cth, tazkirah dia, amalan2 baik dia. ada part yg tak berkenan. tapi tu hal dia lah, biarkan. tak yah lebih2 nak komen pasal org. masing2 ada cara sendiri kan? tak suka tak perlu mencaci, suka tak perlu sampai mengagungkan berlebihan. ala kadar. kita pun tak sesempurna mana, kenapa nak pertikai org lain..
No comments:
Post a Comment