Monday, March 02, 2020

Pindah!

Assalamualaikum..

agak hectic day minggu lepas.
actually, not a hectic day, tapi hectic week, hectic month hahaha..
bulan 2 ni mmg huru hara sket..
ni bab keja la.
tapi bila keja huru hara, efek jugak ke kehidupan seharian heheh..

actually, aku kena pindah opis.
tukar ke jabatan lain.
dapat  tau hujung bulan January camtu.
mula tu ingat ura2 ja.
pastu dpt email, diorg panggil meeting.
dah pegi meeting pun aku mcm 50-50 betul ke kena pindah.
mula2 meeting tak fokus sgt.
dah separuh meeting, eh mcm lain je ni.
mcm kena pindah je nih hahaha
so, sila fokus walau sebenarnya tak berapa nak blh hadam apa ke benda la yg depa duk cerita.
sebab dlm kepala dah set tak kena pindah.

ok, dia mcm ni.
aku ni keja bidang IT.
position aku ialah IT. masa mula2 masuk lepas lapor diri, aku dihantar ke jabatan Perpustakaan.
since 2005 aku kat sana until now.
thn lepas kami dapat new VC. so adalah few things yg dia rombak.
salah 1 nya is, penstrukturan semula staf.
jawatan begitu begini perlu duduk kat  tempat yg sepatutnya.
cthnya position mcm aku ni, patut duduk kat Pusat ICT so kena pindah ke sana. (ada juga jawatan lain yg kena pindah).
ramai je sebenarnya yg duduk di jabatan lain. adalah dlm 12 org kut klau tak silap.
the rest dlm 40++ duk di ICT lah.
tapi thn ni, seeeeeeeeeeeeemua kena duk ICT.
lepas miting tu, 2-3 hari camtu sampailah surat pernyataan perpindahan.

mula2 tau betul2 kena pindah, hati aku ni 50-50.
nak pindah dan tak nak pindah.
sama bnyk.
bayangkanlah weii dah 15 thn duk situ. dari takda apa2, mcm2 dah yg dibuatnya.
dannnnnnnnnnnnnnn yg paling terkesan is kawan2 baik kat sini lah.
tapi...
aku mmg rasa aku perlu pindah. perlu tukar.
sebab aku perlu  kembangkan kerjaya aku.
dah terlalu selesa buat kerja yg sama dlm tempoh yg lama.
then takda skills baru utk aku.
so, bila pindah ni akan ada new job scope utk aku.
walaupun aku was2 dapat ke aku handle tu smua nnt.
but, tu smua blh belajar kan?
slowly but surely.
keja tu dah tau, cuma akan lebih though la nnt.
dan aku masih kena pegang sebahagian kerja di jabatan asal. itu permintaan bos aku.
yelah, nak pass ke sapa keja2 aku ni. nak2 pulak bidang IT kan.
dah lama pegang lagipun.
awal2 ni maybe huru hara sket la. but kita cuba edjas elok2.

dlu, 3-4 tahun lepas camtu, aku tak ingat sgt, diorg pernah dah nak panggil balik ke ICT.
tapi tak official lah.
mcm duk survey2.
masa tu ICT baru pindah masuk main campus. sebelum ni diorg kat opis lain.
lepas masuk main campus, diorg duk check mana yg nak panggil masuk
tapi bos aku tak lepas masa tu haha
lagipun pikir masa tu mcm tak kena pulak nak pindahnya..
sebab bnyk kut kerja kat library nih..
now kami ada 3 cawangan. jenuh la nak cover hahaha..
unit aku tu ada 4 org ja, staf IT 2 org, lain2 staf position library.
now dah tinggal 2 org.
tapi soon maybe akan ada penambahan la kut.
klau tak masak la 2 ekoq tu haha

kalau di beri pilihan, mmg aku tak nak pindah huahuahua..
bos aku pun dah defend tapi dia kata dia tak blh selfish
dia kena jugak pikir perkembangan kerjaya aku.
btul lah tu. dan aku tak salahkan dia pun.
aku paham situasi dia.
sejak masuk kerja, aku mmg duduk bawah dia. so kami agak close.
dan bos aku agak sporting, blh bergurau senda cerita mcm2 hal.
walau ada kena marah bab keja, ada yg tak puas hati, aku pun being professional.
dia pun.
bab keja, jgn dicampur aduk dgn peribadi.
kena tegur, kena marah bab keja, take it positive
org tegur sbb sayang, sebab nak betulkan kerja, nak kita jadi lebih baik.
5 thn pertama mmg aku memberontak, ada saja yg tak puas hati.
tapi 7-8 thn kebelakangan ni, aku lebih rasional.
pikir dlu baik buruk.. maybe faktor usia.
jgn terlalu emosi.
biasalah jiwa muda kan?
bos pun tak selalu betul. tapi benda blh bincang, kita edjas elok2. tak perlu ungkit di belakang, cakap belakang, tikam belakang dsbnya.
kerja kat mana2 pun ada politiknya. bezanya bersih atau pun tak.
dan, kita kena pandai timbang mana baik buruk.
kena pandai atur mana nak dahulukan, mana nak ikut.
jgn terlalu mengikut emosi dan ikut kata org.

ok, hari ini aku dah kat pejabat baru.
efektif Mac.
sayu hati Allah saja yg tahu.
last 2 weeks, aku agak bz kat opis. nak setelkan keja mana yg tertangguh.
budget dah masuk, so setelkan apa yg patut.
adalah keja sket2 yg kecik2 tu takmolah aku tinggalkan tak setel.
kang org bising ke apa kan?
walau sebenarnya aku masih lagi attach dgn jabatan lama..
yg blh setel, kita setelkan dulu.

2 days sebelum tu, aku belanja diorg makan.
tapi kawan2 kat main office jelah, kat libraty utama.
tempah makan kat mak sedara aku, menu mkn tghr.
dah niat dari awal, klau betul kena pindah nak belanja makan.
so dah setel bab tu, Alhamdulillah..
oh, lagi sorang pun kena pindah jugak. staf IT jugak tapi lelaki.
dia blm pun sethn masuk library, dah kena pindah hahaa.
dia pun join skali masa aku order makan tu, tapi dia bagi duit jelah.


menu makan tghr.
nasi putih, gulai daging + pisang, ikan temenung rebus, kerabu mangga dan sambal belacan.
ni yg aku order. plannya nak tambah buah, aku tak sempat nak beli.
Alhamdulillah semua suka, makanan sedap.



sebahagian.
ada yg mkn kat luar pantry. tak muat.
semua dapat makan. ada yg puasa, so aku panggil meh bungkus lauk.
setel smua lauk pauk Alhamdulillah.

dan, last day pun tiba.
pagi tu ada event universiti.
so, kesana dlu. dah setel yg tu, tghr kluar lunch dgn bff aku yg sorang tu..
petang tu, aku dah malas nak buat keja dah haha
barang2 dah kemas dah before tu.
mana yg tak perlu tu aku simpan bawak balik rumah jelah.
nak bawak ke opis baru tu sekotak ja.
dokumen lama, dah check then lupuskan jelah mana yg tak penting.
masuk shredder.


sebahagian.
ada lagi yg lain kat tempat masing2.
ni masa lepas habis event tu, ada yg balik ke opis ada yg terus pegi mkn.
library tutup sampai lepas solat Jumaat.
so, tak ramai yg ada.


sayang semua ni.
ada pegawai jugak ni 3-4 org.
tapi semuanya ok, baik2 saja.
kadang2 keluar makan sekali ramai2.
blh melawak mcm2. cerita masalah pun blh.
dan mostly semua kat sini org utara.
ada la yg dari Johor, Penang. tapi 90% is Kedah Perlis.



bertiga.
slalu pun bertiga nilah...
sejak 2005 nunnnn...
sesama kami ni takda hal nak membahan, maki depan2 pun ok.
takda simpan apa dalam hati.
Allahu rindunyaaaa...


hasil selfie tersebut..
bini 2 org, sorang dah kena cerai hahaha.
yg lelaki tu blm kawen. mcm takda ciri2 ke arah tu pun.
walau mulut dia puaka, tapi dia baik. tak pernah berkira apa dgn kami2 nih.
dannn, pandai masak. selalu masak2 bawak makan ramai2.
kadang2 kami bagilah dia duit utk beli bahan mentah.
tapi kalau tak pun, mmg dia slalu je masak @ beli apa2 makanan bnyk2 and bawak mkn ramai2.



pagi tadi dah call tanya khabar aku kat opis baru.
hahahah
lorat. tapi aku paham. jgnkan diorg, aku pun sayu sedih hati remuk redam.
mula2 dulu pun dgn dialah aku kawan, mana2 pun selalu pegi sama2.
jgn salah faham yeh, kami takda apa2pun.
dia dgn semua org mcm ni jugak
laki aku pun kenai dia. family aku pun dia kenal sebab pernah datang rumah kenduri dulu.
kawan2 yg lain pun sama.
yelah dah 15 thn kenal kan.
dia ni, masa ptg last day tu, tak turun pun babai aku..
sebab dia sedih katanya.
huhu


sempat tu haa...

masa ni muka dah tak mcm org.
ptg tu sblm balik, salam2 semua org.
merambu2 air mata ni tak mo stop.
last dgn bff aku tu (yg gambar bertiga tu), mmg dah mcm air terjun.
nak cakap bnyk pun takleh dah. kluar air mata ja.
kwn2 yg lain duk gelakkan kami.
ye tau, dekat je pindah nya. masih di bawah 1 organisasi.
tapi terpisah jabatan wei. dlu dari 8-5 duk skali.
kluar mkn skali, apa2 pun cerita, sambil lalu singgah tepi partition sembang2.
kalau bwk bekal, makan sama2. sorang sikit kami kongsi.
nak buat apa, pegi mana2 kalau hal keja, mmg selalu sama2.
now takda dah.
mmg lepas ni blh jumpa lagi, tapi tak sama kan?

laaaaaast jumpa bos.
dia takmo jumpa mulanya.
aku masuk jugak. salam and peluk dia.
masa tu, dua2 dah nangis mendayu2.
dia takmo jumpa sebab dia sedih. sedih sebab aku dah takda kat sebelah dia katanya.
Allahu, sedih sangat bila ingat moment tu.
lama betul dia peluk aku.
bos aku tu baik sgt. pada aku la.. dia mmg tegas, tapi aku blh terima.
sebab dia bos. so far, aku ok ja. adalah here and there yg tak ok, tapi being professional.
bab kerja, what ever pun bos betul. hahah..
aku mudah je, klau ada yg tak setuju dgn bos, mula2 diam dlu. lepas sehari 2, terangkan semula kat dia begitu begini. kadang2 dia tak nampak kenapa kita bangkang dia. sometime dia rasa dia btul semua. dan kadang staf tak blh nak bangkang.
sokay, bagi dia masa. lepas tu kita terangkan semula, Insyallah ok.
tu cara aku la. maybe sebab bos aku blh tolerate dgn kami.
oh, bos aku perempuan ya... cerewet?
ada, mana blh tak ada. tapi, kita yg staf ni pun maybe ada yg dia tak berkenan, so hujung2nya lebih kurang sama.
lama jugak aku jumpa dia. memang merambu2 air mata kami dua org.
sedih sgt moment tu.
maybe sebab kami close. tapi jgn salah faham ye.
aku budak jenis bodek bos ya. klau tak kena tu, sama je kena marah jugak.
tapi bab keja, kena professional, tu je pada aku.
dah habis kena marah, betulkan, and gelak2 balik.dia pun kata, aku ni selalu kena marah tapi sama mcm tu ja, rilex and datang jumpa dia mcm biasa.
kalau masa mula2 keja dlu memang ada simpan dlm hati, tak puas hati bila bos tegur.
but now, dah matang. pikir balik kenapa bos tegur, kenapa kena re-do kerja.
sebab nak yg terbaik.
Doa selalu jgn lupa, minta Allah bantu.
Alhamdulillah... hubungan kami baik2 saja. raya pun blh kata tiap2 thn aku ke rumahnya.
hormat, dan kita ziarah dia.
baru2 ni anak sulung dia kawen, kami pegi tolong dia mana yg blh.
bantu utk lancarkan majlis.
pada aku, bila bos minta kita buat sesuatu, nak2 yg luar dari bidang kerja, tu maknanya dia percaya kan kita.
so buatlah sehabis baik jgn biar org hilang kepercayaan kat kita.
aku ni  keja bidang IT, tapi kat sana, kadang2 bos suruh gubah bunga, hias sana, hias sini, jadi AJK jamuan lah.. buatlah.
sesekali keluar dari skop keja kan? dan yg penting org percayakan kita, hasil kerja kita.
kena ingat juga, kerja ni salah satu cabang ibadah dan pahala utk kita.
niat kena betul.

lepas ni pun aku akan kesana, tiap2 bulan maybe sehari 2 kena pegi.
sebab aku attach dgn library lagi.
sampai bila, entah..
kerja disini dah ada listingnya. cuma belum mula.
berdebar jugak lah hehe.
kawan2 kat jabatan baru ni semua dah kenal sebab mmg aku selalu ke sini pun.
mmg kerja ada kaitan pun dgn sini, kadang2 duk contact tanya pasai server la network la apa smua tu.
dah kenal lama cuma takda lah close sgt.
now duduk kerja di bawah 1 bumbung.
moga Allah bantu mudahkan urusan aku di sini.
moga aku dapat bekerja dgn baik.
moga aku tenang dan redha dgn aturan ini.
moga ada hikmah di sebalik semua ini.
dan juga, moga kerjaya aku lebih berkembang...
doakan yg baik2 utk aku..






2 comments:

  1. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
  2. Do this hack to drop 2 lbs of fat in 8 hours

    At least 160k women and men are using a simple and SECRET "water hack" to lose 2 lbs each and every night as they sleep.

    It's very simple and it works all the time.

    This is how you can do it yourself:

    1) Get a clear glass and fill it up half the way

    2) Proceed to follow this strange HACK

    you'll be 2 lbs thinner the next day!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...